Tuesday, March 6, 2012

Perkara Berbangkit - Laporan dari Pengerusi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya telah pun pergi ke pejabat LT Sdn Bhd dan Kenshine di Putra Perdana hari ini bagi mengetahui tindakan setakat ini yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam mengatasi masalah di Apartmen Seroja. Diantara maklumat yang dapat diberikan oleh pihak terbabit kepada saya ialah seperti berikut:
1) Maklumat daripada Mr Steve Ong (LT Sdn Bhd)
1.1) Pagar
Pemasangan pagar termasuk penghadang di tempat sekuriti akan dilakukan setelah urusan melantik kontraktor yang terpilih selesai dijalankan oleh LT. Menurut Mr Steve Ong lagi, tender untuk kontraktor telah dikeluarkan dan masih menunggu beberapa kontraktor untuk menghantar permohonan. Oleh itu sementara pagar belum dipasang, jika penghuni di Seroja ternampak ada orang luar yang datang mencerobohi kawasan apartmen, laporkan dengan segera pada pihak sekuriti.
1.2) Lif
Menurut Mr Steve Ong, buat masa ini hanya satu lif sahaja akan beroperasi bagi setiap apartmen. Ianya bertujuan bagi menggelakkan kedua-dua lif menjadi rosak akibat daripada kerja pemasangan/renovation yang dilakukan. Jika terdapat dua lif beroperasi, pihak LT akan menutup salah satu daripadanya. Beliau juga meminta kerjasama dari semua pihak agar tidak mengoyakkan pembalut plastik di dinding lif.
1.3) Rumput
Kerja pemotongan rumput telah dijalankan namun untuk kawasan seperti di tepi Blok J (kawasan kolam berpagar) pihak LT akan meracun kawasan tersebut nanti. Kawasan diluar pagar Apartmen Seroja pula adalah dibawah kendalian pihak MPS.
1.4) Sekuriti
Tempat sekuriti akan dipindahkan daripada tempat sekarang (tepi taska) ke pintu masuk di belakang Blok J apabila kontraktor yang dilantik nanti selesai membina pagar di sana. Tindakan juga akan dilakukan oleh LT untuk membaiki pintu kaca rumah sekuriti yang telah pecah.
2) Maklumat daripada En Abu (Kenshine)
2.1) Astro/Lampu yang tidak berfungsi
En Abu mengatakan bahawa kerja-kerja sambungan Astro dan pembaikan lampu yang tidak berfungsi terutama di kawasan parkir masih tidak dapat dilakukan lagi kerana masih menunggu tindakan daripada kontraktor dan pihak atasan. Beliau akan memaklumkan kepada saya secepat mungkin bilakah kontraktor akan mula melakukan kerja-kerja pembaikan.
Rumusan: Tidak banyak maklumat dan tindakan yang dibuat oleh pihak Kenshine ataupun LT buat masa ini terhadap beberapa masalah yang belum lagi selesai. Jawapan daripada pihak terbabit seperti "masih menunggu tindakan" adalah mengecewakan walaupun selepas mesyuarat pengurusan lalu pihak yang bertanggungjawab akan berjanji untuk menyelesaikan masalah kita semua.
3) Kerja pemasangan/renovation 7 hari seminggu
Saya juga telah berkesempatan untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerja pemasangan/renovation dengan Mr Steve Ong dan beliau akhirnya telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi:
3.1) LT bersetuju untuk membenarkan kerja pemasangan/renovation setiap hari dari Isnin hingga Ahad bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
3.2) Tidak dibenarkan sama sekali sebarang kerja pemasangan/renovation pada malam hari.
3.3) Kebenaran pemasangan/renovation ini hanyalah cuma sementara sehingga 30 hb September 2012. Selepas tarikh tersebut tiada lagi kebenaran kerja pemasangan/renovation sehingga 7 hari dan peraturan asal akan dilaksanakan semula.
3.4) Pemilik yang ingin melakukan kerja pemasangan/renovation ini mestilah sentiasa mematuhi peraturan di dalam *House Rules Manual dibawah perkara 6.0 Renovation, Delivery and Removal (Sub Perkara 6.1 hingga 6.10) pada bila-bila masa bagi menggelakkan sebarang masalah.
Kerja pemasangan/renovation ini akan diawasi oleh pihak sekuriti dan LT sendiri. Kebenaran pemasangan/renovation selama 7 hari ini adalah cuma sementara dan jika ada apa-apa masalah yang timbul dari kontraktor atau kepada penghuni, pihak LT akan menarik semula kebenaran sementara ini. Oleh itu kerjasama dari semua pihak amat diharapkan.
*House Rules Manual telah diberikan kepada setiap pemilik semasa mereka mengambil kunci rumah.
Sekian, terima kasih.
Hamdan.


ISU BERKAITAN DENGAN LAD DAN PAMPASAN

Salam,

Terima kasih atas ingatan Saudara.
Sepertimana yang telah diusahakan kedudukan adalah seperti berikut:

1. Pertanyaan/Soalan kepada Kenshine (di pejabat Maxisegar) masih tiada yang positif - tunggu Management. Nyata usaha untuk bercakap sendiri dengan Puan Chua agar sukar. Ada juga rakan kita yang telah dimaklumkan oleh wakil Kenshine (tidak disebutnya nama) cek bayaran LAD yang pertama sedang disiapkan untuk bayarn pertama sebanyak RM5,000.00. Namun sehingga ke hari ini perkara tidak dapat dipastikan

2. Rujukan kepada Tribunal Perumahan agar sunyi - tiada respons lagi secara bersurat, email atau telefon. Kita perlu kenalan dalaman untuk dapat dirujukkan kepada pegawai yang berkenaan - perlu nama & nombor telefon. Yang paling afdal, adalah untuk dibuat temujanji dengan bagi kita menerangkan masalah kita (fail semula dengan Tribunal Perumahan)

Saya akui kesuntukan masa bagi tumpuan terhadap masalah ini - cuma perlu perisikan maklumat bagi menumpu kapada pegawai yang berkenaan.

Saya menjemput rakan-rakan yang berkerja di Putrajaya untuk merisik di KPKT, Putrajaya.

Mohd Akram






2 comments:

  1. Salam, saya penyewa Blok E Seroja Apartment. Ingin tahu tentang astro yang tidak berfungsi. Jika dilihat telah ramai penduduk memasang antena astro sendiri. Adakah sehingga sekarang masalah penyambungan astro masih tidak diselesaikan. Adakah boleh sekiranya saya juga berbuat demikian. Fauzi 0177265748

    ReplyDelete
  2. Boleh tahu brape maintenance fee seroja apt

    ReplyDelete

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-