Tuesday, August 23, 2011

Maklumat Terkini 24 Aug 2011

Tuan, Mohon maaf kerana terdapat kesilapan pada emel sebelum ini.

Mesyuarat Jawatankuasa OSC telah diadakan pada 5 Ogos 2011. Pihak MPS telah mengeluarkan kelulusan bersyaratdi mana pemaju perlu menyiapkan beberapa kerja yang masih tertunggak antaranya ialah :

1. Memperbaiki kecacatan mutu kerja seperti yang disenaraikan dan menghantar Laporan Bergambar untuk tindakan lanjut MPS.

2. "Certificate of Practical Completion"- dari jurutera perunding.

3. Kerja mengecat lot parkir.

4. Lukisan untuk Pondok Pengawal.

Maklumat terkini, pada 22 Ogos 2011 pemaju telah menghadiri satu mesyuarat di Lembaga Perumahan Hartanah Selangor yang telah dipengerusikan Exco Perumahan, YB Iskandar dan wakil dari SYABAS. Hasil daripada mesyuarat, pemaju diberi tempoh sehingga 13 September 2011 untuk menyelesaikan segala baki kerja yang tertunggak tersebut. Sehingga hari ini, pemaju masih giat melaksanakan kerja-kerja seperti yang disyaratkan oleh MPS dan deposit meter telahpun dibayar. Pihak JPN akan sentiasa memantau dan mengemaskini laporan kemajuan projek ini. Di harap para pembeli dapat bersabar kerana penyerahan kunci dijangka akan dapat dibuat dalam sedikit masa lagi. Sekian, terima kasih.
Aidy Bin Ismail
Juruukur Bahan
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Jabatan Perumahan Negara

Thursday, August 11, 2011

Terkini - Penjelasan dari Pegawai KPKT 11 Aug 2011

PENJELASAN DARI EMAIL YANG DI HANTAR OLEH S/U PROTEM DAN JAWAPAN DARI PEGAWAI KPKT PADA EMAIL BERTARIKH 11 AUG 2011.




Waalaikumsalam dan Salam 1Malaysia.




Terima kasih di atas emel yang diajukan. Untuk pengetahuan tuan, projek ini sentiasa dipantau rapi oleh Bahagian kami bagi memastikan kemajuan kerja di tapak selari dengan perancangan yang dipersetujui dalam Pelan Tindakan I sepertiyang dibincangkan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kelewatan pihak pemaju menyerahkan Bank Guarantee (BG) kepada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah menyebabkan tarikh sebenar sedikit tersasar berbanding dengan jadual perancangan yang dipersetujui.




Berdasarkan maklumat terkini yang dikemaskini sehingga 11 Ogos 2011, pemaju sedang giat menjalankan kerja-kerja pemasangan paip seperti yang disyaratkan oleh pihak SYABAS dan telah mencapai kemajuan sehingga 85 peratus.




Kerja - kerja ini dijangka siap pada minggu ini. Pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) turut memaklumkan bahawa mesyuarat OSC untuk kelulusan CFO dijadualkan pada 16 Ogos 2011 dan projek ini akan dibentangkan sekiranya Borang E diterima sebelum tarikh mesyuarat diadakan. Selain itu, pemaju turut digesa untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh dengan kadar yang segera supaya kunci dapat diserahkan kepada pembeli seperti yang telah dipersetujui. Sekian, terima kasih.




Aidy Bin Ismail


Penolong PengarahBahagian Pemantauan Perumahan Swasta


Jabatan Perumahan Negara

Tuesday, August 9, 2011

Terkini - Makluman dari Syabas 9 Aug 2011

Maklumbalas daripada Pihak Syabas

Salam Sejahtera dan Selamat BerpuasaMenjawab kepada pertanyaan pihak tuan berhubung status pembekalan air ke kawasan ini, berikut adalah butirannya:

1. SYABAS masih berusaha bagi memenuhi jadual Pelan Tindakan 1 yang telah dibincangkan dalam mesyuarat bersama pihak KPKT bulan lepas di mana air boleh dibekalkan ke unit-unit yang berkenaan pada atau sebelum 20/08/2011. Namun demikian, berikutan kelewatan 1 minggu pihak pemaju mengemukakan BG bekalan air sementara RM2.5 juta dan dokumen lain yang berkaitan dari tarikh yang dipersetujui (06/07/2011), SYABAS menjangkakan perkara ini dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum atau pada tarikh baru iaitu 27/08/2011.2.

SYABAS telah meluluskan pembekalan air sementara ke Fasa ini (Lakes Ville) pada 25/07/2011 melalui surat rujukan SYA/PJDD/DD/DGKL/SPG/LT6494/11/08306.3. Kerja-kerja persiapan yang berkaitan dengan pembekalan air sementara telah dimulakan di tapak sejurus selepas tarikh surat kelulusan dikeluarkan seperti pemasangan tetiang meter pukal, pengasingan laluan pembekalan sediada dengan kawasan ini serta penambahan beberapa komponen bagi tujuan tersebut.Berdasarkan kepada kemajuan kerja-kerja di tapak tersebut, SYABAS berpendapat air akan boleh salurkan ke unit-unit yang berkenaan selewat-lewatnya pada atau sebelum 27/08/2011.

Berhubung dengan penyerahan kunci rumah yang hanya akan bermula akhir tahun ini seperti mana penjelasan pihak pemaju, ia adalah diluar bidangkuasa SYABAS. SYABAS hanya boleh beri bantuan dari aspek pembekalan air (dalam kes ini, air dibekalkan dengan status sementara) ke kawasan ini sahaja sepertimana yang telah dipersetujui.Untuk makluman pihak tuan, sokongan SYABAS ke atas pengeluaran CF sesuatu pembangunan adalah dinyatakan di dalam surat pengambilalihan Sistem Bekalan Air pembangunan melalui Borang EPS19C iaitu setelah sistem bekalan air tetap kawasan ini yang dibangunkan oleh pemaju lulus semua ujian yang berkaitan dan mematuhi semua dokumentasi yang diperlukan bagi tujuan tersebut.

Sekian, untuk makluman.
Zamzuri Selamat
PengurusJabatan Pembangunan
03-20885078

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-