Wednesday, November 7, 2012

Surat kepada Kementerian Perumahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masalah Di Pangsapuri Seroja Telah Dibawa Ke KPKT


Selepas mesyuarat pada 6 Oktober 2012 lepas, kita telah mengambil tindakan dengan menghantar surat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan perhatian dan tindakan daripada pihak kerajaan terhadap masalah di Pangsapuri Seroja.

Surat telah dihantar kepada En Mohd Nasrul bin Mehat iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan Pesuruhjaya Bangunan di Jabatan Perumahan Negara pada 30 Oktober 2012. Tindakan menghantar surat kepada KPKT ini dibuat setelah pihak pemaju iaitu Kenshine Corporation Sdn Bhd dan Trinity Corporation Berhad (dahulu dikenali Talam Corporation Berhad) gagal untuk menyiapkan kemudahan dengan lengkap dan memperbaiki segala kerosakan di Pangsapuri Seroja sedangkan tempoh tanggungan kecacatan (Defect Liability Period) selama 18 bulan akan tamat tidak lama lagi.

Harapan kita selepas ini ialah akan ada jalan penyelesaian dan tindakan daripada semua pihak yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah yang kita hadapi di Pangsapuri Seroja.



Sekian, terima kasih


Ungku Hamdan

Pengerusi.




Pertukaran Nama Apartmen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Tuan/Puan

Pembeli/Penduduk Pangsapuri Seroja


Mesyuarat Untuk Mendapatkan Semula Nama The Lakes Ville



Satu cadangan telah dibuat untuk mendapatkan semula nama The Lakes Ville yang sekarang ini telah ditukarkan kepada nama Seroja oleh pihak pemaju. Nama The Lakes Ville adalah nama yang telah diakui didalam Perjanjian Jual dan Beli (SPA) yang telah ditandatangani oleh pembeli awal sebelum ini dan pemaju telah menukarkan nama Seroja tanpa persetujuan semua pemilik.



Masalah pertukaran nama pangsapuri ini telah disampaikan oleh salah seorang AJK Persatuan Penduduk Pangsapuri Seroja kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) baru-baru ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, pihak MPS telah bersetuju untuk membawa masalah pertukaran nama pangsapuri tersebut dalam satu mesyuarat yang akan dihadiri oleh penduduk atau wakil mereka dengan disertai oleh pihak pemaju sekali. Tarikh mesyuarat akan diberitahu kelak apabila pihak MPS mendapat semua nama pendudk yang terlibat.



Oleh itu, adalah diminta kepada semua penduduk yang telah menandatangani Perjanjian Jual dan Beli (SPA) dengan nama The Lakes Ville agar mengisi borang yang disertakan dan kembalikan kepada AJK Persatuan Penduduk Pangsapuri Seroja atau ketua blok masing-masing sebelum 18 November 2012.



Penduduk yang terlibat adalah digalakkan untuk menghadiri mesyuarat yang akan diadakan nanti oleh MPS dan bagi mereka yang ingin menghantar wakil sahaja diminta untuk melengkapkan borang proksi sekali.



Sekian, terima kasih.







Ungku Hamdan

Pengerusi




*** SILA ISI BORANG INI DAN SERAHKAN PADA KETUA BLOK @ PENGERUSI PENDUDUK ***

Monday, July 16, 2012

Salam pada Warga Seroja Lakesville dan Salam Sejahtera.

Terima Kasih kepada semua penduduk Seroja yang datang pada masa Tahlil dan Jamuan makan-makan walaupun ada yang tidak dapat menghadirkan diri. Apa pun semoga kejiranan kita di Seroja ini bertambah erat dalam erti kata ukhwah persaudaraan sesama kita tidak kira bangsa,agama dan warna kulit. Syabas dan tahniah pada Pengerusi dan Ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis tersebu...t. Jadikan kawasan Seroja Lakesville kita selamat untuk kita , anak-anak kita dan penduduk amnya. Sama sama lah kita memikul tanggungjawab walaupun kecil dalam menjaga keharmonian tetangga kita. Tegurlah antara kita andaikata kita bersua muka dan sapa lah kalau kita berjiran dan buanglah sifat sifat aku aku dan engkau engkau dan jadikan amalan bersaudara antara kita kerana kita semua adalah berjiran.


** Untuk 1st  LAD payment , bayaran kali ke 2 sebanyak 15% ,  Cek telah dikeluarkan oleh pihak Talam dan mohon sesiapa yang masih belum mengambil cek tersebut diminta menghubungi Miss Loh di talian 03 - 42902111 ** Harap Maklum **


Terima Kasih  & Wassalam
Admin

Wednesday, May 30, 2012

Jamuan

31 hb Mei 2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tuan/Puan,


MAJLIS TAHLIL DAN JAMUAN MAKAN PENDUDUK PANGSAPURI SEROJA @LAKES VILLE PUTRA PERDANA

Hasil keputusan mesyuarat AJK Surau pada 23/05/12, adalah dijemput seluruh penduduk Pangsapuri Seroja @Lakes Ville untuk hadir ke majlis yang akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 15 Julai 2012 (Ahad)

Tempat : Surau Pangsapuri Seroja @Lakes Ville

Aturcara 1 : 1.00 ptg - Solat Zohor/Tahlil

Aturcara 2 : 2.00 ptg - 5.00 ptg - Jamuan Makan (Taska)


2) Berkenaan dengan jamuan makan, ianya akan diadakan secara sumbangan daripada penduduk dan sebagai cadangan disenaraikan jenis juadah makanan yang boleh disumbangkan.

a) Bee Hoon Goreng

b) Pulut Kuning

c) Roti Jala

d) Kari Ayam

e) Kuih Muih

f) Minuman


3) Selain daripada yang disenaraikan, penduduk juga boleh menyumbangkan lain-lain juadah makanan atau sumbangan lain bagi menjayakan lagi majlis tersebut.

4) Penduduk yang ingin hadir ke majlis tersebut atau jika ingin memberikan sumbangan diminta menghubungi saya sendiri (017-2828185), En Zamirudin (013-3816163), Pn Salina (017-3293622), En Firdaus (019-2807732) dan En Abd. Samad (012-2332215) sebelum tarikh 6 hb Julai 2012.


5) Kehadiran dan sokongan penduduk sekalian adalah amat dihargai.

Sekian, diucapkan ribuan terima kasih.


Ungku Hamdan
Pengerusi

Wednesday, April 11, 2012

Mesyuarat 22 April 2012 - Ahad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tuan/Puan,

MESYUARAT PENDUDUK APARTMENT SEROJA@LAKES VILLE

Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat untuk seluruh penduduk Apartment Seroja@Lakes Ville akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 22 April (Ahad)

Masa : 9.30 Pagi

Tempat: Berdekatan kawasan surau Apartment Seroja@Lakes Ville

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1) Masalah dan isu berbangkit di Apartment Seroja@Lakes Ville.

2) Perkembangan tentang isu LAD dan Tribunal.

3) Perlantikan ketua blok yang belum dilantik (blok D, G dan J).

4) Perlantikan AJK surau Apartment Seroja@Lakes Ville.

5) Cadangan mengadakan aktiviti di Apartment Seroja@Lakes Ville.

6) Acara makan-makan secara ‘potluck’ (menu sendiri).

Kehadiran seluruh penduduk Apartment Seroja@Lakes Ville adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Hamdan

Sunday, March 18, 2012

Perhatian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

// MOHON TINDAKAN DAN PERHATIAN //

// Parkir Motosikal //

AJK Seroaja Apartmen telah menerima rungutan dari penduduk Seroja Apartmen kita berkaitan masalah parkir motosikal dimana segelintir pemilik motorsikal telah mamarkir motorsikal didepan kawasan Peti Surat dan bukannya kawasan tempak letak motorsikal yang disediakan.

Ini menyukarkan saudara pemilik rumah kita untuk mengambil surat .

Harap Maklum demi menjaga suasana dan kerharmonian kita , dapatlah owner motorsikal parkirkan motrsikal saudara di petak yang telah dikhaskan untuk motorsikal . Jika dilihat , masalah ini tak sepatutnya berlaku dan harap agar dapatlah kita displinkan diri kita demi menjaga kepentingan pemilik yang lain.

Tujuan kita bukanlah untuk memberi arahan tapi , perkara ini tak sepatutnya berlaku dan sedikit mencacatkan pemandangan di setiap blok rumah kita.

Harap ada sikap bertanggungjawab kepada sahabat kita yang lain. Teguran ini adalah untuk kebaikan semua pihak dan bukan untuk menunding jari pada sesiapa.


Jagalah kawasan perumahan Seroja Apartmen kita suapaya cantik dari kawasan perumahan lain.


Terima Kasih

AJK Seroja Apartmen.

Friday, March 16, 2012

LAD CLAIM


MOHON PERHATIAN

Kepada Pemilik Apartmen Seroja .

Sila berhubung dengan Madam Loh @ Miss Loh mengenai pembayaran LAD Claim oleh kerana
fasa pertama Cek telah disediakan. Sebelum pemilik ingin mengambil Cek di pejabat , Sila telefon dulu Miss Loh untuk membuat pengesahan Cek yang dikeluarkan.

Contact Person : Miss Loh
Telephone number : 03 - 42962000 / 03 - 42902111


Harap Maklum

Tuesday, March 6, 2012

Perkara Berbangkit - Laporan dari Pengerusi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya telah pun pergi ke pejabat LT Sdn Bhd dan Kenshine di Putra Perdana hari ini bagi mengetahui tindakan setakat ini yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam mengatasi masalah di Apartmen Seroja. Diantara maklumat yang dapat diberikan oleh pihak terbabit kepada saya ialah seperti berikut:
1) Maklumat daripada Mr Steve Ong (LT Sdn Bhd)
1.1) Pagar
Pemasangan pagar termasuk penghadang di tempat sekuriti akan dilakukan setelah urusan melantik kontraktor yang terpilih selesai dijalankan oleh LT. Menurut Mr Steve Ong lagi, tender untuk kontraktor telah dikeluarkan dan masih menunggu beberapa kontraktor untuk menghantar permohonan. Oleh itu sementara pagar belum dipasang, jika penghuni di Seroja ternampak ada orang luar yang datang mencerobohi kawasan apartmen, laporkan dengan segera pada pihak sekuriti.
1.2) Lif
Menurut Mr Steve Ong, buat masa ini hanya satu lif sahaja akan beroperasi bagi setiap apartmen. Ianya bertujuan bagi menggelakkan kedua-dua lif menjadi rosak akibat daripada kerja pemasangan/renovation yang dilakukan. Jika terdapat dua lif beroperasi, pihak LT akan menutup salah satu daripadanya. Beliau juga meminta kerjasama dari semua pihak agar tidak mengoyakkan pembalut plastik di dinding lif.
1.3) Rumput
Kerja pemotongan rumput telah dijalankan namun untuk kawasan seperti di tepi Blok J (kawasan kolam berpagar) pihak LT akan meracun kawasan tersebut nanti. Kawasan diluar pagar Apartmen Seroja pula adalah dibawah kendalian pihak MPS.
1.4) Sekuriti
Tempat sekuriti akan dipindahkan daripada tempat sekarang (tepi taska) ke pintu masuk di belakang Blok J apabila kontraktor yang dilantik nanti selesai membina pagar di sana. Tindakan juga akan dilakukan oleh LT untuk membaiki pintu kaca rumah sekuriti yang telah pecah.
2) Maklumat daripada En Abu (Kenshine)
2.1) Astro/Lampu yang tidak berfungsi
En Abu mengatakan bahawa kerja-kerja sambungan Astro dan pembaikan lampu yang tidak berfungsi terutama di kawasan parkir masih tidak dapat dilakukan lagi kerana masih menunggu tindakan daripada kontraktor dan pihak atasan. Beliau akan memaklumkan kepada saya secepat mungkin bilakah kontraktor akan mula melakukan kerja-kerja pembaikan.
Rumusan: Tidak banyak maklumat dan tindakan yang dibuat oleh pihak Kenshine ataupun LT buat masa ini terhadap beberapa masalah yang belum lagi selesai. Jawapan daripada pihak terbabit seperti "masih menunggu tindakan" adalah mengecewakan walaupun selepas mesyuarat pengurusan lalu pihak yang bertanggungjawab akan berjanji untuk menyelesaikan masalah kita semua.
3) Kerja pemasangan/renovation 7 hari seminggu
Saya juga telah berkesempatan untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerja pemasangan/renovation dengan Mr Steve Ong dan beliau akhirnya telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi:
3.1) LT bersetuju untuk membenarkan kerja pemasangan/renovation setiap hari dari Isnin hingga Ahad bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
3.2) Tidak dibenarkan sama sekali sebarang kerja pemasangan/renovation pada malam hari.
3.3) Kebenaran pemasangan/renovation ini hanyalah cuma sementara sehingga 30 hb September 2012. Selepas tarikh tersebut tiada lagi kebenaran kerja pemasangan/renovation sehingga 7 hari dan peraturan asal akan dilaksanakan semula.
3.4) Pemilik yang ingin melakukan kerja pemasangan/renovation ini mestilah sentiasa mematuhi peraturan di dalam *House Rules Manual dibawah perkara 6.0 Renovation, Delivery and Removal (Sub Perkara 6.1 hingga 6.10) pada bila-bila masa bagi menggelakkan sebarang masalah.
Kerja pemasangan/renovation ini akan diawasi oleh pihak sekuriti dan LT sendiri. Kebenaran pemasangan/renovation selama 7 hari ini adalah cuma sementara dan jika ada apa-apa masalah yang timbul dari kontraktor atau kepada penghuni, pihak LT akan menarik semula kebenaran sementara ini. Oleh itu kerjasama dari semua pihak amat diharapkan.
*House Rules Manual telah diberikan kepada setiap pemilik semasa mereka mengambil kunci rumah.
Sekian, terima kasih.
Hamdan.


ISU BERKAITAN DENGAN LAD DAN PAMPASAN

Salam,

Terima kasih atas ingatan Saudara.
Sepertimana yang telah diusahakan kedudukan adalah seperti berikut:

1. Pertanyaan/Soalan kepada Kenshine (di pejabat Maxisegar) masih tiada yang positif - tunggu Management. Nyata usaha untuk bercakap sendiri dengan Puan Chua agar sukar. Ada juga rakan kita yang telah dimaklumkan oleh wakil Kenshine (tidak disebutnya nama) cek bayaran LAD yang pertama sedang disiapkan untuk bayarn pertama sebanyak RM5,000.00. Namun sehingga ke hari ini perkara tidak dapat dipastikan

2. Rujukan kepada Tribunal Perumahan agar sunyi - tiada respons lagi secara bersurat, email atau telefon. Kita perlu kenalan dalaman untuk dapat dirujukkan kepada pegawai yang berkenaan - perlu nama & nombor telefon. Yang paling afdal, adalah untuk dibuat temujanji dengan bagi kita menerangkan masalah kita (fail semula dengan Tribunal Perumahan)

Saya akui kesuntukan masa bagi tumpuan terhadap masalah ini - cuma perlu perisikan maklumat bagi menumpu kapada pegawai yang berkenaan.

Saya menjemput rakan-rakan yang berkerja di Putrajaya untuk merisik di KPKT, Putrajaya.

Mohd Akram






Wednesday, February 22, 2012

Gotong Royong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Untuk makluman rakan-rakan dan penghuni Apartmen Seroja@Lakesville sekalian, satu aktiviti menanam pokok bagi mencantikkan lagi sekitar kawasan kolam renang akan diadakan pada:

Tarikh : 26 Februari 2012 (Ahad)

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Kolam Renang

Sebanyak 9 anak pokok kelapa Gading dan 1 anak pokok kelapa Mawar telah diberikan oleh En Sheik Mohd (Blok H) di Seroja untuk ditanam. Mereka yang mempunyai kelapangan bolehlah datang dan bagi yang mempunyai peralatan untuk menanam bolehlah membawanya sekali pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

Hamdan

Pengerusi Persatuan Penduduk Lakesville@Seroja


** Mohon kerjasama penduduk untuk melaporkan sekiranya ada "Orang Luar" yang memasuki kawasan perumahan untuk menggunakan Kolam Renang kerana fasiliti ini hanyalah untuk penduduk Lakesville ** Orang Luar di persekitaran perumahan Seroja tidak dibenarkan menggunakan kemudahan asas , hanya untuk penduduk sahaja . Mohon pemantauan dari semua pemilik rumah **


Sunday, February 19, 2012

PERHATIAN

MEMORANDUM

Pada pemilik Seroja Apartmen yang ingin menyewakan rumah masing-masing , Ahli Jawatan Kuasa Seroja Apartmen dengan ini merayu pada pemilik apartmen supaya

1) TIDAK menyewakan unit rumah kepada pihak warga AFRIKA


Pihak jawatan kuasa memohon agar pemilik rumah agar bersama-sama membantu ahli jawatan kuasa dalam memantau keadaan semasa dan persekitaran rumah dan sekiranya mempunyai aduan agar dapat dibawa kepada pengerusi penduduk Seroja Apartmen..

Kebelakangan ini kita mendapati bahawa , kelemahan di pihak kawalan keselamatan telah berlaku dan pihak AJK telah membuat laporan kepada pihak kawalan keselamatan agar lebih tegas dalam menjalani tugas.

Isu lain adalah persekitaran kolam renang yang digunakan adalah hanya untuk penduduk Lakesville sahaja dan mohon kerjasama penduduk lakesville/seroja agar memantau keadaan dimana sudah mula di masuki oleh ORANG LUAR . Mohoh kerjasama anda untuk memantau keadaan ini dan harap melaporkan kepada pihak sekuriti kiranya ada berlaku pencerobohan lagi..

Lain-lain isu akan di wawarkan dari masa ke semasa.

Terima Kasih.

Monday, January 30, 2012







Laman Facebook yang rasmi telah dibuat untuk komuniti Lakesville.

Nama Facebook : Lakesville Seroja

Bertujuan bagi memudahkan komunikasi untuk warga penduduk Lakesville.


// PENGUMUMAN - PENGERUSI - EN HAMDAN //

Assalamualaikum w.b.t,

Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa sumbangan untuk tabung Surau Pangsapuri Seroja adalah berjumlah RM315. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan kepada mereka yang telah bersama-sama membersihkan surau tempohari. Surau kini boleh digunakan walaupun masih kekurangan kelengkapan. InsyaAllah pada masa akan datang kita akan dapat melantik AJK surau dan seterusnya menyusun aktiviti surau. Diharapkan juga kita akan dapat mengadakan majlis doa selamat yang pertama di surau kita selepas ini.

Sekian, wasalam.

Pengerusi

En. Hamdan ( F-404 )

SENARAI AJK ‘THE LAKES VILLE APARTMENTS’ ATAU PANGSAPURI SEROJA PUTRA PERDANA 2012





PENGERUSI

ENCIK HAMDAN (UNIT NO:F-404 NO. TEL :017-2828185)





NAIB PENGERUSI

ENCIK AZLAN (UNIT NO:D-303 NO.TEL: 012-4500829)




SETIAUSAHA

PUAN ESTHER (NO.UNIT:E-314 NO.TEL: 019-2178403)




NAIB SETIAUSAHA

ENCIK MOHD RADHUAN ( NO.UNIT:J-115 NO.TEL: 012-3271420)




BENDAHARI

PUAN SALINA (NO.UNIT:E-414 NO.TEL: 017-3293622)







SENARAI AJK BAGI SETIAP BLOK - TAHUN 2012




BLOK B: ENCIK MUZAFFAR (NO.UNIT: B-413 NO.TEL: 017-2468343)






BLOK C : ENCIK SIVA (NO.UNIT: C-G03 NO.TEL: 016-4600370)





BLOK E: ENCIK SAMY (NO.UNIT: E-G03 NO.TEL: 016-3783325)







BLOK H: ENCIK SHEIK MOH NAZIM (NO.UNIT: H-106 NO.TEL: 016-2629601)




PERLU ADA WAKIL DARIPADA BLOK D, F , I DAN J UNTUK MENGISI JAWATAN INI. AKAN DIBINCANGKAN PADA MESYUARAT YANG AKAN DATANG.

Laporan Mesyuarat 29 Jan 2012

Mesyuarat Ke-2 ‘The Lakes Ville Apartments ’ atau Pangsapuri Seroja

Tempat:Bersebelahan Surau

Tarikh : 29 Januari 2012

Masa : 10.00 pagi ~ 12.00 tengahari

Kehadiran :

1) Hamdan F-404 017-2828185

2) Hemi Kamarizal B-309 019 - 5624974

3) Zamirudin F-510 013-3816163

4) Siva C-G03 016-4600370

5) Haji Akram B-203 019-2385882

6) Alpian C-207 017-2264592

7) Sardom (Uncle Samy) E-G03 016-3783325

8) Esther E-314 019-2178403

9) Mohd Radhuan J-115 012-3271420

10) Fatimah E-607 019-2155316

11) Azlan D-303 012-4500829

12) Rapidi C-101 019-6551229

13) Muzafar B-413 017-2468343

14) Mohammad Izufyan E-209 013-2070988

15) Sabri E-207 012-3852752

16) Sheik Mohd Nazim H-106 016-2629601

17) Hairel D-405 012-6853743

18) Sharolyati E-508 012-9766706

19) Rina Maryati F-612 012-9335148

20) Salina E-414 017-3293622

21) Mazliza D-202 019-2485272

22) Firdaus F-201 019-2807732

23) Jamzuri C-108 010-3664946

24) Mohd Hanapi D-404 010-2959509

25) Zamri C-G06 012-2341617

26) Anuar H-307 016-9184867

27) Thavvali (Deewa) G-405 016-2554898

28) Ida Ruyani F-402 012-2600014

29) Azmi H-202 012-6509415

30) Sharifah F-G03 013-3948540

Terima kasih kepada yang hadir dalam mesyuarat ini.

Agenda Mesyuarat:

1) Membubarkan “PROTEM COMMITTEE “ dan melantik AJK yang baru

2) Membincangkan isu berkaitan dengan pampasan LAD (Tuan Haji Akram)

3) Isu-isu yang berkaitan dengan kemudahan dan fasiliti rumah ( En.Zamirudin)

4) Ucapan aluan daripa Pengerusi Baru (En.Hamdan)

5) Aktiviti gotong-royong bersih SURAU

6) Jamuan secara “POT LUCK”


PERKARA-PERKARA

1) Membubarkan “Protem Committee” terdahulu

- Ucapan aluan daripada Pengerusi Tn Haji Akram berkenaan dan tujuan PROTEM COMMITTEE yang lepas ditubuhkan adalah untuk berjuang mendapatkan “KUNCI RUMAH”, Dan Alhamdulillah ‘Kunci Rumah’ telah pun kita dapat serta secara tak langsung “MATLAMAT DAN OBJEKTIF” telah tercapai. Oleh yang demikian dengan rasa rendah diri serta ikhlas, sebaik-baik mungkin perlu ada AJK yang baru perlu ditubuhkan. Keutamaan kepada rakan-rakan yang telah pun mendiami rumah ini sebagai penduduk tetap. Pengerusi (Haji Akram) serta Setiausaha (Zamirudin) dengan ini secara rasminya meletak “JAWATAN” masing-masing. Walaupun mendapat bantahan dari[ada rakan-rakan lain, setelah diperjelaskan sebab serta alasan dan akhirnya keputusan dapat diterima oleh semua pihak.

2) Isu Pampasan LAD

- Dijelaskan oleh Tn Haji Akram berkenaan isu PAMPASAN LAD. Secara rasminya “SURAT” memaklumkan kepada “Madam Chua” Pengarah Talam Corporation supaya membuat semakan semula mengenai “TUNTUTAN PAMPASAN” yang layak diterima. Secara teknikal “Persetujuaan Terdahulu” dianggap BATAL kerana Pemaju Gagal untuk menyerahkan “KUNCI RUMAH” yang sepatutnya berlaku pada BULAN APRIL 2011. (Mengikut Keputusan Mahkamah Tinggi). Sekarang masih menunggu maklum balas daripada pihak Pemaju Talam. Tindakan yang seterusnya adalah, akan diusulkan kepada Tribunal Perumahan untuk mendapat khidmat nasihat berkenaan masalah ini. Akan diberitahu kelak bila

3) Isu berbangkit

- Dijelaskan oleh Saudara Zamirudin berkenaan isu-isu yang diusulkan pada mesyuarat yang lepas:-

a) Kolam renang

- Daripada penjelasan En.Steve Ong daripada LT SdnBhd, kontraktor telah pun dilantik bagi tujuan penyelenggaraan kolam renang dan kini hanya menunggu pengesahan dokumen daripada pihak pengurusan LT SdnBhd

b) Sampah

- Begitu juga dengan isu sampah, kontraktor juga telah pun dilantik Cuma menunggu pengesahan daripada pengurusan LT Sdn Bhd.

c) Pagar keselamatan dan Pagar “Guard”

- Untuk pagar keselamatan dan pagar GUARD telah pun diusulkan kepada Pemaju Kenshine, namun maklum balas daripada Pemaju amatlah mengecewakan. Perkara ini akan diusulkan semula sehingga Pemaju dapat atasinya.

d) Perkara-Perkara Lain

- Kegunaan “Dewan Serba guna” masih belum secara RASMI diberikan kepada pihak LT SdnBhd kerana kerosakan masih belum dibaiki

- Kemudahan Blok LIF, untuk LIF telah pun diserahkan kepada LT namun kontraktor yang menyelenggarakan LIF masih belum diputuskan keran proses ujian KECEMASAN belum dilakukan. Akan diselesaikan ikut peringkat

- Amaran Loceng Keselamatan, sehingga kini masih belum diuji dan dalam proses untuk menyelesaikannya

- Talian TELEFON, ada rakan kita telah pun memohon daripada TELEKOM dan pendawaian telefon sedia ada boleh digunakan. Tapi seandainya GAGAL berfungsi, sila laporkan dan buat laporan kepada pihak Pemaju ( En Abu)

- Penambahan “Pagar tinggi 20 kaki ” akan dibina di tepi kolam renang supaya aktiviti di padang bola sepak tidak berbahaya kepada pengguna yang lain di tepi kolam renang.

- Car Sticker, buat sementara ini, setiap unit rumah akan dibekalkan 1 Sticker sahaja, untuk akan datang mungkin diberikan EXTRA kerana kawasan rumah mempunyai lebihan PARKING.

- Bangunan ‘TASKA’, kepada rakan-rakan yang ingin membuka TASKA, bolehlah membuat permohonan secara RASMI kepada LT SdnBhd .

- Kemudahan SURAU, dimaklumkan SURAU boleh digunakan SEKARANG, Cuma kelengkapan masih belum sempurna, akan diatasi secara berperingkat kerana memerlukan dana.


1) ELCB Fius TNB, pemasangan akan tamat pada hari ini(Bulan Januari bukannya Febuari). Oleh yang demikian kepada rakan-rakan yang belum menuntut KUNCI RUMAH , anda dinasihatkan untuk mengupah kontraktor luar dalam pemasangan ELCB. Walaubagaimanapun AJK Baru akan mengusulkan supaya perkara ini dilanjutkan kepada tempoh tertentu

2) Isu meter AIR SYABAS, perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Kenshine, namun alasan yang diberikan kerana PIHAK SYABAS tidak mempunyai SIMPANAN METER. Oleh itu AJK akan senantiasa bertanyakan hal ini kepada Pihak Kenshine iaitu MR.WOON

3) Terkini KES KEMALANGAN , AJK amat bersimpati di atas kemalangan yang terjadi kepada rakan kita iaitu anak kepada Pn.Sharolyati (E-508) kerana terhempap sinki bilik air. Akibat kemalangan ini menyebabkan kecederaan kaki anak beliau. Pesanan kepada rakan-rakan semua , pastikan kita memeriksa dahulu setiap sudut di dalam dan luar rumah serta lapor serta merta kepada pihak PEMAJU seandainya terdapat keberangkalian faktor kemalangan akan terjadi.

- Anntena TV @ Astro, bukan semua kemudahan antenna ini boleh digunakan, ini kerana terdapat Blok yang tanpa Anntena TV dan Astro.

- Usul yang dicadangkan supaya nama ‘The Lakes Ville’ perlu dikekalkan. Perlu rujuk kepada Majlis Perbandaraan Sepang untuk permohonan pertukaran nama Banggunan Kediaman.

- Kemaskini daripada Bendahari dahulu Saudara Mokhzany adalah baki berjumlah RM307.90. Wang ini akan diserahkan pada Bendahari baru Pn Salina pada Mesyuarat akan datang

Ucapan daripada Saudara Encik Hamdan merangkap Pengerusi Baru untuk ‘The Lakes Ville Apartments’

- Encik Hamdan mengucapkan ribuan terima kasih di atas perlantikan ini dan memohon rakan-rakan yang lain turut serta bergandiing bahu dan membantu beliau bersama-sama dalam menjayakan sagala aktiviti Persatuan Penduduk The Lakes Ville yang baru ditubuhkan dengan jayanya.


Perkara-perkara yang perlu dibincangkan untuk Mesyuarat akan datang

1) Isu pemasangan ELCB Fius Elektrik

2) Isu jadual kontraktor kutip SAMPAH

3) Isu jadual kontraktor membuat penyelenggaraan KOLAM RENANG

4) Isu Pengawal Keselamatan dan peraturan-peraturan yan perlu dikaji semula

5) Isu Pagar yang mengalami kerosakan

6) Bagaimana proses pendaftaran Persatuan Penduduk ke ROS dan JMB

RUMUSAN

1) Hasil penjelasan daripada perbincangan dengan En Steve Ong LT Sdn Bhd, masih banyak perkara yang belum diselesaikan oleh PEMAJU KENSHINE sebelum diserahkan kepada LT Sdn Bhd. Oleh itu, AJK akan berusaha sebaik-baik mungkin untuk mempercepatkan proses ini supaya kediaman kita ini dalam suasana selamat, selesa dan semangat kejiranan yang tinggi.

2) Langkah awal, Pengerusi Saudara Encik Hamdan telah memaklumkan kepada Pengawal Keselamatan agar mengawal selia dengan lebih teliti proses ‘KELUAR’ dan ‘MASUK’ ke kediaman ini. Ditegaskan apabila ‘Warga Afrika’ DILARANG SAMA SEKALI ‘MASUK’ dan PIHAK KESELAMATAN yang bertugas perlu maklumkan kepada beliau seandainya ‘Warga Afrika’ betegas untuk MASUK juga.


Disediakan oleh

(Zamirudin Hashim)

Sunday, January 29, 2012

Sekitar Perjumpaan dan Gotong Royong 29 Jan

SEKITAR PERJUMPAAN DAN GOTONG ROYONG WARGA LAKESVILLE

Tarikh : 29 January 2012

Masa : 0930 Pagi - 1.00 T.Hari

Lokasi : Perkarangan Surau dan kawasan perumahan Blok B.

Kehadiran : 24 Keluarga.

Agenda Mesyuarat : ( Akan Dimuatkan setelah mendapat laporan )




































Laporan hasil perjumpaan akan dimuatkan selepas mendapat laporan dari En Din.

Tuesday, January 17, 2012

TUNDA TARIKH MESYUARAT KE 2 & AKTIVITI GOTONG ROYONG

PENGUMUMAN TUNDAAN PERJUMPAAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia


Untuk makluman rakan-rakan dan warga Seroja Apartment, di atas permintaan ramai Mesyuarat yang dijadualkan pada hari Ahad ini 22 Januari 2012 akan ditunda pada:-


Tarikh ; 29 Januari 2012 (Ahad)
Masa: 0930 pagi ~


Wassalam

ZDIN SU

Friday, January 13, 2012

PERJUMPAAN 22 JAN 2012 - HARAP HADIR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia

Seperti yang dimaklumkan pada Mesyuarat lepas....sekali lagi "Protem Committee" berbesar hati mengadakan sesi PERJUMPAAN ANTARA KITA WARGA PANGSAPURI SEROJA

Tempat : Berhampiran Surau (Blok B kawasan permainan kanak2)

Tarikh : 22 Januari 2012 (Hari AHAD)

Masa : 0930 pagi~

Perjumpaan ini adalah bertujuan;-

1) Membubarkan "PROTEM COMMITTEE" sedia ada dan menubuhkan yang baru (diharapkan perjumpaan kali ini ramai yang hadir dan setiap Blok ada wakil)

2) Memaklumkan perkara-perkara yang berbangkit pada Mesyuarat yang lepas dan apa tindakan Pemaju untuk mengatasinya

3) Aktiviti "PERTAMA" akan dijalankan setelah selesai Mesyuarat adalah "MEMBASUH SERTA PROSES MENYUCI/MENYAMAK SURAU"

- Sila bawa kelengkapan alatan untuk membasuh seperti Berus,Sabun (TAHARAH untuk samak) Mop, Penyapu, Tikar, Dan Sejadah...(Dialu-alukan kepada sesiapa yang ingin WAKAFKAN kelengkapan ini untuk kegunaan SURAU)

4) Aktiviti makan-makan secara "POT LUCK".....(Menu Bebas)

5) Sembahyang "ZOHOR PERDANA SECARA BERJEMAAH'

6) Sumbangan 'IKLHLAS" untuk TABUNG AJK BARU DILANTIK.

Wassalam

ZDIN SU

Monday, January 9, 2012

Senarai Kontraktor Yang boleh di Rujuk


Klik Gambar untuk besarkan.

Senarai nama kontraktor yang boleh dirujuk bagi sesiapa yang ingin membuat 'Renovation' pada rumah saudara . Boleh dibuat perbandingan harga .

S.Usaha / En Din.

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-