Friday, December 23, 2011

Salam Kejiranan

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM 1 MALAYSIA...
SEDIA MAKLUM KETIKA INI SUASANA KAWASAN PENEMPATAN KEDIAMAN BARU PANGSAPURI SEROJA AMAT MENGGALAKKAN KEMERIAHANNYA TERUTAMA KETIKA HUJUNG MINGGU. KELIHATAN SUDAH BANYAK UNIT-UNIT YANG DALAM PROSES UNTUK PEMASANGAN GRILL DAN BERSEDIA UNTUK MEMASUKI RUMAH INI. OLEH YANG DEMIKIAN PROTEM BERBESAR HATI UNTUK MENJEMPUT WARGA PANGSAPURI SEROJA UNTUK MENGHADIRI SATU MESYUARAT "SALAM PERKENALAN" ANTARA KITA YANG DIJADUALKAN:-
TARIKH : 31 DISEMBER 2011 (HARI SABTU)
MASA : 09:30 PAGI ~ 12:00 TENGAHARI
TEMPAT: DI PERKARANGAN PANGSAPURI SEROJA
TUJUANNYA ADALAH UNTUK BERBINCANG MENGENAI MASALAH YANG BERBANGKIT.
WASSALAM
ZDIN SU

Monday, December 5, 2011

Makluman - 06 December 2011





Contoh Defect pada rumah






Contoh Car Sticker




Assalamualaikum
w.b.t dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah daripada tinjauan saya hujung minggu lepas di kawasan rumah, nampaknya sudah ada rakan-rakan yang telah pindah masuk dan dalam proses untuk menduduki rumah ini. Agen-agen untuk "Renovation dan Grill" pun senantiasa berlegar-legar di kawasan rumah. Namun dalam proses kita nak pindah, terdapat beberapa perkara yang hendak saya kongsikan bersama terutama tentang keadaan rumah dan persekitaran kawasan ini secara keseluruhannya:-
1) - Pihak LT Sdn Bhd akan memberikan satu "Car Sticker" kepada setiap pembeli. Ianya bertujuan untuk memudahkan mengawal kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan perumahan ini. Bagi rakan-rakan yang belum mengambil "Car Sticker" ini sila ke pejabat LT untuk menuntutnya.

(Rujuk Lampiran)

- Saya juga membuat ADUAN kerana PENGAWALAN OLEH SECURITY ini amat longgar kerana boleh dikatakan sesiapa sahaja BOLEH MASUK seolah-olah tiada GUARD pun. Ini amat mebimbangkan, kerana hujung minggu tadi, didapati WARGA AFRIKA lebih kurang 5~6 orang masuk di dalam kawasan ini. Di maklumkan juga daripada Staff LT Sdn Bhd yang bertanyakan hal ini, mereka sedang SURVEY unit-unit yang hendak disewakan.

- Perkara ini agak sukar hendak dikawal, namun kita sebagai penduduk di sini ada hak untuk membantah...Namun jika OWNER sendiri yang OFFER kepada pihak LUAR macammana ye??????
2) Untuk memudahkan pihak Pemaju untuk membaiki sebarang kerosakan dan kecacatan di dalam rumah, kalau boleh ambil gambar di mana kerosakan dan hantar bersama dengan borang yang disediakan. (Rujuk Lampiran sebagai contoh)
3) - Kolam Renang, secara teknikalnya, proses penyerahan secara rasmi kepada LT masih belum terjadi, ini kerana masih ada kerja-kerja yang perlu di atasi seperti a) lampu tepi kolam x berfungsi b) Changing Room, masih belum ada bekalan air dan terdapat kerosakkan/kekotaran tandas dan kepala paip patah (saya minta tutup sementara). Tapi kemudahan " 2 Shower kat luar " ok

- Hujung minggu tadi saya berkesempatan berbual dengan beberapa keluarga yang sedang mandi-manda di kolam, saya amati mereka bukan dikalangan rakan-rakan kita, apabila saya bertanya, sebetulnya sekumpulan keluarga ini adalah datang daripada "Apartments Sebelah" untuk mandi-manda. Saya bertanya mereka berapa "Maintenance Fee", Apartments sebelah hanya RM53.00 sahaja. Ini adalah tidak adil, kita BAYOR mahal kan???

- Kemudian semalam (Isnin) saya berjumpa dengan Mr.Ong (LT Sdn Bhd) bertanyakan hal ini, mengikut Pelan Asal, Apartments Sebelah dibolehkan menggunakan (KONGSI) Fasiliti seperti i) Tempat Utama Pembuangan sampah ii) Kemudahan Dewan Serbaguna iii) Surau iv) Tadika dan v) Kolam renang juga...

- Mr.Ong pun menjadi keliru dengan masalah ini terutama dengan pengkongsian fasiliti ini. Beliau menasihat agar PROTEM rujuk kepada Madam Chua untuk penjelasan dengan lebih lanjut
4) Lif, dimaklumkan daripada 4 Blok yang ada kemudahan, hanya Blok F yang masih belum berfungsi, yang lain sudah boleh digunakan. Hanya 1 Lif diaktifkan untuk sementara ini.
5) Pagar, Casing Untuk Keselamatan Power TNB, LIF Blok F , semua dalam proses untuk
membaik pulih , ianya amat mendukacita kepada pembeli amnya kerana perkara ini akan mengganggu proses pemindahan berlaku.
* RUMUSAN....
Proses untuk semua rakan-rakan memasuki rumah ini mungkin mengambil masa, untuk tujuan penubuhan JMB pun akan mengambil masa juga. Secara keseluruhannya, masih banyak lagi isu-isu yang belum selesai sepenuhnya, kita perlu mengadakan 1 mesyuarat untuk bakal penduduk-penduduk di sini secepat yang mungkin untuk menyusun agenda-agenda yang hendak dipertejemahkan kepada PEMAJU atau LT amnya supaya perkara ini akan berlanjutan lebih lama. Selewat-lewatnya sebelum akhir bulan Disember ini PERLU kita duduk bersama-sama untuk membincangkan hal-hal ini.
wasalam
ZDIN SU


CADANGAN

1) Pihak LT seharusnya mengeluarkan Kad Membership khusus untuk penduduk Seroja Apartment menggunakan fasiliti iaitu 'Swimming Pool' dan mesti diperiksa oleh pihak sekuriti sebelum dibenarkan menggunakan kolam mandi.

2) Kita membayar dengan harga yang mahal untuk ' MAINTANENCE FEE' dan sewenang - wenangnya , jiran sebelah kita yang membayar harga ' Maintenance Fee' sebanyak RM53.00 datang dengan senang hati dan menggunakan Kolam Renang tanpa dipantau . Dimana KEADILAN untuk penduduk Seroja Apartment yang berjuang sekian lama bagi mendapatkan rumah dan kemudahan yang ada digadaikan juga kepada jiran sebelah. TIDAK ADIL untuk kita.

3) Pada pemilik rumah yang ingin menyewakan rumah , harap TOLONG la jangan bagi sewa ke ' AWANG HITAM ' kerana dah banyak kes dan perkara yang tidak dingini berlaku akibat perbuatan biadap oleh mereka ini . Kebiasaanya mereka akan mula masuk lebih seorang dua dan akan berkelompok dengan lebih ramai lagi. Ini akan mengundang ketidakselesaan buat kita penduduk SEROJA APARTMENT yang cintakan kedamaian dan keselesaan hidup. HARAP MAKLUM.

Friday, December 2, 2011

Makluman

Salam 1 Malaysia.....

Tengahari tadi saya ke pejabat LT dan ada berbincang dengan En.Ong mengenai beberapa perkara yang masih lagi tegendala berkaitan dengan Fasiliti di Projek Apartments Seroja Putra Perdana. Oleh yang demikian, saya harap pihak LT Sdn Bhd dapat maklumkan kepada saya denga terpeinci mengenai perkara-perkara di bawah:-

1) "Pagar Keselamatan" bagi Meter TNB untuk Blok kediaman 5 tingkat?.Bila dijangka ataupun tarikh yang tepat proses pemasangan "pagar keselamatan" ini akan dipasang.

2) Masih terdapat pagar-pagar disekeliling projek ini yang ditutup (hanya zink). Ini kemungkinan akan terjadinya pencerobohan akan berlaku. Di harapkan pihak LT dapat menyegerakan proses pembaikan pagar-pagar ini.

3) Pintu masuk "Utama" ke unit kediaman agak longgar di mana hanya kayu sebagai penghalang dan security yang bertugas tidak menjalankan tugas dengan tegas di mana ketika pengunjung masuk tiada data-data di ambil atau ditulis di dalam buku pelawat. Di harapkan pihak LT ada catatan siapa yang keluar masuk ke dalam apartments ini tidak kira kontrakttor ataupun pembeli sendiri. Rekod amat penting untuk rujukan jika terjadi perkara yang tidak diingini.

4) Harap LT dapat maklumkan kepada saya siapa yang perlu saya hubungi untuk "switch on power supply TNB", "kegunaan lif" dan "penggunaan air".


wassalam

zdin
Setiausaha PROTEM
Seroja Apartments

Wednesday, November 23, 2011

Maklumat Dari Setiausaha En Din

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
1) Bagi pembeli yang membuat pinjaman perumahan kerajaan, mungkin rakan-rakan boleh mendapat maklumat secara rasmi daripada pinjaman perumahan iaitu siapa yang dihubungi dan mendapat penjelasan secara terpeinci bagaimana pembayaran di lakukan. Keterangan daripada pinjaman perumahan secara rasmi ini boleh dijadikan bukti untuk membantu menyelesaikan kemelut "interest' yang pemaju caj kan kepada pembeli. Secara teknikal Pemaju berat sebelah kerana seandainya pembeli lewat akan dikenakan caj namun jika Pemaju "LEWAT" tiada apa-apa yang dikenakan. Saya pun bersimpati dengan rakan kita yang dikenakan caj hampir RM10 ribu dengan alasan Pemaju , pinjaman perumahan lewat membuat bayaran. Saya berpendapat jika diadukan kepada KPKT mungkin ada ruang untuk mendapat jalan penyelesaian yang lebih adil (win-win situation). Namun pembeli perlu mendapat penjelasan yang terpeinci bagaimana prosuder cara pembayaran daripada pinjaman perumahan itu sendiri secara rasmi. Minta keluarkan SURAT RASMI
2) Isu LAD, bagi pembeli yang sudah mendapat kebenaran untuk menuntut kunci "RUMAH" , mungkin rakan-rakan ada menandatangani 1 surat yang dikeluarkan kepada pembeli untuk "offset" beberapa bayaran tempoh hari. Jika rakan-rakan menghayati surat tersebut jelas menyatakan LAD untuk PEMBAYARAN 1 akan dilunaskan dalam tempoh 18 BULAN daripada tarikh rakan-rakan menandatangi SURAT tersebut. Baki untuk PEMBAYARAN 2 akan dibayar dalam 18 BULAN lagi. Rumusan daripada itu, LAD 30% yang dipersetujui akan dibayar selama 3 tahun. Amat menyedihkan sekali lagi kita ditipu dan dimanupulasi oleh PEMAJU TALAM ini. Perkara ini saya dah panjangkan kepada KPKT, namun ianya tidak diendah pun dan tidak disentuh pun seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Namun PROTEM akan menyusul tindakan yang selanjutnya kepada Tribunal Perumahan di atas kemelut ini. Mungkin tahun depan kita sama-sama berbincang untuk menyusun perancangan yang lebih afdal. Kita selesaikan kemasukkan rumah ini dahulu kemudian kita pikir apa yang patut nak buat lepas ini.
3) Isu TNB , semalam MR. Woo daripada Talam memaklumkan, dalam masa 2 minggu proses pemasangan METER TNB dan CASING UNTUK KESELAMATAN akan dipasangkan di semua Blok-Blok rumah yang terlibat. Ini kerana setiap CASING KESELAMATAN perlu ORDER dahulu dan ambil masa sedikit.(Alasan biasa)
Sekian Wassalam
ZDIN SU

Friday, November 11, 2011

TERKINI PERJUMPAAN DGN LT DAN KPKT DAN PEMAJU









SEROJA APARMENTS – PERBINCANGAN BERSAMA PEMBELI

Tarikh: 11.11.11

Masa: 10:00 pagi

Tempat :Perkarangan Seroja Apartments

Kehadiran:-

1) Pegawai KPKT

- EncikMohd Hafiz

- Pn. Fadzilah

- Pn.Zuraida

2) WakilTalam

- En. Woon (PenguruS Projek)

- En. Woo (Coordinator Side Project)

3) Wakil LT Sdn Bhd

- En. Ong

4) Protem

- Pengerusi Tn. Haji Akram

- Zdin

- Wan Rolhas

- Mokhzany

Dan rakan-rakan pembeli yang lain

Agenda perbincangan:-

Kata-kata aluan daripada Pengerusi Protem Tn. Haji Akram di atas kesudian kepadaPegawai KPKT dan wakil-wakil pemaju dan kehadiran rakan-rakan pembeli dalam muzakharah ini. Tujuan utama perbincangan ini adalah kerana ketidakpuashatian pembeli amnya di atas pelbagai kesulitan dancabaran walaupun segalaarahan yang diberikan daripada pemaju telah ditunaikan pembeli,namun pembeli masih belum dapat menduduki rumah idaman dengan suasana yang aman dan tenteram.Malah pelbagai isu-isu lain dan baru pula timbul..Walaupun perbincangan ini agak panas seketika, namun atas dasar tolenrasi kedua-dua pihak dan pemantauan oleh KPKT akhirnya keputusan dapat dicapai namunbagi PROTEM ianya bukannya berakhir di sini, selagi apa yang diputuskan tidak dipertejemahkan dan objektif tidak tercapai …ianya masih lagi tergantung…

Isu –isu berbangkit:-

1) ELCB Fius

- Keputusan bersama diputuskan bahawa pemasanag ELCB Fius akan dipasang oleh KONTRAKTOR yang dilantik LT Sdn Bhd. Proses pemasangan ini berjalan selama 3 bulan. Pada setiap minggu HariSabtu sahaja bermula jam 9:00 pagi ~ 12:00 tengahari, kontraktor yang dilantik siap sedia untuk memasang ELCB Fius ini. Cara bagaimana untuk kontrakto rmemasanag ELCB Fius ini?

- Langkah 1 – Setelah surat kebenaran menuntut kunci dikeluarkan di Pejabat Talam Maxisegar di Pandan Indah, pembeli perlu pergi ke Pejabat LT Sdn Bhd di Putra Perdana (Isnin ~ Jumaat waktu pejabat) untuk memaklumkan kepada LT Sdn Bhd bahawa pembeli ini sudah sedia untuk memasuki rumah kediaman masing-masing

- Langkah 2 – Yuran “Maintenance” perlu dijelaskan 2 bulan deposit . Kadar bayaran berbeza mengikut unit-unit kemudahan LIFT dan tanpa kemudahan LIFT

- Langkah 3 – Waktu yang sama ,buat temujanji bila pembeli bersedia untuk pemasangan ELCB ini. Contoh, pembeli pergi ke Pejabat LT Sdn Bhd pada HariRabu, oleh itu buat temu janji untuk HariSabtu minggu itu,bagi pemasangan ELCB dan tuntut kuncirumah .

- Langkah 4 – Setelah ELCB ini di pasang dan kunci rumah diserahkan dengan rasmi kepada pembeli, buat pemeriksaan secara keseluruhan keadaan rumah dan senaraikan apa-apa kerosakan atau kecacatan di dalam borang yang disediakan dan serahkan semula pada LT SdnBhd samada hari itu atau hari lain.

Oleh yang demikian proses ini selesai dengan pemasangan ELCB dan penyerahan kuncirumah. Jika berlaku kehilangan ELCB ini, LT SdnBhd tidak bertanggung jawab lagi.

Bagi yang dah ambil kunci rumah sebelum ini, sila buat temu janji dengan LT Sdn Bhd bila perlu pemasangan ELCB rumah anda dilakukan. (Hari Sabtu setiap minggu sahaja)

2) Meter TNB

- Dalam tinjauan hari ini, 3 Blok telah dipasang Meter TNB .Namun proses bekalan kuasa masih belum disambung kerana factor keselamatan. Pihak LT dalam proses untuk memasang (grill untuk menutup kawasan Meter TNB ini kerana bukan semua unit TNB bekalkan meter ) . Ini kerana masalah yang dihadapi oleh pembeli sendiri dengan rekod TNB sebelum ini ada baki yang belum dijelaskan.

- Untuk unit-unit yang lain, TNB masih gagal bekalkan meter walaupun pemaju telah lama menghantar permohonan untuk mendapatkannya (Meter out of order)

- Pegawai KPKT akan mengambil inisiatif untuk mempercepatkan proses pembekalan meter inisupaya dipasang seberapa segera.

Kesimpulan masalah ini, bekalanl etrik masih belum dapat disambung ke unit-unit walaupun ELCB telah dipasang. Denganitu, proses pemasangan lampu atau kipas di dalam unit-unit rumah dan lain-lain akan tertangguh. Akan diberitahuoleh LT bila bekalan akan disambungkan. Protem akan menyelaraskan proses ini seberapa segera yang boleh.

3) Meter Syabas

- Data terkini, hanya 192 unit kediaman telah dipasang meter Syabas. Yang lain-lain masih belum dipasang kerana pihak Talam tidak menerima “SuratAkuJanjiSyabas”

- Pihak LT tidak membuka paip utama air atasalasan, kemungkinan kecurian air akan berlaku. Bagi unit yang ada meter tiada masalah, tetapi bagi unit yang masih tidak dipasang meter, air tetap boleh dicuri. Apabila paip air yang tidak dipasang meter ini digunakan, secara umumnya akan dicajke ke meter “Bulb Utama’’. Kerisauan ini akan menyebabkan kos meningkat dalam penggunaan air.

- Cadangan untuk menggunakan “Cap Lock” bagi unit tiada meter adalah tinggi. LT anggarkan 1 cap bernilai RM50.00.

Kesimpulannya, isu ini masih belum selesai, mungkin untuk minjimatkan kos, LT perluguna (cap screw paip )untuk menutup sementara bagi unit yang tiada meter.

4) Blok 2 dan baki 33 unit yang masih tiada CF

- Untuk semua unit initelah pun diluluskan CF, oleh itu rakan-rakan hanya perlu menunggu surat dari pada pemaju untuk makluman“VP”

RUMUSAN SECARA KESELURUHANNYA

UNTUK ISU ELCB FIUS DAN PEMASANGAN SECARA TEORI BOLEH DIANGGAP BOLEH DI ATASI. NAMUN PROSES PENYAMBUNGAN BEKALAN LETRIK DAN AIR MASIH LAGI SAMAR DAN KURANG YAKIN BILA SEBETULNYA AKAN SELESAI. SEBABNYA IANYA BERKAIT-KAIT DENGAN ISU-ISU LAIN SEPERTI FAKTOR KESELAMATAN, BEKALAN METER TNB ITU SENDIRI,MASALAH REKOD PEMBELI DENGAN TNB SERTA FAKTOR KECURIAN AIR AKAN BERLAKU. PROTEM AKAN BERTERUSAN UNTUK MEMANTAU PROSES INI SEHINGGA KITA BETUL-BETUL BOLEH MASUK KE UNIT KEDIAMAN DENGAN SEMPURNA . DENGAN ITU SAMA-SAMALAH KITA BERGANDING BAHU UNTUK MENDAPATKAN KEDIAMAN INI DENGAN SESEMPURNA YANG BOLEH. KITA HARAPKAN SEBELUM HUJUNG TAHUN INI, KITA BOLEH MASUK DAN TINGGAL DI KEDIAMAN INI DENGAN ERTI KATA SEBENAR-BENARNYA. CADANGAN UNTUK TIDAK DIKENAKAN “MAINTENANCE FEE” BAGI BULAN NOVEMBER INI AKAN DIUSULKAN KEPADA PIHAK LT SDN BHD DAN TALAM KERANA FASILITI YANG SEPATUTNYA BOLEH DIGUNAKAN TETAPI TIADA APA-APA PUN.

SEKIAN WASSALAM

Daripada Zdin Setiausaha

WAKIL SEMUA PROTEM DAN RAKAN-RAKAN PEMBELI YANG HADIR HARI INI

RUJUK GAMBAR-GAMBAR YANG DI AMBIL KETIKA PERBINCANGAN INI BERLANGSUNG


Thursday, November 10, 2011

TERKINI DAN PERJUMPAAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia


Maklumat terbaru yang disampaikan oleh Pengerusi Tn. Haji Akram , beliau berkesempatam bercakap dengan Pengarah Bah. Swasta KPKT Tn. Ir Lai bahawa esok akan diadakan perjumpaan bersama Pegawai KPKT:-



Tarikh : 11 November 2011

Masa: 10:00 pagi

Tempat: Di tapak perumahan "Seroja Apartment"



Di harapkan rakan-rakan yang berkesempatan boleh la hadir untuk menyatakan ketidakpuashati terhadap apa yang selama ini kita sebagai pembeli dipermainkan oleh PEMAJU TALAM amnya. Kehadiran rakan-rakan amat dialukan.

** YANG MANA KELAPANGAN MOHON HADIR BERSAMA **






wassalam

Zdin SU

Wednesday, November 9, 2011

MAKLUMAT 10 NOV 11

EMWL S/USAHA EN.DIN KE PEGAWAI KPKT


Assalamualaikum w.b.t

Kehadapan Saudara Encik Aidy,

Retetan email di bawah adalah perkembangan terkini mengenai masalah yang dihadapi oleh pembeli "Seroja Apartments" Putra Perdana. Untuk maklum, perkara ini telah disampaikan kepada KSU KPKT namun tiada maklumbalas sehingga semalam. Protem amat berharap apa yang dirancangkan untuk perjumpaan bersama Pegawai KPKT pada esok 11 November 2011 Jam 10 pagi di tempat tapak projek ini dapat direalisasikan. Mungkin Pegawai atasan KPKT tidak dapat menghadiri namun kehadiran Pegawai lain boleh meluang sedikit masa untuk melihat sendiri situasi sebenar yang terjadi pada Projek Seroja Apartment ini amat diharap-harapkan. Ini kerana kebetulan jarak perjalanan antara Pejabat KPKT yang baru tidak jauh dengan projek ini.

Diharapkan Encik Aidy dapat memaklumkan seberapa segera untuk kami pembeli dapat menghadiri bersama-sama bagi mencari jalan penyelesaian yang ketika ini asyik ditipu dan dipermainkan oleh PEMAJU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI

Wassalam
Zdin
Setiausaha Seroja Apartments
013-3816163


EMAIL DARI CHAIRMAN LAKESVILLE KE PENGARAH IRR LAI KPKT

Good morning Ir Lai,

As discussed with Dato’ Ahmad on last Fri – please be informed of the related issues now arising due to the developer or their representative ACTIONS and/or DIRECTIVES for buyers to follow.

Appreciate your concerted effort for this project to end amicably.

Todate one buyer (J-1-15) had engaged separate electrical contractor to install his ELCB Fuse for a payment of RM100.00 – but still no power supply.

There are 10 buyers who had taken their house keys but was instructed by LT to group themselves in fives before any installation of ELCB is done collectively.

As requested by PROTEM Sec to Mr Woon (as appended)- the issues of Block 2 (my unit) and the other 33 units are yet to be approved by their architect.

We had received any information on these issues

Over the weekend and Hari Raya Haji period, there had been many calls from disgusted buyers on the way buyers’ rights were being treated.

On behalf of all of us buyers – CAN WE REQUEST YOUR KIND PRESENCE WITH THE DEVELOPER ON SITE THIS FRIDAY, 11 NOVEMBER AT 10AM TO RESOLVE THESE OUTSTANDING ISSUES?

Most of us are prepared to take leave to attend this gathering.

We’ll really appreciate this last and final action from Bahagian Penguatkuasaan, KPKT before rerouting ourselves to Housing Tribunal for LAD issues.

For your kind considerations and actions

Thanking you in anticipation

Mohd Akram

Chairman PROTEM

Lakes Ville, Putra Perdana

Tuesday, November 8, 2011

Maklumat dari S/Usaha En Din

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Sila rujuk penjelasan pemaju mengenai perkara-perkara berbangkit. Penjelasan ini masih samar dan secara peribadi masih kurang yakin bagi pemaju untuk merealisasikannya. Semua hanya alasan semata-mata tanpa ada tindakan secar serius. Perkara ini Pengerusi Tn.Haji Akram telah panjangkan kepada pihak KPKT supaya mengambil tindakan yang lebih serius untuk membantu pembeli yang selama ini dipermainkan oleh pihak pemaju secara keseluruhannya. Protem masih menunggu 'respond' daripada KPKT untuk mengadakan perjumpaan bersama pembeli ditapak projek rumah ini. Protem akan memaklumkan kepada semua rakan-rakan bila perjumpaan ini akan berlaku .

Sekian....

Mr Zdin: Please be informed that:-

1. ELCB installation of fuses - We will arrange to install all, I will write to IJMC/Techjaya once I got the list from LT Sdn Bhd.

2. Inspection from architect for Block 2 is done. The balance of 33 unit is ready for architect to inspect after Raya, anytime from now on.

3. Main entrance gate – LT needs it for security reason, LT to remove once they think it is safe to remove. Grass cutting - is by LT Sdn Bhd. Main road concrete stone – to remove after Raya, arranging, anytime from now.

4. TNB still "switch off' – some units still without TNB meters, we haven’t got all from TNB, we will “on” it once we have installed all. It is dangerous to “on” now without meter.

5. Lift is ready to be use now.

Thank you.

From: Woon

Thursday, November 3, 2011

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Merujuk kepada e-mail Tuan bertarikh 4 Nov 2011 yang diajukan kepada YBhg Datuk KSU dan percakapan talipon pada tarikh yang sama ada kaitan.

1) Pada hakikat sebenarnya, penyerahan kunci telah pun dilaksanakan mulai 1 November 2011 dan akan
berterusan sehingga isu 'billing' dan perkara berkaitan telah selesai oleh pihak bank.

2) Mengenai isu ELCB dan perkara berkaitan pemasangan elektrik tidak dapat dilaksanakan serta merta di atas
faktor keselamatan dan kecurian. Oleh yang demikian, pihak pemaju akan memasangnya setelah pembeli
mendapat kunci masing-masing. Pihak pembeli perlu memaklumkan kepada pemaju tarikh pemasangan
tersebut dan ianya akan dilaksanakan tanpa sebarang kos tambahan.

3) Bagi isu ' Maintenance Fee' yang dibangkitkan, sebenarnya terdapat 4 Blok 5 Tingkat ( Walk-up ) dan 4 blok 7
Tingkat ( With lift ), maka kadar pembayaran adalah berbeza mengikut jenis rumah yang dimiliki.

Pecahan pembayaran ' maintenance' adalah seperti berikut:-



Klik untuk besarkan.



Sekian Terima Kasih




~ melalui email ~

Ir. LAI LIANG KOONG
Pengarah
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Jabatan Perumahan Negara





ISU ELCB

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia........


Pagi tadi saya berkesempatan bercakap dengan Pengerusi kita Tuan Hj. Akram mengenai isu ini. Daripada percakapan beliau dengan KSU KPKT Dato' Ahmad Kabit, sepatutnya pemasangan ELCB Fius adalah tanggungjawab Pemaju LT Sdn Bhd. Pembeli tidak akan dikenakan sebarang bayaran pemasangan ini. Alasan kecurian jika pemaju memasang ELCB Fius ini adalah tidak masuk akal kerana sistem keselamatan 24 jam telah diwujudkan.

Justeru itu, mungkin di antara kita telah ambil kunci dan ELCB Fius ini telah dipasang di unit-unit masing-masing dengan upah kontraktor bertauliah, sudilah kiranya rakan-rakan maklumkan kepada saya:-

1) No unit rumah?
2) Nama Pembeli?
3) Bila pemasangan ELCB ini dibuat?
4) Berapa bayaran upah yang dikenakan?

Maklumat ini penting untuk saya maklumkan kepada Pengerusi Tuan Hj. Akram supaya laporan terus kepada KSU KPKT. KPKT akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan sebaik yang mungkin.


Wassalam
Zdin SU

Tuesday, November 1, 2011

The House Rules Manual

Salam 1 Malaysia.

Untuk pengetahuan:

Semasa mengambil kunci , anda akan diserahkan 3 set kunci dan juga ELCB api untuk dipasang di unit kediaman.

Satu set dokumen ' THE HOUSE RULES MANUAL ' juga diberikan kepada owner sebagai panduan.

Perlu diingatkan , selepas mendapat kunci , setelah pemeriksaan rumah dilakukan dengan teliti dan kiranya ada komplen yang harus dibuat , borang komplen tersebut ada dikembarkan dalam dokumen ' THE HOUSE OF RULES ' .

Senaraikan komplen anda dalam borang tersebut dan hantarkan kepada Pemaju Kenshine di tingkat 1 , atas pejabat syarikat LT di putra perdana . Pegawai yang mengambil komplen tersebut bernama Pak Abu dan boleh dihubungi di no 03 - 83189749.


Harap Maklum


Monday, October 31, 2011

1 NOV 2011

SURAT AKU JANJI SYABAS







1) KLIK PADA SURAT DAN ANDA BOLEH PRINTKAN KE PRINTER ANDA.

2) ISI DAN FAXKAN KEPADA TALAM DI FAX NO : 03 - 42952414 ATTN MS LOH

3) MINTA CALL MISS LOH DAH SAHKAN YANG FAX ANDA TELAH DIHANTAR



PENGAMBILAN KUNCI RUMAH







Saya telah mengambil kunci rumah dan telah membayar maintenance fee dan sinking fund sebanyak RM270.60 ( Unit Berlif ) untuk bulan November dan December . Bermula January
2012 - Setiap bulan saya harus membayar sebanyak RM135.30 iatu RM 123.00 untuk maintenance fee dan RM12.30 untuk sinking fund,

** PERJANJIAN SEBELUM INI ADALAH - RM110.00 - UNIT BERLIF DAN RM90.00 UNIT TIDAK BERLIF **

** PEMBELI TERNYATA DIPERMAINKAN LAGI DALAM SOAL INI **


Untuk pengetahuan - Sinking Fund ini bertujuan untuk memudahkan pihak pengurusan mengecat kembali kawasan perumahan setelah cat bangunan apartmen yang diduduki telah pudar.



Semasa mengambil kunci saya telah diberi 3 set kunci rumah dan juga ELCB elektrik yang menurut Syarikat LT kita harus menanggung sendiri kos untuk memasang ECLB bagi mendapatkan bekalan elektrik.

Gambar saya lampirkan disini.

Menurut Syarikat LT upah memasang ELCB ini lebih kurang RM150.00. Nak kena cari kontraktor luar yang lebih kurang sikit kos utk pemasangan.


PERSOLANNYA : ADAKAH PERLU KITA MENANGGUNG KOS INI KERANA TERANG TERANG DALAM PERJANJIAN JUAL BELI ADA DINYATAKAN PENYERAHAN MILIKIAN KOSONG YANG SUDAH ADA AIR DAN ELEKTRIK DAN KITA CUMA HARUS MENGAMBIL KUNCI SAHAJA

HARAP PROTEM DAPAT MEMBAWA ISU PEMASANGAN ELCB INI KE PEMAJU DAN JUGA ISU LAD .

NAMPAKNYA KITA BANYAK DIPERMAINKAN OLEH PEMAJU KERANA WAKTU PENYERAHAN KITA TERPAKSA MENGELUARKAN LAGI SEDIKIT WANG UNTUK PASANG ECLB YANG SEPATUTNYA DITANGGUNG OLEH PEMAJU. NAMPAKNYA MASIH BERLAKU KETIDAKADILAN DALAM ISU PENYERAHAN MILIKAN KOSONG INI.



Sunday, October 30, 2011

1 NOV 2011 - Tarikh Keramat

TARIKH KERAMAT

1 NOVEMBER 2011 - TARIKH AMBIL KUNCI

** SELAMAT MENDIAMI RUMAH BARU ANDA **

Thursday, October 27, 2011

Makluman

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Rakan-Rakan

Maklumat terkini melalui perbincangan ringkas di Pejabat Talam pada 27 Oktober 2011


1) 1) Mr. Woon

2) 2) Mrs.Low

3) 3) Zdin (Protem)

Perkara-perkara yang dibincangkan:-


1) 1) 33 unit kediaman yang masih belum dapat CF dan Blok B (2)

- Dijelaskan oleh Mr. Woon (Pengurus Projek) bahawa 33 unit kediaman yang x lulus CF tempohari telah dibaiki sepenuhnya dan Blok B (2) juga telah dibersihkan. Oleh yang demikian, dijadualkan pada 31 Oktober 2011 (Hari Isnin) pemeriksaan oleh Arkitek akan dilakukan. Kelewatan ini disebabkan kerana cuti Deepavali yang sepatutnya berlaku pada 24 & 25 Oktober . CF akan dikeluarkan dengan segera setelah mendapat kelulusan daripada Arkitek yang dilantik.

2) 2) Surat “Aku Janji Syabas”. Saya akan ‘upload’ borang ini untuk tujuan bagi sesiapa antara kita yang belum ‘menandatangani’ boleh lah berbuat demikian. Begitu juga ada antara kita yang sebelum ini telah menghantar ‘borang’ ini tetapi tiada dalam senarai, sila hantar semula borang atau lebih mudah pergi ke pejabat Talam sendiri. Untuk rakan-rakan luar KL boleh hantar melalui ‘POS’.

3) 3) Untuk menuntut “KUNCI RUMAH”. Talam akui terdapat salah faham diantara Kenshine Developer dan LT Sdn Bhd mengenai proses penyerahan ‘KUNCI RUMAH’. Ini kerada insiden yang terjadi dikalangan pembeli yang mana telah jelaskan semua pembayaran tetapi ketika menuntut ‘KUNCI’ ….HAMPA. Namun demikan bermula dari 1 NOVEMBER 2011, kunci sedia ‘DITUNTUT” di pejabat LT Sdn Bhd .

- Ketika menuntut ‘KUNCI’ di LT Sdn Bhd, pembeli dikehendaki membuat pembayaran ‘DEPOSIT MAINTENANCE’

- Bagi unit ada ‘LIF’ perlu jelaskan bayaran sebanyak RM220.00 (2 X RM110)

- Bagi unit tanpa ‘LIF’ perlu jelaskan bayaran sebanyak RM180.00 (2 X RM90)

- Bermula pada 1 November 2011 pihak LT Sdn Bhd dipertanggungjawab untuk menguruskan fasiliti termasuk i)Sekuriti 24 jam ii)Fasiliti Kolam Renang dan Dewan Serbaguna iii)Pembersihan di dalam kawasan unit kediaman

- Minggu pertama dalam November ini juga, segala pembersihan seperti i)Jalan masuk ii)Pagar-pagar yang tak sempurna perlu dibaiki iii)Rumput akan dipotong

- Setelah mendapat ‘KUNCI’ unit kediaman masing-masing, buat pemeriksaan dahulu di dalam dan disekitar rumah dan jika tidak berpuashati mungkin terdapat kerosakan dan kecacatan, senaraikan dan maklumkan kepada LT Sdn Bhd dengan segera .

- Sila berhubung dengan En Abu (Supervisor Bertugas) No. 03-83189749 atau Fax No. 03-83191549. Nyatakan No.Unit Kediaman dan Nama Pembeli beserta No Tel untuk dihubungi.

4) 4) Isu ‘LAD’. Penjelasan daripada Mrs. Low seperti:-

- Masih berpegang dengan keputusan Mahkamah Ke-2 tempohari iaitu perkiraan dikira sehingga pada Disember 2009 sahaja

- Kelewatan bermula daripada Bulan Mei 2011 sehingga sekarang, tidak akan dibayar dengan alasan ‘Kenshine Tak Mampu Bayar’

- Namun demikian, tarikh bila .PEMBAYARAN PERTAMA LAD’ akan dibayar….masih lagi menjadi tanda ‘TANYA’

- Sejumlah (Miscellaneous Item) boleh ditolak dengan ‘LAD’ iaitu selain daripada DEPOSIT TNB dan SYABAS perlu dijelaskan oleh PEMBELI (RM380.00)



RUMUSAN:-



Harapan semua rakan-rakan memahami situasi terkini ini supaya tiada kekeliruan lagi antara kita. Protem akan terus meneruskan mencuba sedaya upaya untuk memperjuangkan apa-apa yang patut untuk mengembalikan hak-hak yang termampu. BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH. Jauh lagi perjalanan yang perlu kita harungi demi “RUMAH YANG SELAMA INI KITA PERJUANGKAN”

Salam Daripada

ZDIN

Setiausaha

Merangkap Semua Warga Kerja PROTEM

SEROJA APARTMENT PUTRA PERDANA

Tuesday, October 25, 2011

Surat Offset Miscellaneous Charges dengan LAD

( Klik untuk besarkan gambar )

Ini adalah surat yang anda harus tandatangani sekiranya miscellaneous charges anda tak nak bayar , di offsetkan dengan LAD tetapi anda tidak boleh ambil tindakan terhadap Kenshine kalau dah sain surat ni. Tak boleh amik tindaklan terhadap Kenshine. Kalau dia buat kat kita boleh plak, kalau kita buat kat depa tak boleh... Memang tak berhati perut punya pemaju.

Friday, October 21, 2011

Makluman

Makluman dari Setiausaha En Din

Assalamulaikum w.b.t Dan Salam 1 Malaysia


1) Seperti yang dijanjikan saya semalam, surat (rujuk lampiran) merupakan persetujuan bersama antara kita pembeli dan pemaju mengenai isu PAMPASAN LAD. Saya bersandarkan surat KPKT_LAD_3 yang menyatakan LAD akan dibayar ketika proses VP berlaku. Namun alasan dan alasan diberikan. Namun saya harap semua rakan-rakan bersabar supaya perkara ini saya dan Pengerusi Hj Akram mendapat perjelasan lanjut minggu hadapan.

2) Rujuk daripada mesej di dalam Blog www.lakesville.blogspot.com, banyak rungutan kerana bila "call" x de respond. Kepada rakan-rakan yang tinggal luar kawasan KL terutamanya boleh sekiranya bagi a) Nama b) Unit rumah , kepada saya supaya minggu depan saya mengujungi Pejabat Talam boleh bertanyakan hal ini. (Bersyarat, pinjaman 15% dah comfirm bank release kepada pemaju). Ini bertujuan supaya rakan2 tidak datang berulang-ulang kali ke Pejabat Talam namun perkara tak selesai.(Kepada Rakan-Rakan Luar Kawasan KL JE)

3) Semalam telah mengundangkan kemarahan dan ketidakpuashatian salah seorang rakan kita yang mengunjungi Pejabat Talam. Semua perkara yang Pemaju minta dalam surat VP telah beliau jelaskan, namun harapan untuk mendapat KUNCI ketika menuntut di LT Sdn Bhd amat memeranjatkan kerana di maklumkan KUNCI RUMAH tiada dalam simpanan mereka. Sumber mengatakan bahawa KUNCI RUMAH SIAP SEDIA BERMULA PADA 1 November.Maklumat ini tidak sama yang disampaikan ketika saya berjumpa dengan Mrs. Low tempohari. Kekeliruan ini telah menyusahkan semua orang terutama pembeli.

KESIMPULAN

Insyallah saya dan Tn Haji Akaram akan cuba mendapat sebarang maklumat terbaru daripada Talam mengenai status terkini dan kedudukan kita sekarang ini. Mungkin minggu depan baru muncul jawapannya. Diharapkan semua rakan-rakan bertenang dan bersabor la ye...Banyak lagi rintangan yang perlu kita tempuhi ropenye......

Wednesday, October 19, 2011

Maklumat Terbaru - 20 Oct 2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia


Maklumat terkini, hari ini terdapat rakan-rakan kita telah pun pergi ke Talam untuk mendapatkan "Surat Rasmi" untuk mengambil KUNCI RUMAH. Walaubagaimanapun terdapat kesilapan teknikal untuk tuntutan ISU PAMPASAN LAD:-

1) Ia... sepatutnya PIHAK TALAM MESTI mengeluarkan CEK untuk LAD seperti yang dijanjikan ketika Mesyuarat Perintah Mahkamah Ke-2 tempoh hari. (Esok saya kan uplaodkan SURAT yang memberitahu PEMBAYARAN PAMPASAN (separuh drp 30%) AKAN BERLAKU SERENTAK waktu penyerahan KUNCI.

2) Perkara-perkara seperti sejumlah wang yang perlu dijelaskan (Miscellaneous item) boleh ditolak dengan jumlah LAD. Ini bermakna rakan-rakan tidak perlu membayar apa-apa wang dengan SYARAT baki 15% daripada BANK PINJAMAN telah dimasukkan ke dalam akaun Talam.

3) Pengerusi Hj.Akram maklumkan kepasa saya LAD akan dikeluarkan setelah URUSAN TALAM dan IJM (sebagai pemaju yang menyiapkan projek ini) menyelesaikan beberapa perkara. (saya akan ke Talam untuk tempoh terdekat ini supaya maklumat yang dihebahkan tidak menimbulkan keresahan dan kekeliruan di antara kita)

* Memo sebelum ini yang saya maklumkan kepada rakan-rakan semua terdapat kesilapan teknikal sedikit dan salah tafsiran bagi saya. Insyallah...ISU LAD untuk NEXT STAGE akan kita perjuangkan, YANG PENTING KITA AMBIL KUNCI RUMAH DULU. (Mungkin kita akan rujuk kepada TRIBUNAL PERUMAHAN ISU LAD ini jika terdapat unsur-unsur PENIPUAN DRP TALAM UNTUK TIDAK MEMBAYAR PAMPASAN SEPERTI YANG DIJANJIKAN ATAUPUN KITA TUNTUT SEMAK SEMULA JUMLAH LAD YANG SEPATUTNYA HAK KITA.

Wassalam

Zdin SU

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-