Salam 1Malaysia ,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada emel seperti di rentetan.
2. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah mengadakan mesyuarat pada 21 Jun 2011 dengan pemaju (Talam Corporation Sdn. Bhd.), SYABAS, Majlis Perbandaran Sepang dan wakil pembeli bagi membincangkan jalan penyelesaian tentang isu kebocoran tangki air yang menjadi punca kelewatan penyerahan projek perumahan ini.
3. Hasil daripada mesyuarat pihak pemaju, SYABAS dan Majlis Perbandaran Sepang telah bersetuju untuk melaksanakan perancangan penyelesaian di mana penyerahan kunci kepada pembeli dijangka dapat dibuat selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2011 (Pelan Tindakan I dilampiran dirujuk).
4. Sekiranya pihak pemaju masih gagal untuk mengemukakan Wang Jaminan berjumlah RM2.5 juta, Pelan Tindakan II (seperti dilampiran) akan dilaksanakan. Penyerahan kunci kepada pembeli dijangka dapat dibuat selewat-lewatnya pada 4 Januari 2012.
5. KPKT melalui JPN akan terus memantau pelaksanaan keputusan yang dipersetujui sehingga kes ini dapat diselesaikan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.
(DATO' AHMAD HAJI KABIT)
** semoga apa yang dirancangkan ini adalah kali terakhir untuk kita pembeli mendapatkan hak kita semula , sama-sama lah kita mendoakan agar apa yang kita usahakan selama ini mendapat keadilan sewajarnya. **
Admin Lakesville.blogspot.com
No comments:
Post a Comment