Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tuan/Puan
Pembeli/Penduduk Pangsapuri Seroja
Mesyuarat Untuk Mendapatkan Semula Nama The Lakes Ville
Satu cadangan telah dibuat untuk mendapatkan semula nama The Lakes Ville yang sekarang ini telah ditukarkan kepada nama Seroja oleh pihak pemaju. Nama The Lakes Ville adalah nama yang telah diakui didalam Perjanjian Jual dan Beli (SPA) yang telah ditandatangani oleh pembeli awal sebelum ini dan pemaju telah menukarkan nama Seroja tanpa persetujuan semua pemilik.
Masalah pertukaran nama pangsapuri ini telah disampaikan oleh salah seorang AJK Persatuan Penduduk Pangsapuri Seroja kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) baru-baru ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, pihak MPS telah bersetuju untuk membawa masalah pertukaran nama pangsapuri tersebut dalam satu mesyuarat yang akan dihadiri oleh penduduk atau wakil mereka dengan disertai oleh pihak pemaju sekali. Tarikh mesyuarat akan diberitahu kelak apabila pihak MPS mendapat semua nama pendudk yang terlibat.
Oleh itu, adalah diminta kepada semua penduduk yang telah menandatangani Perjanjian Jual dan Beli (SPA) dengan nama The Lakes Ville agar mengisi borang yang disertakan dan kembalikan kepada AJK Persatuan Penduduk Pangsapuri Seroja atau ketua blok masing-masing sebelum 18 November 2012.
Penduduk yang terlibat adalah digalakkan untuk menghadiri mesyuarat yang akan diadakan nanti oleh MPS dan bagi mereka yang ingin menghantar wakil sahaja diminta untuk melengkapkan borang proksi sekali.
Sekian, terima kasih.
Ungku Hamdan
Pengerusi
*** SILA ISI BORANG INI DAN SERAHKAN PADA KETUA BLOK @ PENGERUSI PENDUDUK ***
No comments:
Post a Comment