Sunday, December 26, 2010

Perkembangan Semasa Apartmen Lakes Ville








Hasil tinjauan yang telah saya dapati di Lakes Ville Apartment dimana , pemasangan Meter air masih belum diselesaikan oleh pihak pemaju .
Padang bola sepak beserta tiang gol telah dinaikkan oleh pihak pemaju untuk tujuan riadah penduduk Lakes Ville .
Hasil tinjauan lain saya telah dapati , setengah bahagian dinding , cat telah mula pudar oleh kerana projek perumahan ini telah tergendala begitu lama dan masih belum diserahkan sehingga kini dengan alasan api dan air masih belum diselesaikan, inilah helah pemaju yang sengaja menagguhkan atau melewatkan pernyerahan rumah kepada para pembeli.
Apa yang di tunggu lagi , serahkan hak kami . Penyerahan segera harus dilakukan selewat-lewatnya January 2011.

Wednesday, November 3, 2010

Keputusan Sidang Mahkamah

Perintah Sidang mahkamah mengenai keputusan tuntutan lakes ville yang telah di sebut pada 26.10.201. di mahkamah tinggi KL jalan duta. KL Hight Courth NCC 1 aras 4. jam 8.30 pagi telah disahkan.

Peguam Talam iaitu Cik Felicia telah megesahkan dengan Hakim yang sidang mahkamah telah didaftarkan pada hari tersebut . Peringkat seterusnya adalah kita perlu menunggu surat yang akan dikeluarkan oelh pihak pemaju Talam Corporation .

Pada masa ini pihak pemaju masih gagal lagi dalam menyiapkan bekalan air ke kawasan perumahan Lakesville . Apa yang menjadi tanda tanya sekarang adakah rumah kita dapat diserahkan seawal bulan disember memandangkan masalah bekalan air belum diselesaikan.

Saya memohon agar pihak jawatankuasa induk penduduk Lakesville ini supaya memainkan peranan lebih aktif dalam menekan pihak pemaju supaya menyerahkan rumah tersebut seperti mana janji yang telah dibuat pada sidang mahkamah tempoh hari tanpa ada cubaan penipuan sekali lagi kepada pembeli rumah.
Kita sebagai penduduk lakesville perlulah bersatu hati dalam menangani setiap masalah yang akan timbul selepas ini.
Sekian.

Thursday, August 5, 2010

Keputusan Undian

Salam kepada Pembeli Lakesville Apartmen,





Setelah mengharungi saat pedih dan pilu dalam memperjuangkan nasib mengenai tuntutan LAD sebanyak 30% dan inilah hasilnya yang dibuat di Pandan Lakes Club pada 05/08/10 pada jam 10.30 pagi.





Diharap semua pembeli telah berpuashati dengan keputusan ini , kalau nak dikatakan ingin mendapatkan 100% pun tidak berjaya , hanya inilah yang dapat diperjuangkan oleh protem committee yang ada. Selepas ini kita akan melihat dan memantau keadaan pihak terbabit dalam menyelesaikan masalah penyerahan kunci rumah pulak. Berapa lama masa yang akan diambil seperti mana janji yang telah dibuat pada sidang mahkamah ini.

Harap maklum,

Tuesday, July 6, 2010

Sidang Mahkamah



NOTIS SIDANG MAHKAMAH UNTUK PEMBELI LAKES VILLE YANG AKAN DIADAKAN
TARIKH : 05 OGOS 2010
MASA : 9.15 PAGI - 10.30 PAGI
TEMPAT : PERDANA BALLROOM , PANDAN LAKE CLUB , LOT 28 , JALAN PERDANA
3/8 PANDAN PERDANA 55300 KUALA LUMPUR.
* MOHON SEMUA PEMBELI HADIR PADA SIDANG MAHKAMAH *

Sunday, July 4, 2010

INFO TERKINI

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Terkini yang boleh saya sampaikan kepada semua rakan-rakan selepas bercakap melalui telefon dengan Mrs.Low daripada Talam Corp adalah:-

1) Minggu depan pada 07 Julai 2010 satu 'advertisement' akan di 'publish' dalam akbar utama seperti Berita Harian dan Utusan dan New Straits Times mengenai 'Satu Mesyuarat Sidang Mahkamah ke-2' akan berlangsung pada 05 Ogos 2010 Hari Khamis Di Pandan Lake Club.

2) Seperti mesyuarat yang lepas, tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk mendapat mandat daripada semua pembeli The Lakes Ville Putra Perdana supaya bersetuju dengan tawaran pampasan sebanyak 30% LAD di atas kelewatan projek .

3) Butir bayaran dan jumlah yang akan diterima pampasan akan disertakan dalam surat 'Register' yang akan dihantar setiap pembeli yang layak.Dimaklumkan bayaran sebanyak 2 kali akan dijelaskan iaitu 50% daripada jumlah LAD yang ditawarkan pada hari serah kunci dan bakinya selepas 18 bulan sepas itu.

4) Tarikh dijangka dapat kunci iaitu selewat-lewatnya pada bulan Febuari 2011.

Sekian
Wassalam

Sunday, March 14, 2010

Thursday, February 18, 2010

Cadangan dari Pihak Pemaju di Tolak

Saudara dan Saudari ,

Jawatan Kuasa Protem bersama dengan rakan-rakan pemebeli lain telah tidak bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan oleh pihak pemaju. Oleh itu pihak jawatankuasa telah membuat maklumbalas kepada pihak pemaju dengan menolak cadangan tersebut dan mengharapkan tawaran yang lebih baik kepada kita para pembeli.

Diharap dalam perjumpaan kita seterusnya kita mestilah saling berganding bahu untuk terus memperjuangkan lagi hak kita. Demi kepentingan kita penduduk Lakes Ville.
Pastikan saudara menyokong usaha jawatan kuasa protem kita dalam membantu secara ikhlas memperjuangkan nasib kita.

Wassalam.

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-