Emel ini akan menjawab persoalan yang dikemukan oleh pembeli apartmen Lakesville yang menantikan perkembangan terbaru oleh Pihak Pemaju Kenshine.
Salam Aidil Fitri,
Dapat bercakap dengan Puan Chua pada jam 5.45ptg dan penerangan berikut:
1. Memang benar – CF telah dikeluarkan dan Akitek yang dilantik memerlukan semua bangunan dan ruang projek perlu dibersihkan sebelum pengeluaran sijil fasa terakhir pembinaan.
2. Dengan sijil akitek ini – proses bayaran final progress payment dapat dimulakan.
3. Rancangan Kenshine/Talam (atau Trinity) adalah untuk disiapkan keseluruhan mengikut blok bangunan (8 blok).
4. Adalah dijangkakan blok pertama dapat disiapkan sebelum akhir minggu ini dan dokumentasi bayaran terakhir dapat dimulakan.
5. Pada masa yang sama – pengeluaran surat kepada pembeli untuk Vacant Possession akan juga dimulakan mengikut blok yang telah disiapkan.
Beliau berharap proses ini dapat dimulakan pada awal minggu depan dan semua dokumentasi dan surat panggilan kunci rumah dapat dikeluarkan sebelum akhir minggu kedua Oktober 2011.
Saya juga berharap demikian (walaupun terharu)kerana ini adalah proses mengikut kontrak.
Cuma isu hak LAD masing-masing akan diusulkan selepas dapat kunci rumah dulu.
Protem akan menghubungi Pn Chua/Kenshine awal minggu depan untuk update lagi
Wassalam,
Mohd Akram
No comments:
Post a Comment