Wednesday, November 23, 2011

Maklumat Dari Setiausaha En Din

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
1) Bagi pembeli yang membuat pinjaman perumahan kerajaan, mungkin rakan-rakan boleh mendapat maklumat secara rasmi daripada pinjaman perumahan iaitu siapa yang dihubungi dan mendapat penjelasan secara terpeinci bagaimana pembayaran di lakukan. Keterangan daripada pinjaman perumahan secara rasmi ini boleh dijadikan bukti untuk membantu menyelesaikan kemelut "interest' yang pemaju caj kan kepada pembeli. Secara teknikal Pemaju berat sebelah kerana seandainya pembeli lewat akan dikenakan caj namun jika Pemaju "LEWAT" tiada apa-apa yang dikenakan. Saya pun bersimpati dengan rakan kita yang dikenakan caj hampir RM10 ribu dengan alasan Pemaju , pinjaman perumahan lewat membuat bayaran. Saya berpendapat jika diadukan kepada KPKT mungkin ada ruang untuk mendapat jalan penyelesaian yang lebih adil (win-win situation). Namun pembeli perlu mendapat penjelasan yang terpeinci bagaimana prosuder cara pembayaran daripada pinjaman perumahan itu sendiri secara rasmi. Minta keluarkan SURAT RASMI
2) Isu LAD, bagi pembeli yang sudah mendapat kebenaran untuk menuntut kunci "RUMAH" , mungkin rakan-rakan ada menandatangani 1 surat yang dikeluarkan kepada pembeli untuk "offset" beberapa bayaran tempoh hari. Jika rakan-rakan menghayati surat tersebut jelas menyatakan LAD untuk PEMBAYARAN 1 akan dilunaskan dalam tempoh 18 BULAN daripada tarikh rakan-rakan menandatangi SURAT tersebut. Baki untuk PEMBAYARAN 2 akan dibayar dalam 18 BULAN lagi. Rumusan daripada itu, LAD 30% yang dipersetujui akan dibayar selama 3 tahun. Amat menyedihkan sekali lagi kita ditipu dan dimanupulasi oleh PEMAJU TALAM ini. Perkara ini saya dah panjangkan kepada KPKT, namun ianya tidak diendah pun dan tidak disentuh pun seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Namun PROTEM akan menyusul tindakan yang selanjutnya kepada Tribunal Perumahan di atas kemelut ini. Mungkin tahun depan kita sama-sama berbincang untuk menyusun perancangan yang lebih afdal. Kita selesaikan kemasukkan rumah ini dahulu kemudian kita pikir apa yang patut nak buat lepas ini.
3) Isu TNB , semalam MR. Woo daripada Talam memaklumkan, dalam masa 2 minggu proses pemasangan METER TNB dan CASING UNTUK KESELAMATAN akan dipasangkan di semua Blok-Blok rumah yang terlibat. Ini kerana setiap CASING KESELAMATAN perlu ORDER dahulu dan ambil masa sedikit.(Alasan biasa)
Sekian Wassalam
ZDIN SU

No comments:

Post a Comment

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-