Wednesday, November 7, 2012

Surat kepada Kementerian Perumahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masalah Di Pangsapuri Seroja Telah Dibawa Ke KPKT


Selepas mesyuarat pada 6 Oktober 2012 lepas, kita telah mengambil tindakan dengan menghantar surat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan perhatian dan tindakan daripada pihak kerajaan terhadap masalah di Pangsapuri Seroja.

Surat telah dihantar kepada En Mohd Nasrul bin Mehat iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan Pesuruhjaya Bangunan di Jabatan Perumahan Negara pada 30 Oktober 2012. Tindakan menghantar surat kepada KPKT ini dibuat setelah pihak pemaju iaitu Kenshine Corporation Sdn Bhd dan Trinity Corporation Berhad (dahulu dikenali Talam Corporation Berhad) gagal untuk menyiapkan kemudahan dengan lengkap dan memperbaiki segala kerosakan di Pangsapuri Seroja sedangkan tempoh tanggungan kecacatan (Defect Liability Period) selama 18 bulan akan tamat tidak lama lagi.

Harapan kita selepas ini ialah akan ada jalan penyelesaian dan tindakan daripada semua pihak yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah yang kita hadapi di Pangsapuri Seroja.



Sekian, terima kasih


Ungku Hamdan

Pengerusi.




Pertukaran Nama Apartmen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Tuan/Puan

Pembeli/Penduduk Pangsapuri Seroja


Mesyuarat Untuk Mendapatkan Semula Nama The Lakes Ville



Satu cadangan telah dibuat untuk mendapatkan semula nama The Lakes Ville yang sekarang ini telah ditukarkan kepada nama Seroja oleh pihak pemaju. Nama The Lakes Ville adalah nama yang telah diakui didalam Perjanjian Jual dan Beli (SPA) yang telah ditandatangani oleh pembeli awal sebelum ini dan pemaju telah menukarkan nama Seroja tanpa persetujuan semua pemilik.



Masalah pertukaran nama pangsapuri ini telah disampaikan oleh salah seorang AJK Persatuan Penduduk Pangsapuri Seroja kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) baru-baru ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, pihak MPS telah bersetuju untuk membawa masalah pertukaran nama pangsapuri tersebut dalam satu mesyuarat yang akan dihadiri oleh penduduk atau wakil mereka dengan disertai oleh pihak pemaju sekali. Tarikh mesyuarat akan diberitahu kelak apabila pihak MPS mendapat semua nama pendudk yang terlibat.



Oleh itu, adalah diminta kepada semua penduduk yang telah menandatangani Perjanjian Jual dan Beli (SPA) dengan nama The Lakes Ville agar mengisi borang yang disertakan dan kembalikan kepada AJK Persatuan Penduduk Pangsapuri Seroja atau ketua blok masing-masing sebelum 18 November 2012.



Penduduk yang terlibat adalah digalakkan untuk menghadiri mesyuarat yang akan diadakan nanti oleh MPS dan bagi mereka yang ingin menghantar wakil sahaja diminta untuk melengkapkan borang proksi sekali.



Sekian, terima kasih.







Ungku Hamdan

Pengerusi




*** SILA ISI BORANG INI DAN SERAHKAN PADA KETUA BLOK @ PENGERUSI PENDUDUK ***

Monday, July 16, 2012

Salam pada Warga Seroja Lakesville dan Salam Sejahtera.

Terima Kasih kepada semua penduduk Seroja yang datang pada masa Tahlil dan Jamuan makan-makan walaupun ada yang tidak dapat menghadirkan diri. Apa pun semoga kejiranan kita di Seroja ini bertambah erat dalam erti kata ukhwah persaudaraan sesama kita tidak kira bangsa,agama dan warna kulit. Syabas dan tahniah pada Pengerusi dan Ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis tersebu...t. Jadikan kawasan Seroja Lakesville kita selamat untuk kita , anak-anak kita dan penduduk amnya. Sama sama lah kita memikul tanggungjawab walaupun kecil dalam menjaga keharmonian tetangga kita. Tegurlah antara kita andaikata kita bersua muka dan sapa lah kalau kita berjiran dan buanglah sifat sifat aku aku dan engkau engkau dan jadikan amalan bersaudara antara kita kerana kita semua adalah berjiran.


** Untuk 1st  LAD payment , bayaran kali ke 2 sebanyak 15% ,  Cek telah dikeluarkan oleh pihak Talam dan mohon sesiapa yang masih belum mengambil cek tersebut diminta menghubungi Miss Loh di talian 03 - 42902111 ** Harap Maklum **


Terima Kasih  & Wassalam
Admin

Wednesday, May 30, 2012

Jamuan

31 hb Mei 2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tuan/Puan,


MAJLIS TAHLIL DAN JAMUAN MAKAN PENDUDUK PANGSAPURI SEROJA @LAKES VILLE PUTRA PERDANA

Hasil keputusan mesyuarat AJK Surau pada 23/05/12, adalah dijemput seluruh penduduk Pangsapuri Seroja @Lakes Ville untuk hadir ke majlis yang akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 15 Julai 2012 (Ahad)

Tempat : Surau Pangsapuri Seroja @Lakes Ville

Aturcara 1 : 1.00 ptg - Solat Zohor/Tahlil

Aturcara 2 : 2.00 ptg - 5.00 ptg - Jamuan Makan (Taska)


2) Berkenaan dengan jamuan makan, ianya akan diadakan secara sumbangan daripada penduduk dan sebagai cadangan disenaraikan jenis juadah makanan yang boleh disumbangkan.

a) Bee Hoon Goreng

b) Pulut Kuning

c) Roti Jala

d) Kari Ayam

e) Kuih Muih

f) Minuman


3) Selain daripada yang disenaraikan, penduduk juga boleh menyumbangkan lain-lain juadah makanan atau sumbangan lain bagi menjayakan lagi majlis tersebut.

4) Penduduk yang ingin hadir ke majlis tersebut atau jika ingin memberikan sumbangan diminta menghubungi saya sendiri (017-2828185), En Zamirudin (013-3816163), Pn Salina (017-3293622), En Firdaus (019-2807732) dan En Abd. Samad (012-2332215) sebelum tarikh 6 hb Julai 2012.


5) Kehadiran dan sokongan penduduk sekalian adalah amat dihargai.

Sekian, diucapkan ribuan terima kasih.


Ungku Hamdan
Pengerusi

Wednesday, April 11, 2012

Mesyuarat 22 April 2012 - Ahad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tuan/Puan,

MESYUARAT PENDUDUK APARTMENT SEROJA@LAKES VILLE

Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat untuk seluruh penduduk Apartment Seroja@Lakes Ville akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 22 April (Ahad)

Masa : 9.30 Pagi

Tempat: Berdekatan kawasan surau Apartment Seroja@Lakes Ville

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1) Masalah dan isu berbangkit di Apartment Seroja@Lakes Ville.

2) Perkembangan tentang isu LAD dan Tribunal.

3) Perlantikan ketua blok yang belum dilantik (blok D, G dan J).

4) Perlantikan AJK surau Apartment Seroja@Lakes Ville.

5) Cadangan mengadakan aktiviti di Apartment Seroja@Lakes Ville.

6) Acara makan-makan secara ‘potluck’ (menu sendiri).

Kehadiran seluruh penduduk Apartment Seroja@Lakes Ville adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Hamdan

Sunday, March 18, 2012

Perhatian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

// MOHON TINDAKAN DAN PERHATIAN //

// Parkir Motosikal //

AJK Seroaja Apartmen telah menerima rungutan dari penduduk Seroja Apartmen kita berkaitan masalah parkir motosikal dimana segelintir pemilik motorsikal telah mamarkir motorsikal didepan kawasan Peti Surat dan bukannya kawasan tempak letak motorsikal yang disediakan.

Ini menyukarkan saudara pemilik rumah kita untuk mengambil surat .

Harap Maklum demi menjaga suasana dan kerharmonian kita , dapatlah owner motorsikal parkirkan motrsikal saudara di petak yang telah dikhaskan untuk motorsikal . Jika dilihat , masalah ini tak sepatutnya berlaku dan harap agar dapatlah kita displinkan diri kita demi menjaga kepentingan pemilik yang lain.

Tujuan kita bukanlah untuk memberi arahan tapi , perkara ini tak sepatutnya berlaku dan sedikit mencacatkan pemandangan di setiap blok rumah kita.

Harap ada sikap bertanggungjawab kepada sahabat kita yang lain. Teguran ini adalah untuk kebaikan semua pihak dan bukan untuk menunding jari pada sesiapa.


Jagalah kawasan perumahan Seroja Apartmen kita suapaya cantik dari kawasan perumahan lain.


Terima Kasih

AJK Seroja Apartmen.

Friday, March 16, 2012

LAD CLAIM


MOHON PERHATIAN

Kepada Pemilik Apartmen Seroja .

Sila berhubung dengan Madam Loh @ Miss Loh mengenai pembayaran LAD Claim oleh kerana
fasa pertama Cek telah disediakan. Sebelum pemilik ingin mengambil Cek di pejabat , Sila telefon dulu Miss Loh untuk membuat pengesahan Cek yang dikeluarkan.

Contact Person : Miss Loh
Telephone number : 03 - 42962000 / 03 - 42902111


Harap Maklum

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-