Makluman pada semua pembeli , seperti dipersetujui dalam mesyuarat dengan pihak syabas dan pihak Talam , mengikut pada pelan tindakan 1 , pembeli dikehendaki menandatangani surat aku janji untuk penyambungan paip air secara pukal ( sementara ) menunggu tangki di perbaiki oleh pihak pemaju.
Oleh itu pembeli yang telah menerima surat tersebut haraplah dapat menandatangani dan poskan kembali kepada pihak pemaju bagi mempercepatkan pihak Syabas membuat penyambungan meter air mengikut jadual dan pelan tindakan.
Isu mengenai BG sebanyak RM2.5 juta telah diselesaikan oleh pihak pemaju kepada pihak syabas.
Mana mana pembeli yang telah sangkut pembayaran dengan pihak bank , boleh lah membuat perundingan semula demi proses penyerahan kunci rumah dapat diselrasakan oleh pihak pemaju agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan rumah masing-masing.
Umum diketahui yang jumlah pembeli yang tersangkut pembayaran pada masa ini lebih kurang 55 orang pembeli. Oleh itu protem berharap agar saudara membuat tindakan susulan atau membincangkan balik dengan pihak bank agar urusan penyerahan rumah tidak mempunyai masalah.
Harapan Protem semoga segala urusan penyerahan rumah dapat dibuat sebelum Hari Raya ini ataupun paling lewat dalam bulan september ini.
Akhir kata , saya memohon maaf andaikata berlaku kesilapan dan kesalahan dalam mengemaskini informasi mengenai perumahan Lakesviile kita . Sempena bulan Ramadhan akan tiba akan lebih menyinari kehidupan kita dengan rumah baru.
Selamat menyambut Ramadhan
Salam dari Protem
Mohd Radhuan
No comments:
Post a Comment