Wednesday, November 23, 2011

Maklumat Dari Setiausaha En Din

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
1) Bagi pembeli yang membuat pinjaman perumahan kerajaan, mungkin rakan-rakan boleh mendapat maklumat secara rasmi daripada pinjaman perumahan iaitu siapa yang dihubungi dan mendapat penjelasan secara terpeinci bagaimana pembayaran di lakukan. Keterangan daripada pinjaman perumahan secara rasmi ini boleh dijadikan bukti untuk membantu menyelesaikan kemelut "interest' yang pemaju caj kan kepada pembeli. Secara teknikal Pemaju berat sebelah kerana seandainya pembeli lewat akan dikenakan caj namun jika Pemaju "LEWAT" tiada apa-apa yang dikenakan. Saya pun bersimpati dengan rakan kita yang dikenakan caj hampir RM10 ribu dengan alasan Pemaju , pinjaman perumahan lewat membuat bayaran. Saya berpendapat jika diadukan kepada KPKT mungkin ada ruang untuk mendapat jalan penyelesaian yang lebih adil (win-win situation). Namun pembeli perlu mendapat penjelasan yang terpeinci bagaimana prosuder cara pembayaran daripada pinjaman perumahan itu sendiri secara rasmi. Minta keluarkan SURAT RASMI
2) Isu LAD, bagi pembeli yang sudah mendapat kebenaran untuk menuntut kunci "RUMAH" , mungkin rakan-rakan ada menandatangani 1 surat yang dikeluarkan kepada pembeli untuk "offset" beberapa bayaran tempoh hari. Jika rakan-rakan menghayati surat tersebut jelas menyatakan LAD untuk PEMBAYARAN 1 akan dilunaskan dalam tempoh 18 BULAN daripada tarikh rakan-rakan menandatangi SURAT tersebut. Baki untuk PEMBAYARAN 2 akan dibayar dalam 18 BULAN lagi. Rumusan daripada itu, LAD 30% yang dipersetujui akan dibayar selama 3 tahun. Amat menyedihkan sekali lagi kita ditipu dan dimanupulasi oleh PEMAJU TALAM ini. Perkara ini saya dah panjangkan kepada KPKT, namun ianya tidak diendah pun dan tidak disentuh pun seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Namun PROTEM akan menyusul tindakan yang selanjutnya kepada Tribunal Perumahan di atas kemelut ini. Mungkin tahun depan kita sama-sama berbincang untuk menyusun perancangan yang lebih afdal. Kita selesaikan kemasukkan rumah ini dahulu kemudian kita pikir apa yang patut nak buat lepas ini.
3) Isu TNB , semalam MR. Woo daripada Talam memaklumkan, dalam masa 2 minggu proses pemasangan METER TNB dan CASING UNTUK KESELAMATAN akan dipasangkan di semua Blok-Blok rumah yang terlibat. Ini kerana setiap CASING KESELAMATAN perlu ORDER dahulu dan ambil masa sedikit.(Alasan biasa)
Sekian Wassalam
ZDIN SU

Friday, November 11, 2011

TERKINI PERJUMPAAN DGN LT DAN KPKT DAN PEMAJU









SEROJA APARMENTS – PERBINCANGAN BERSAMA PEMBELI

Tarikh: 11.11.11

Masa: 10:00 pagi

Tempat :Perkarangan Seroja Apartments

Kehadiran:-

1) Pegawai KPKT

- EncikMohd Hafiz

- Pn. Fadzilah

- Pn.Zuraida

2) WakilTalam

- En. Woon (PenguruS Projek)

- En. Woo (Coordinator Side Project)

3) Wakil LT Sdn Bhd

- En. Ong

4) Protem

- Pengerusi Tn. Haji Akram

- Zdin

- Wan Rolhas

- Mokhzany

Dan rakan-rakan pembeli yang lain

Agenda perbincangan:-

Kata-kata aluan daripada Pengerusi Protem Tn. Haji Akram di atas kesudian kepadaPegawai KPKT dan wakil-wakil pemaju dan kehadiran rakan-rakan pembeli dalam muzakharah ini. Tujuan utama perbincangan ini adalah kerana ketidakpuashatian pembeli amnya di atas pelbagai kesulitan dancabaran walaupun segalaarahan yang diberikan daripada pemaju telah ditunaikan pembeli,namun pembeli masih belum dapat menduduki rumah idaman dengan suasana yang aman dan tenteram.Malah pelbagai isu-isu lain dan baru pula timbul..Walaupun perbincangan ini agak panas seketika, namun atas dasar tolenrasi kedua-dua pihak dan pemantauan oleh KPKT akhirnya keputusan dapat dicapai namunbagi PROTEM ianya bukannya berakhir di sini, selagi apa yang diputuskan tidak dipertejemahkan dan objektif tidak tercapai …ianya masih lagi tergantung…

Isu –isu berbangkit:-

1) ELCB Fius

- Keputusan bersama diputuskan bahawa pemasanag ELCB Fius akan dipasang oleh KONTRAKTOR yang dilantik LT Sdn Bhd. Proses pemasangan ini berjalan selama 3 bulan. Pada setiap minggu HariSabtu sahaja bermula jam 9:00 pagi ~ 12:00 tengahari, kontraktor yang dilantik siap sedia untuk memasang ELCB Fius ini. Cara bagaimana untuk kontrakto rmemasanag ELCB Fius ini?

- Langkah 1 – Setelah surat kebenaran menuntut kunci dikeluarkan di Pejabat Talam Maxisegar di Pandan Indah, pembeli perlu pergi ke Pejabat LT Sdn Bhd di Putra Perdana (Isnin ~ Jumaat waktu pejabat) untuk memaklumkan kepada LT Sdn Bhd bahawa pembeli ini sudah sedia untuk memasuki rumah kediaman masing-masing

- Langkah 2 – Yuran “Maintenance” perlu dijelaskan 2 bulan deposit . Kadar bayaran berbeza mengikut unit-unit kemudahan LIFT dan tanpa kemudahan LIFT

- Langkah 3 – Waktu yang sama ,buat temujanji bila pembeli bersedia untuk pemasangan ELCB ini. Contoh, pembeli pergi ke Pejabat LT Sdn Bhd pada HariRabu, oleh itu buat temu janji untuk HariSabtu minggu itu,bagi pemasangan ELCB dan tuntut kuncirumah .

- Langkah 4 – Setelah ELCB ini di pasang dan kunci rumah diserahkan dengan rasmi kepada pembeli, buat pemeriksaan secara keseluruhan keadaan rumah dan senaraikan apa-apa kerosakan atau kecacatan di dalam borang yang disediakan dan serahkan semula pada LT SdnBhd samada hari itu atau hari lain.

Oleh yang demikian proses ini selesai dengan pemasangan ELCB dan penyerahan kuncirumah. Jika berlaku kehilangan ELCB ini, LT SdnBhd tidak bertanggung jawab lagi.

Bagi yang dah ambil kunci rumah sebelum ini, sila buat temu janji dengan LT Sdn Bhd bila perlu pemasangan ELCB rumah anda dilakukan. (Hari Sabtu setiap minggu sahaja)

2) Meter TNB

- Dalam tinjauan hari ini, 3 Blok telah dipasang Meter TNB .Namun proses bekalan kuasa masih belum disambung kerana factor keselamatan. Pihak LT dalam proses untuk memasang (grill untuk menutup kawasan Meter TNB ini kerana bukan semua unit TNB bekalkan meter ) . Ini kerana masalah yang dihadapi oleh pembeli sendiri dengan rekod TNB sebelum ini ada baki yang belum dijelaskan.

- Untuk unit-unit yang lain, TNB masih gagal bekalkan meter walaupun pemaju telah lama menghantar permohonan untuk mendapatkannya (Meter out of order)

- Pegawai KPKT akan mengambil inisiatif untuk mempercepatkan proses pembekalan meter inisupaya dipasang seberapa segera.

Kesimpulan masalah ini, bekalanl etrik masih belum dapat disambung ke unit-unit walaupun ELCB telah dipasang. Denganitu, proses pemasangan lampu atau kipas di dalam unit-unit rumah dan lain-lain akan tertangguh. Akan diberitahuoleh LT bila bekalan akan disambungkan. Protem akan menyelaraskan proses ini seberapa segera yang boleh.

3) Meter Syabas

- Data terkini, hanya 192 unit kediaman telah dipasang meter Syabas. Yang lain-lain masih belum dipasang kerana pihak Talam tidak menerima “SuratAkuJanjiSyabas”

- Pihak LT tidak membuka paip utama air atasalasan, kemungkinan kecurian air akan berlaku. Bagi unit yang ada meter tiada masalah, tetapi bagi unit yang masih tidak dipasang meter, air tetap boleh dicuri. Apabila paip air yang tidak dipasang meter ini digunakan, secara umumnya akan dicajke ke meter “Bulb Utama’’. Kerisauan ini akan menyebabkan kos meningkat dalam penggunaan air.

- Cadangan untuk menggunakan “Cap Lock” bagi unit tiada meter adalah tinggi. LT anggarkan 1 cap bernilai RM50.00.

Kesimpulannya, isu ini masih belum selesai, mungkin untuk minjimatkan kos, LT perluguna (cap screw paip )untuk menutup sementara bagi unit yang tiada meter.

4) Blok 2 dan baki 33 unit yang masih tiada CF

- Untuk semua unit initelah pun diluluskan CF, oleh itu rakan-rakan hanya perlu menunggu surat dari pada pemaju untuk makluman“VP”

RUMUSAN SECARA KESELURUHANNYA

UNTUK ISU ELCB FIUS DAN PEMASANGAN SECARA TEORI BOLEH DIANGGAP BOLEH DI ATASI. NAMUN PROSES PENYAMBUNGAN BEKALAN LETRIK DAN AIR MASIH LAGI SAMAR DAN KURANG YAKIN BILA SEBETULNYA AKAN SELESAI. SEBABNYA IANYA BERKAIT-KAIT DENGAN ISU-ISU LAIN SEPERTI FAKTOR KESELAMATAN, BEKALAN METER TNB ITU SENDIRI,MASALAH REKOD PEMBELI DENGAN TNB SERTA FAKTOR KECURIAN AIR AKAN BERLAKU. PROTEM AKAN BERTERUSAN UNTUK MEMANTAU PROSES INI SEHINGGA KITA BETUL-BETUL BOLEH MASUK KE UNIT KEDIAMAN DENGAN SEMPURNA . DENGAN ITU SAMA-SAMALAH KITA BERGANDING BAHU UNTUK MENDAPATKAN KEDIAMAN INI DENGAN SESEMPURNA YANG BOLEH. KITA HARAPKAN SEBELUM HUJUNG TAHUN INI, KITA BOLEH MASUK DAN TINGGAL DI KEDIAMAN INI DENGAN ERTI KATA SEBENAR-BENARNYA. CADANGAN UNTUK TIDAK DIKENAKAN “MAINTENANCE FEE” BAGI BULAN NOVEMBER INI AKAN DIUSULKAN KEPADA PIHAK LT SDN BHD DAN TALAM KERANA FASILITI YANG SEPATUTNYA BOLEH DIGUNAKAN TETAPI TIADA APA-APA PUN.

SEKIAN WASSALAM

Daripada Zdin Setiausaha

WAKIL SEMUA PROTEM DAN RAKAN-RAKAN PEMBELI YANG HADIR HARI INI

RUJUK GAMBAR-GAMBAR YANG DI AMBIL KETIKA PERBINCANGAN INI BERLANGSUNG


Thursday, November 10, 2011

TERKINI DAN PERJUMPAAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia


Maklumat terbaru yang disampaikan oleh Pengerusi Tn. Haji Akram , beliau berkesempatam bercakap dengan Pengarah Bah. Swasta KPKT Tn. Ir Lai bahawa esok akan diadakan perjumpaan bersama Pegawai KPKT:-



Tarikh : 11 November 2011

Masa: 10:00 pagi

Tempat: Di tapak perumahan "Seroja Apartment"



Di harapkan rakan-rakan yang berkesempatan boleh la hadir untuk menyatakan ketidakpuashati terhadap apa yang selama ini kita sebagai pembeli dipermainkan oleh PEMAJU TALAM amnya. Kehadiran rakan-rakan amat dialukan.

** YANG MANA KELAPANGAN MOHON HADIR BERSAMA **






wassalam

Zdin SU

Wednesday, November 9, 2011

MAKLUMAT 10 NOV 11

EMWL S/USAHA EN.DIN KE PEGAWAI KPKT


Assalamualaikum w.b.t

Kehadapan Saudara Encik Aidy,

Retetan email di bawah adalah perkembangan terkini mengenai masalah yang dihadapi oleh pembeli "Seroja Apartments" Putra Perdana. Untuk maklum, perkara ini telah disampaikan kepada KSU KPKT namun tiada maklumbalas sehingga semalam. Protem amat berharap apa yang dirancangkan untuk perjumpaan bersama Pegawai KPKT pada esok 11 November 2011 Jam 10 pagi di tempat tapak projek ini dapat direalisasikan. Mungkin Pegawai atasan KPKT tidak dapat menghadiri namun kehadiran Pegawai lain boleh meluang sedikit masa untuk melihat sendiri situasi sebenar yang terjadi pada Projek Seroja Apartment ini amat diharap-harapkan. Ini kerana kebetulan jarak perjalanan antara Pejabat KPKT yang baru tidak jauh dengan projek ini.

Diharapkan Encik Aidy dapat memaklumkan seberapa segera untuk kami pembeli dapat menghadiri bersama-sama bagi mencari jalan penyelesaian yang ketika ini asyik ditipu dan dipermainkan oleh PEMAJU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI

Wassalam
Zdin
Setiausaha Seroja Apartments
013-3816163


EMAIL DARI CHAIRMAN LAKESVILLE KE PENGARAH IRR LAI KPKT

Good morning Ir Lai,

As discussed with Dato’ Ahmad on last Fri – please be informed of the related issues now arising due to the developer or their representative ACTIONS and/or DIRECTIVES for buyers to follow.

Appreciate your concerted effort for this project to end amicably.

Todate one buyer (J-1-15) had engaged separate electrical contractor to install his ELCB Fuse for a payment of RM100.00 – but still no power supply.

There are 10 buyers who had taken their house keys but was instructed by LT to group themselves in fives before any installation of ELCB is done collectively.

As requested by PROTEM Sec to Mr Woon (as appended)- the issues of Block 2 (my unit) and the other 33 units are yet to be approved by their architect.

We had received any information on these issues

Over the weekend and Hari Raya Haji period, there had been many calls from disgusted buyers on the way buyers’ rights were being treated.

On behalf of all of us buyers – CAN WE REQUEST YOUR KIND PRESENCE WITH THE DEVELOPER ON SITE THIS FRIDAY, 11 NOVEMBER AT 10AM TO RESOLVE THESE OUTSTANDING ISSUES?

Most of us are prepared to take leave to attend this gathering.

We’ll really appreciate this last and final action from Bahagian Penguatkuasaan, KPKT before rerouting ourselves to Housing Tribunal for LAD issues.

For your kind considerations and actions

Thanking you in anticipation

Mohd Akram

Chairman PROTEM

Lakes Ville, Putra Perdana

Tuesday, November 8, 2011

Maklumat dari S/Usaha En Din

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Sila rujuk penjelasan pemaju mengenai perkara-perkara berbangkit. Penjelasan ini masih samar dan secara peribadi masih kurang yakin bagi pemaju untuk merealisasikannya. Semua hanya alasan semata-mata tanpa ada tindakan secar serius. Perkara ini Pengerusi Tn.Haji Akram telah panjangkan kepada pihak KPKT supaya mengambil tindakan yang lebih serius untuk membantu pembeli yang selama ini dipermainkan oleh pihak pemaju secara keseluruhannya. Protem masih menunggu 'respond' daripada KPKT untuk mengadakan perjumpaan bersama pembeli ditapak projek rumah ini. Protem akan memaklumkan kepada semua rakan-rakan bila perjumpaan ini akan berlaku .

Sekian....

Mr Zdin: Please be informed that:-

1. ELCB installation of fuses - We will arrange to install all, I will write to IJMC/Techjaya once I got the list from LT Sdn Bhd.

2. Inspection from architect for Block 2 is done. The balance of 33 unit is ready for architect to inspect after Raya, anytime from now on.

3. Main entrance gate – LT needs it for security reason, LT to remove once they think it is safe to remove. Grass cutting - is by LT Sdn Bhd. Main road concrete stone – to remove after Raya, arranging, anytime from now.

4. TNB still "switch off' – some units still without TNB meters, we haven’t got all from TNB, we will “on” it once we have installed all. It is dangerous to “on” now without meter.

5. Lift is ready to be use now.

Thank you.

From: Woon

Thursday, November 3, 2011

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Merujuk kepada e-mail Tuan bertarikh 4 Nov 2011 yang diajukan kepada YBhg Datuk KSU dan percakapan talipon pada tarikh yang sama ada kaitan.

1) Pada hakikat sebenarnya, penyerahan kunci telah pun dilaksanakan mulai 1 November 2011 dan akan
berterusan sehingga isu 'billing' dan perkara berkaitan telah selesai oleh pihak bank.

2) Mengenai isu ELCB dan perkara berkaitan pemasangan elektrik tidak dapat dilaksanakan serta merta di atas
faktor keselamatan dan kecurian. Oleh yang demikian, pihak pemaju akan memasangnya setelah pembeli
mendapat kunci masing-masing. Pihak pembeli perlu memaklumkan kepada pemaju tarikh pemasangan
tersebut dan ianya akan dilaksanakan tanpa sebarang kos tambahan.

3) Bagi isu ' Maintenance Fee' yang dibangkitkan, sebenarnya terdapat 4 Blok 5 Tingkat ( Walk-up ) dan 4 blok 7
Tingkat ( With lift ), maka kadar pembayaran adalah berbeza mengikut jenis rumah yang dimiliki.

Pecahan pembayaran ' maintenance' adalah seperti berikut:-



Klik untuk besarkan.



Sekian Terima Kasih




~ melalui email ~

Ir. LAI LIANG KOONG
Pengarah
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Jabatan Perumahan Negara





ISU ELCB

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia........


Pagi tadi saya berkesempatan bercakap dengan Pengerusi kita Tuan Hj. Akram mengenai isu ini. Daripada percakapan beliau dengan KSU KPKT Dato' Ahmad Kabit, sepatutnya pemasangan ELCB Fius adalah tanggungjawab Pemaju LT Sdn Bhd. Pembeli tidak akan dikenakan sebarang bayaran pemasangan ini. Alasan kecurian jika pemaju memasang ELCB Fius ini adalah tidak masuk akal kerana sistem keselamatan 24 jam telah diwujudkan.

Justeru itu, mungkin di antara kita telah ambil kunci dan ELCB Fius ini telah dipasang di unit-unit masing-masing dengan upah kontraktor bertauliah, sudilah kiranya rakan-rakan maklumkan kepada saya:-

1) No unit rumah?
2) Nama Pembeli?
3) Bila pemasangan ELCB ini dibuat?
4) Berapa bayaran upah yang dikenakan?

Maklumat ini penting untuk saya maklumkan kepada Pengerusi Tuan Hj. Akram supaya laporan terus kepada KSU KPKT. KPKT akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan sebaik yang mungkin.


Wassalam
Zdin SU

Tuesday, November 1, 2011

The House Rules Manual

Salam 1 Malaysia.

Untuk pengetahuan:

Semasa mengambil kunci , anda akan diserahkan 3 set kunci dan juga ELCB api untuk dipasang di unit kediaman.

Satu set dokumen ' THE HOUSE RULES MANUAL ' juga diberikan kepada owner sebagai panduan.

Perlu diingatkan , selepas mendapat kunci , setelah pemeriksaan rumah dilakukan dengan teliti dan kiranya ada komplen yang harus dibuat , borang komplen tersebut ada dikembarkan dalam dokumen ' THE HOUSE OF RULES ' .

Senaraikan komplen anda dalam borang tersebut dan hantarkan kepada Pemaju Kenshine di tingkat 1 , atas pejabat syarikat LT di putra perdana . Pegawai yang mengambil komplen tersebut bernama Pak Abu dan boleh dihubungi di no 03 - 83189749.


Harap Maklum


ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-