Monday, October 12, 2009

Untuk Makluman

Salam,

Buat masa ini, kita (AJK Protem) perlu mendapat panduan, nasihat dan pandangan daripada Tribunal Perumahan.

Selepas berbekalkan maklumat serta nasihat yang bakal diperolehi, ditambah dengan pengalaman kes-kes yang terdahulu (masalah LAD), baru dicadangkan kita bermesyuarat untuk menetapkan halatuju serta tindakan bagi perumahan Lakes Ville.

Saya menerima semua pandangan, pendapat, nasihat dan pendirian supaya perbincangan nanti lebih bermakna.

Wassalam,
Mohd Akram


Laporan semasa perjumpaan dengan pemaju pada 6/10/09


LAPORAN MESYUARAT PARA PEMIUTANG SIDANG MAHKAMAH SYARIKAT KENSHINE CORPORATION SDN BHD
DENGAN PEMBELI LAKES VILLE PADA 6 OKT 2009

AM
1. Mesyuarat telah diadakan di Pandan Lake Club bermula pada jam 09.30 dan tamat jam pada 1.15 tengahari. Tujuan utama mesyauarat perjumpaan adalah untuk Syarikat Kenshine Corporation Sdn Bhd (KC) mendapat persetujuan pembeli untuk menerima skima berkompromi dengan mengenepikan (waive) hak LAD. Sebagai gantian, KC akan memberi tiga (3) tahun perkhidmatan penyenggaraan secara percuma.

2. Proses ini adalah berdasarkan kepada COMPANIES ACT 1965 (REVISED 1973), ACT 125, Section 176 - Power to compromise with creditors and members. Proses peraturan ini adalah untuk membolehkan KC menguruskan semula masalah kewangan syarikat dalam satu tempoh yang telah diluluskan mahkamah. Keperluan ini adalah juga untuk Syarikat IJM Construction Sdn Bhd (IJMC) menyiap dan menyerahkan hak milik kosong dalam masa enam (6) bulan dari tarikh sanksi mahkamah.

SECTION 176

3. Peraturan ini memerlukan KC mendapat persetujuan para pembeli untuk meluluskan skima berkompromi seperti berikut:

a. Kelulusan melebihi 50% dalam jumlah bilangan pengundi yang mewakili sekurang-kurang 75% dari jumlah nilai harga pemiutang daripada para pengundi yang hadir (sendiri atau melalui proxy) pada mesyuarat tersebut.

b. Jika skima ini diterima oleh majoriti pembeli dan diluluskan oleh Mahkamah, maka semua pembeli akan terikat dengan perlaksanaan skima ini.

c. Butiran projek Lake Ville (berakhir 31 Jan 2009) adalah seperti berikut:

(1) Jumlah dalam pembinaan – 547 unit.
(2) Jumlah tersenarai dengan nama pembeli – 387 unit dengan LAD Payable berjumlah RM10,688,641. 21
(3) Jumlah tersenarai dengan nama IJMC – 165 dengan tiada LAD Payable

KEPUTUSAN MESYUARAT

4. Setelah pengundian dan pengiraan dibuat, keputusan adalah seperti berikut:
a. Hadir & Proxy mengundi – 321 undi
b. Meluluskan skima – 177 undi (merupkan 55% undi dengan 60% nilai harga pemiutang)
c. Tidak meluluskan skima – 142 undi (merupakan 45% undi dengan 40 % nilai harga pemiutang)
d. Undi rosak – 2 undi
ULASAN
5. Seperti yang telah berlaku, pihak pengurusan KC tidak mendapat kelulusan bagi skima kompromi yang telah ditawarkan. Ini juga bermakna KC terpaksa merujuk kembali kepada pihak Mahkamah untuk tindakan seterusnya.

6. Ini juga bermakna para pembeli perlu bersedia untuk bersemuka dengan pihak pengurusan KC tentang kedudukan rumah hak pembeli seterusnya. Dari pemeriksaan fizikal yang telah dilaksanakan oleh beberapa pembeli, projek Lakes Ville sedang disiapkan oleh IJMC yang dijangkakan dapat dibuat penyerahan hak milik kosong dalam tempoh 2 ke 3 bulan lagi.

7. Persatuan penduduk/pembeli Lakes Ville yang sedang ditubuhkan dengan perlantikan AJK Protem perlu bertindak supaya kepentingan 387 pembeli dapat perlindungan undang-undang dan hakmilik bersama terperlihara.

10 Okt 2009

MOHD AKRAM BIN MOHD AKBAR

Lakes Ville
Putra Perdana


TUNTUTAN KES YANG DISELESAIKAN OLEH TRIBUNAL PENGGUNA

Sila klik - Tuntutan Kes

Bayang kan berapa banyak kes yang terpaksa pembeli naik turun ke tibunal.

No comments:

Post a Comment

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-