TINJAUAN KE PROJEK PERUMAHAN
Salam Sejahtera,
Secara rasminya blog ini telah dibuka pada 9 September 2009 bagi memberi maklumat dan informasi berguna buat komuniti apartmen Lakes Ville.
Tujuan blog ini diadakan adalah kerana
- mengumpul seramai mungkin pembeli apartmen ini waima bakal penduduk baru
- merapatkan silaturahim sesama kita , dapat mengenali antara pembeli apartmen ini.
- membincangkan masalah-masalah yang bakal kita hadapi di masa hadapan.
- megupas isu-isu yang berbangkit mengenai apartmen kita
- mengadakan pertemuan sekiranaya perlu diadakan
PERJUMPAAN PERTAMA - 07/09/2009
Alhamdulillah satu perjumpaan telah diadakan secara tidak formal dan sukarela dari pembeli rumah apartmen lakes ville bertempat di kawasan perumahan tersebut. Disamping berbincang mengenai perkara-perkara yang melibatkan mengenai tuntutan claim LAD dan juga perihal masalah lain yang dihadapi oleh pembeli rumah tersebut.
Sebelum kupasan demi kupasan mengenai masalah kita diutarakan disini, saya mengalu-alukan suara saudara-saudara tuan punya hak milik rumah terbabit berkongsi idea dan pendapat bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah tuntutan kita dimana pihak pemaju ingin mendapatkan persetujuan kita untuk tidak membuat tuntutan LAD tetapi menggantikan hanya
maintenance percuma dalam tempoh 3 tahun.
Umum mengetahui bahawa kita pembeli apartmen ini tidak mengenali antara satu sama lain, ada yang tinggal berjauhan dan sukar untuk dihubungi memandangkan maklumat tempat tinggal tidak dapat diketahui oleh kita. Dengan adanya blog ini maka saya menyeru kepada rakan-rakan sahabat sekiranya mempunyai kenalan , war warkan kepada mereka untuk turut serta dalam perbincangan kita dalam menghadapi masalah dengan pihak pemaju.
Gunalah apa saluran yang kita ada untuk mendapat nasihat atau rujukan pada pihak pihak tertentu yang boleh membantu kita dalam menghadapi masalah ini. Saya juga akan membuka ruangan chat untuk sesipa yang ingin berbincang perihal masalah rumah yang kita beli ini.
Saya mengharapkan komen yang terbaik dari saudara-saudara oleh kerana masa kita telah singkat dan kita perlukan satu tindakan segera untuk menyelesaikan masalah kita ini.
Antara rakan-rakan pembeli yang menyertai dalam perjumpaan pertama seperti berikut.
1) En. Mohd Akram 2) En. Azlan 3) En. Zdin 4) En. Mokhzany 5) En.Mohd Radhuan
6) En.Megat Norrhisham
Kami masih memerlukan lagi rakana-rakan pembeli yang lain untuk menyertai kami dalam menuntut pembelaan bagi pihak kita pembeli apartmen supaya nasib kita dibela dalam mempertahankan hak kita mendapat pampasan yang setimpal dengan apa yang telah dipersetujui didalam perjanjian jual beli yang ditandatangani oleh kita dan pihak pemaju.
PERJUMPAAN SIDANG MAHKAMAH DENGAN PEMAJU
Tarikh : 6 Oct 2009 - Selasa
Lokasi : Pandan Lakes Club
Masa : 1045 Pagi
Perkara : Perjumpaan dengan pihak pemaju Kenshine.
- Ulasan akan kami berikan sedikit masa lagi mengenai hasil perbincangan tersebut
- Protempt committee akan dibentuk secepat mungkin untuk memudahkan urusan dengan pihak pemaju. Diharap agar saudara dan saudari berdiri dibelakang committee ini untuk bertindak dalam membela nasib kita para pembeli.
- Kami akan update dari masa ke semasa akan perkembangan dan tindakan pihak committee kepada sauadara.
- Diminta agar saudara dan saudari mendaftar email ke dalam yahoo groups untuk memudahkan maklumat dihantar kepada saudara.
- Jumlah kutipan pada hari ini adalah sebanyak RM593.00 . Kutipan ini adalah untuk kita mengembleng tenaga kearah mengerakkan persatuan penduduk atau pembeli didalam menegakkan apa yang dituntut oleh kita seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak pemaju.
Terima Kasih / Moderator Blog
No comments:
Post a Comment