Wednesday, October 5, 2011

Terbaru - 06 Oct 2011

Merujuk email yang dihantar kepada Setiausaha Protem :


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Merujuk kepada emel Tuan bertarikh 3 Oktober 2011 kepada Datuk KSU berkaitan Penyerahan Kunci Taman Putra Perdana dan percakapan antara saya dengan Tuan ada kaitan, bersama-sama ini dikemukakan maklumat terkini kedudukan projek berkenaan.

1. Pada kebiasaannya, Vacant Possession (VP) akan dilakukan setelah Borang E diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Walaubagaimanapun bagi projek ini, pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO) dibuat sejurus selepas penyerahan borang E kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS) iaitu pada 26 Ogos 2011. Pihak arkitek pemaju GRA Architect Sdn Bhd memerlukan sedikit masa untuk meneliti dan membuat penyemakan terlebih dahulu supaya semua urusan teratur sebelum penyediaan Dokumentasi Bayaran Terakhir (Billing) kepada pembeli sebanyak 12.5% daripada harga rumah.

2. Melalui percakapan telefon di antara Ir.Lai Liang Koong dengan Ar. Halim dari GRA Architect pada 4 Oktober 2011, beliau sedang membuat pemeriksaan untuk kesemua 8 blok bagi pengeluaran billing selewat-lewatnya pada 12 Oktober 2011.

3. Selepas pengesahan Arkitek, billing akan dipanjangkan kepada 'End Financier' untuk pembayaran 12.5% tersebut.

4. Penyerahan kunci akan dibuat secara berperingkat dan juga tertakluk kepada pembayaran kepada pemaju daripada pihak bank masing-masing.

5. Proses pengeluaran CFO sehingga penyerahan kunci seperti tersebut di atas merupakan satu tatacara kerja yang diamalkan oleh pemaju, arkitek dan institusi kewangan.

6. JPN akan mengadakan satu mesyuarat pada 13 Oktober 2011 bagi menyelesaikan segala isu-isu berbangkit.

Sekian, terima kasih. ~ melalui email ~

Ir. LAI LIANG KOONG
PengarahBahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Jabatan Perumahan Negara

No comments:

Post a Comment

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-