Thursday, June 30, 2011

Riadah Pagi di Program REHDA PWTC

PROGRAM: MENENGAHKAN NASIB PEMBELI RUMAH TERBENGKALAI

Aktiviti:

Berkumpul di Hall 4 pada jam 1030 pagi Hari Ahad 3rd July 2011
Memakai T-shirt oren.

Berjalan dari satu booth ke satu booth secara berkumpulan sambil mengedarkan risalah
Press conference

Persatuan berharap mendapatkan kehadiran sekurang-kurangnya 200 ahli. Sila sahkan kehadiran anda kepada ashleen karim di ashleen.karim@gmail.com SEBERAPA SEGERA

Snapshot Rally di KPKT pada 29 Jun 2011

Bernama Online .




Keratan Akhbar pada 1 Jul 2007 di Utusan Malaysia

































































Keratan Harakah Daily

Talam Corp in news again as cheated house buyers swamp ministry
Harakahdaily






Sisipan dalam Harakah Daily pada 1 July 2011.

Thursday, June 23, 2011

CARTA ALIRAN KERJA PENYIAPAN PROJEK HASIL MESYUARAT PADA 21 JUN 2011









Salam 1Malaysia ,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada emel seperti di rentetan.





2. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah mengadakan mesyuarat pada 21 Jun 2011 dengan pemaju (Talam Corporation Sdn. Bhd.), SYABAS, Majlis Perbandaran Sepang dan wakil pembeli bagi membincangkan jalan penyelesaian tentang isu kebocoran tangki air yang menjadi punca kelewatan penyerahan projek perumahan ini.





3. Hasil daripada mesyuarat pihak pemaju, SYABAS dan Majlis Perbandaran Sepang telah bersetuju untuk melaksanakan perancangan penyelesaian di mana penyerahan kunci kepada pembeli dijangka dapat dibuat selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2011 (Pelan Tindakan I dilampiran dirujuk).





4. Sekiranya pihak pemaju masih gagal untuk mengemukakan Wang Jaminan berjumlah RM2.5 juta, Pelan Tindakan II (seperti dilampiran) akan dilaksanakan. Penyerahan kunci kepada pembeli dijangka dapat dibuat selewat-lewatnya pada 4 Januari 2012.





5. KPKT melalui JPN akan terus memantau pelaksanaan keputusan yang dipersetujui sehingga kes ini dapat diselesaikan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.



(DATO' AHMAD HAJI KABIT)



** semoga apa yang dirancangkan ini adalah kali terakhir untuk kita pembeli mendapatkan hak kita semula , sama-sama lah kita mendoakan agar apa yang kita usahakan selama ini mendapat keadilan sewajarnya. **



Admin Lakesville.blogspot.com

Tuesday, June 21, 2011










MESYUARAT MEMBINCANGKAN KELEWATAN MENYIAPKAN PROJEK PERUMAHAN


TARIKH : 21 JUN 2011 ( SELASA )
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : KPKT , JABATAN PERUMAHAN NEGARA

PENGERUSI : DATO ABU BAKAR - KETUA PENGARAH JABATAN PERUMAHAN NEGARA

KPKT - IR LAI

KPKT - MR KANG

PEMAJU : MDM CHUAN

SYABAS : EN ZAMZURI

MPS : EN ISMAIL


PROTEM : EN DIN - SETIAUSAHA

: EN RADHUAN - AJK

: EN AKRAM - LAST MINUTE URGENT MEETING - TIDAK DPT HADIR


Sepintas Lalu hasil mesyuarat.:

Satu keputusan dan hasil mesyuarat telah dibuat oleh kementerian perumahan kerajaan tempatan di bawah pemantauan Dato Abu Bakar , telah diambil secara drastik dimana pemaju telah akur untuk menyiapkan keseluruhan tangki air yang rosak dan harus di perbaiki segera dalam tempoh masa yang diberikan oleh kementerian.

Dalam tempoh pembaikan tangki air , pemaju akan meminta rayuan kepada syabas untuk mengurangkan ' BG ' atau Bank Guarantee dari 2.5 juta , bagi meringankan beban kewangan dan pada masa sama untuk menyiapkan tangki air tersbut.

Pihak Syabas telah membuat keputusan untuk menyalurkan air secara ' Direct Tapping ' dalam tempoh sementara waktu sementara menunggu siapanya tangki air yang akan dieprbaiki oleh pemaju. Disamping itu pembeli mestilah menandatangani satu aku janji dengan pihak syabas dan borang akan dikeluarkan sedikit masa untuk sementara waktu bagi tidak menyalahkan pihak syabas kiranya berlaku apa apa masalah dalam masa tempoh peyambungan air ke kawasan perumahan kerana ini bersifat sementara sahaja sebelum tangki air disiapkan sepenuhnya.




Meter air yang akan dipasang oleh pihak syabas adalah meter individu dan bukan meter pukal. Oleh itu setiap rumah akan mendapat meter air sendiri dan dapat menikmati air percuma seperti yang lain.

Sekiranya syarat-syarat ini dipatuhi oleh pemaju, maka pemaju akan mengemukakan borang E untuk tindakan pihak Majlis Perbandaaran Sepang mengeluarkan surat 'CF' menduduki sementara apabila pihak majlis telah berpuashati denga tindakan yang telah dibuat oleh pemaju.

Dijangkakan kita akan menduduki rumah ini sekiranya pematuhan dan segala arahan ini di pantau oleh Kementerian mengikut jadual yang akan diberikan oleh kementerian, harapan kita mungkin penghujung sepetember atau boleh dikatakan paling lewat sebelum bulan november.


Laporan penuh akan dimuatkan setelah mendapat laporan dari setiausaha.



P/s : Berdoalah sama-sama kita agar masalah ini tidak akan berpanjangan lagi.



** LAD akan tetap dibayar oleh pemaju seperti dijanjikan , dan pada masa ini LAD masih berjalan selepas tarikh akhir Mahkmah pada 28 April lepas **



LAPORAN PENUH DARI S/USAHA - DALAM EMAIL YAHOO GTOUPS.


Sila klik pada laporan untuk membaca.
























































































Monday, June 20, 2011

Laporan Polis pada 19 Jun 2011





Protem dengan rakan pembeli telah membuat satu laporan polis serta tindakan yang sepatutnya kita ambil terhadap sikap pemaju yang masih melengah-lengahkan penyerahan rumah dan juga telah mengingkari perintah mahkamah.


Pengerusi protem juga mengharapkan rakan-rakan pembeli yang lain akan dapat sama-sama turun pada 29 Jun - hari Rabu mengambil tanggungjawab untuk berkumpul bersama-sama bagi menyerahkan memorandum .





Thursday, June 16, 2011

Perjumpaan di Lakesville - Ahad

// PERJUMPAAN DI KAWASAN PERUMAHAH // MOHON HADIR //


Tarikh - 19 June 2011

Hari - Ahad

Masa - 10.30 Pagi



Mohon Hadir semua , kita akan buat perjumpaan dan mesyuarat untuk tindakan dan laporan polis .

** MOHON PENYERTAAN PADA SEMUA PEMBELI AGAR DAPAT HADIR BERAMAI-RAMAI MENYERTAI PENYERAHAN MEMORANDUM **

** SILA HUBUNGI S/U : EN DIN - 013 3816163 DAN BAGI NAMA SERTA SAIZ T.SHIRT.

** T.SHIRT - RM 15.00 ** AKAN DI PAKAI MASA PENYERAHAN MEMORANDUM.

** MOHON KERJASAMA SAUDARA/SAUDARI PEMBELI UNTUK MENYERTAI **

** SILA BACA EMAIL ANDA UNTUK UPDATE TERKINI **

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-