Wednesday, October 21, 2009

Keratan akhbar Berita Harian 15/01/08



Keratan akhbar pada 15/01/08 - Berita Harian. - Klik untuk besarkan.
Petikan dari keratan akhbar :
katanya selepas penstrukturan berkenaan Talam Corp akan menumpukan kepada pasaran hartanah mewah kerana wujud permintaan tinggi bagi sektor berkenaan.

Talam , katanya sedang memajukan projek pembangunan bersepadu merangkumi komersial , pejabat dan apartmen servis di china yang dijangka dapat disiapkan pada awal tahun depan.
P/s : renung-renungkan lah wahai saudara ku dimana kita dapat maintanence free untuk 3 tahun.

Surat dari wakil pembeli kepada pemaju




Surat dari wakil pembeli kepada pihak pemaju. Diserahkan pada 21/10/2009 pada pukul 11.30 pagi .



Assalamualaikum dan salam sejahtera... ..


Seperti yang dimaklumkan, satu perjumpaan dengan Talam Corporation diadakan tengahari tadi di Pandan Indah . Terima kasih pada yang hadir. Malang sekali tiada perbincangan berlaku tadi, pihak Talam memberi alasan, Top Management tiada kerana menghadiri 'Mensyuarat' tak tahu bila akan habis di tingkat 4 banggunan yang sama tadi. Walaupun berurusan dengan Mrs. Low, beliau tidak boleh memberi sebarang jawapan dan hanya 'Top Manegement' sahaja. Sebarang pertanyan mengenai Projek ini sila hubungi Mr. Sunny .Walaubagaimana pun kami telah membuat satu surat supaya pihak Talam (Kenshine) memberi jawapan secepat yang mungkin. Sila lihat lampiran yang di beri...


Seperti dimaklumkan juga, 1 perjumpaan antara kita sebagai pembeli (yang mana boleh hadir) pada:-

Tarikh: 24 Oktober 2009
Lokasi : Perkarangan Masjid Putra Perdana
Masa: 10.00 pagi.



Setuiausaha / En. Din

Monday, October 12, 2009

Untuk Makluman

Salam,

Buat masa ini, kita (AJK Protem) perlu mendapat panduan, nasihat dan pandangan daripada Tribunal Perumahan.

Selepas berbekalkan maklumat serta nasihat yang bakal diperolehi, ditambah dengan pengalaman kes-kes yang terdahulu (masalah LAD), baru dicadangkan kita bermesyuarat untuk menetapkan halatuju serta tindakan bagi perumahan Lakes Ville.

Saya menerima semua pandangan, pendapat, nasihat dan pendirian supaya perbincangan nanti lebih bermakna.

Wassalam,
Mohd Akram


Laporan semasa perjumpaan dengan pemaju pada 6/10/09


LAPORAN MESYUARAT PARA PEMIUTANG SIDANG MAHKAMAH SYARIKAT KENSHINE CORPORATION SDN BHD
DENGAN PEMBELI LAKES VILLE PADA 6 OKT 2009

AM
1. Mesyuarat telah diadakan di Pandan Lake Club bermula pada jam 09.30 dan tamat jam pada 1.15 tengahari. Tujuan utama mesyauarat perjumpaan adalah untuk Syarikat Kenshine Corporation Sdn Bhd (KC) mendapat persetujuan pembeli untuk menerima skima berkompromi dengan mengenepikan (waive) hak LAD. Sebagai gantian, KC akan memberi tiga (3) tahun perkhidmatan penyenggaraan secara percuma.

2. Proses ini adalah berdasarkan kepada COMPANIES ACT 1965 (REVISED 1973), ACT 125, Section 176 - Power to compromise with creditors and members. Proses peraturan ini adalah untuk membolehkan KC menguruskan semula masalah kewangan syarikat dalam satu tempoh yang telah diluluskan mahkamah. Keperluan ini adalah juga untuk Syarikat IJM Construction Sdn Bhd (IJMC) menyiap dan menyerahkan hak milik kosong dalam masa enam (6) bulan dari tarikh sanksi mahkamah.

SECTION 176

3. Peraturan ini memerlukan KC mendapat persetujuan para pembeli untuk meluluskan skima berkompromi seperti berikut:

a. Kelulusan melebihi 50% dalam jumlah bilangan pengundi yang mewakili sekurang-kurang 75% dari jumlah nilai harga pemiutang daripada para pengundi yang hadir (sendiri atau melalui proxy) pada mesyuarat tersebut.

b. Jika skima ini diterima oleh majoriti pembeli dan diluluskan oleh Mahkamah, maka semua pembeli akan terikat dengan perlaksanaan skima ini.

c. Butiran projek Lake Ville (berakhir 31 Jan 2009) adalah seperti berikut:

(1) Jumlah dalam pembinaan – 547 unit.
(2) Jumlah tersenarai dengan nama pembeli – 387 unit dengan LAD Payable berjumlah RM10,688,641. 21
(3) Jumlah tersenarai dengan nama IJMC – 165 dengan tiada LAD Payable

KEPUTUSAN MESYUARAT

4. Setelah pengundian dan pengiraan dibuat, keputusan adalah seperti berikut:
a. Hadir & Proxy mengundi – 321 undi
b. Meluluskan skima – 177 undi (merupkan 55% undi dengan 60% nilai harga pemiutang)
c. Tidak meluluskan skima – 142 undi (merupakan 45% undi dengan 40 % nilai harga pemiutang)
d. Undi rosak – 2 undi
ULASAN
5. Seperti yang telah berlaku, pihak pengurusan KC tidak mendapat kelulusan bagi skima kompromi yang telah ditawarkan. Ini juga bermakna KC terpaksa merujuk kembali kepada pihak Mahkamah untuk tindakan seterusnya.

6. Ini juga bermakna para pembeli perlu bersedia untuk bersemuka dengan pihak pengurusan KC tentang kedudukan rumah hak pembeli seterusnya. Dari pemeriksaan fizikal yang telah dilaksanakan oleh beberapa pembeli, projek Lakes Ville sedang disiapkan oleh IJMC yang dijangkakan dapat dibuat penyerahan hak milik kosong dalam tempoh 2 ke 3 bulan lagi.

7. Persatuan penduduk/pembeli Lakes Ville yang sedang ditubuhkan dengan perlantikan AJK Protem perlu bertindak supaya kepentingan 387 pembeli dapat perlindungan undang-undang dan hakmilik bersama terperlihara.

10 Okt 2009

MOHD AKRAM BIN MOHD AKBAR

Lakes Ville
Putra Perdana


TUNTUTAN KES YANG DISELESAIKAN OLEH TRIBUNAL PENGGUNA

Sila klik - Tuntutan Kes

Bayang kan berapa banyak kes yang terpaksa pembeli naik turun ke tibunal.

Friday, October 9, 2009

Perjumpaan

ASSALAMUALIKUM & SALAM SEJAHTERA

Perjumpaan : 15 / 10 / 2009

Tempat : Kementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanParas 3-7, Blok K, Peti
Surat 12579,Pusat Bandar Damansara,50782 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : 603-2094 7033Faks : 603-2094 9720 e-Mail : administrator@kpkt.gov.my


Pukul : 10.00 Pagi

Semua AJK PROTEM sekiranya kelapangan boleh lah menghadirkan diri, yang pastinya pengerusi dan ajk lain akan ada pada pagi tersebut. Wassalam.


Petikan Ucapan dari pengerusi kita.

Salam,

Alhamdullilah, kita semua telah selamat menghadiri mesyuarat tempoh hari.
Nyata, keputusan tidak memihak kepada pemaju kerana tidak mempunyai majority yang diarahkan oleh mahkamah.

Saya akan usahakan satu laporan tentang keputusan mesyuarat tempoh hari.

Buat masa ini, pendaftaran AJK protem telah diselaraskan.
InsyaAllah AJK akan bersidang secepat mungkin.

Sementara itu, urusan rujukan kepada Tribunal Perumahan sedang diusahakan.
InsyaAllah suadara Raduan akan dapat tarikh dan masa yang sesuai bagi AJK Protem bersemuka dengan Tribunal.


Mudah2an usaha kita bersama akan mendapat berkati Allah SWT.

Wasalam
Mohd Akram

Wednesday, October 7, 2009

Wakil Penduduk @ Protem Committee

Pengerusi - Mohd Akram bin Mohd Akbar - 019 - 2385882
N.Pengerusi - Azlan bin Abdullah - 013-3500829

Setiausaha - Zamirudin b. Hashim
N.Setiausaha - Radhuan b. Abdullah

Bendahari - Ramnah bt Jais
N.Bendahari - Mokhzany b. Adnan

AJK Blok :-

Blok 2 @ B - Muzafar b. Ayub
- Rosnani bt Mohamed Rawi

Blok 3 @ C - Mohd Rapidi b. Daud
- Ravichandran A/L Rajoo

Blok 4 @ D - Mohamad Rizal b. Mohamad
- Megat Noor Hisham b. Megat Walid
- Mohd Hanapi b. Mohd Isa - 010- 2959509

Blok 5 @ E - Abdul Rani b. Abdul Majid
- Fatimah bt Ab Rasid

Blok 6 @ F - Che Azizah bt Ab Rahman
- Rosli b. Abdul Jalil

Blok 7 @ G - Nor Aznin bt Abu Bakar
- Wan Rolhas Yadi b. Wan Hassan

Blok 8 @ H - Azizah bt Ali
- Zawai b. Embong

Blok 9 @ I - Saiful Adili b. Muhamad
- Yusliza bt Ahmad.

Pemilihan ini adalah secara rawak dan diharap saudara@saudari bersetuju dengan pemilihan ini.Ini adalah kerana kita kesuntukan masa dan perlu digerakkan protem secepat mungkin bagi merealisasikan harapan kita semua memperjuangkan hak-hak kita yang sepatutnya kita nikmati.

Isi Borang Maklumat

Saya memohon kepada saudara/saudari yang tidak berkesempatan memberi maklumat pada protem kita waktu perjumpaan boleh la submit secara online dengan memberikan no blok rumah saudara. Ini memudahkan kita menyalurkan maklumat secara tepat pada saudara.

Tuesday, October 6, 2009

Perjumpaan Pembeli dengan pemaju pada 6 Oct 2009








PERJUMPAAN SIDANG MAHKAMAH DENGAN PEMAJU
Tarikh : 6 Oct 2009 - Selasa
Lokasi : Pandan Lakes Club
Masa : 1045 Pagi
Perkara : Perjumpaan dengan pihak pemaju Kenshine.

- Ulasan akan kami berikan sedikit masa lagi mengenai hasil perbincangan tersebut
- Protem comittee akan dibentuk secepat mungkin untuk memudahkan urusan dengan pihak pemaju. Diharap agar saudara dan saudari berdiri dibelakang committee ini untuk bertindak dalam membela nasib kita para pembeli.
- Kami akan update dari masa ke semasa akan perkembangan dan tindakan pihak committee kepada sauadara.
- Diminta agar saudara dan saudari mendaftar email ke dalam yahoo groups untuk memudahkan maklumat dihantar kepada saudara.
- Jumlah kutipan pada hari ini adalah sebanyak RM593.00 . Kutipan ini adalah untuk kita mengembleng tenaga kearah mengerakkan persatuan penduduk atau pembeli didalam menegakkan apa yang dituntut oleh kita seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak pemaju.
Terima Kasih / Moderator Blog

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-