SEROJA APARMENTS – PERBINCANGAN BERSAMA PEMBELI
Tarikh: 11.11.11
Masa: 10:00 pagi
Tempat :Perkarangan Seroja Apartments
Kehadiran:-
1) Pegawai KPKT
- EncikMohd Hafiz
- Pn. Fadzilah
- Pn.Zuraida
2) WakilTalam
- En. Woon (PenguruS Projek)
- En. Woo (Coordinator Side Project)
3) Wakil LT Sdn Bhd
- En. Ong
4) Protem
- Pengerusi Tn. Haji Akram
- Zdin
- Wan Rolhas
- Mokhzany
Dan rakan-rakan pembeli yang lain
Agenda perbincangan:-
Kata-kata aluan daripada Pengerusi Protem Tn. Haji Akram di atas kesudian kepadaPegawai KPKT dan wakil-wakil pemaju dan kehadiran rakan-rakan pembeli dalam muzakharah ini. Tujuan utama perbincangan ini adalah kerana ketidakpuashatian pembeli amnya di atas pelbagai kesulitan dancabaran walaupun segalaarahan yang diberikan daripada pemaju telah ditunaikan pembeli,namun pembeli masih belum dapat menduduki rumah idaman dengan suasana yang aman dan tenteram.Malah pelbagai isu-isu lain dan baru pula timbul..Walaupun perbincangan ini agak panas seketika, namun atas dasar tolenrasi kedua-dua pihak dan pemantauan oleh KPKT akhirnya keputusan dapat dicapai namunbagi PROTEM ianya bukannya berakhir di sini, selagi apa yang diputuskan tidak dipertejemahkan dan objektif tidak tercapai …ianya masih lagi tergantung…
Isu –isu berbangkit:-
1) ELCB Fius
- Keputusan bersama diputuskan bahawa pemasanag ELCB Fius akan dipasang oleh KONTRAKTOR yang dilantik LT Sdn Bhd. Proses pemasangan ini berjalan selama 3 bulan. Pada setiap minggu HariSabtu sahaja bermula jam 9:00 pagi ~ 12:00 tengahari, kontraktor yang dilantik siap sedia untuk memasang ELCB Fius ini. Cara bagaimana untuk kontrakto rmemasanag ELCB Fius ini?
- Langkah 1 – Setelah surat kebenaran menuntut kunci dikeluarkan di Pejabat Talam Maxisegar di Pandan Indah, pembeli perlu pergi ke Pejabat LT Sdn Bhd di Putra Perdana (Isnin ~ Jumaat waktu pejabat) untuk memaklumkan kepada LT Sdn Bhd bahawa pembeli ini sudah sedia untuk memasuki rumah kediaman masing-masing
- Langkah 2 – Yuran “Maintenance” perlu dijelaskan 2 bulan deposit . Kadar bayaran berbeza mengikut unit-unit kemudahan LIFT dan tanpa kemudahan LIFT
- Langkah 3 – Waktu yang sama ,buat temujanji bila pembeli bersedia untuk pemasangan ELCB ini. Contoh, pembeli pergi ke Pejabat LT Sdn Bhd pada HariRabu, oleh itu buat temu janji untuk HariSabtu minggu itu,bagi pemasangan ELCB dan tuntut kuncirumah .
- Langkah 4 – Setelah ELCB ini di pasang dan kunci rumah diserahkan dengan rasmi kepada pembeli, buat pemeriksaan secara keseluruhan keadaan rumah dan senaraikan apa-apa kerosakan atau kecacatan di dalam borang yang disediakan dan serahkan semula pada LT SdnBhd samada hari itu atau hari lain.
Oleh yang demikian proses ini selesai dengan pemasangan ELCB dan penyerahan kuncirumah. Jika berlaku kehilangan ELCB ini, LT SdnBhd tidak bertanggung jawab lagi.
Bagi yang dah ambil kunci rumah sebelum ini, sila buat temu janji dengan LT Sdn Bhd bila perlu pemasangan ELCB rumah anda dilakukan. (Hari Sabtu setiap minggu sahaja)
2) Meter TNB
- Dalam tinjauan hari ini, 3 Blok telah dipasang Meter TNB .Namun proses bekalan kuasa masih belum disambung kerana factor keselamatan. Pihak LT dalam proses untuk memasang (grill untuk menutup kawasan Meter TNB ini kerana bukan semua unit TNB bekalkan meter ) . Ini kerana masalah yang dihadapi oleh pembeli sendiri dengan rekod TNB sebelum ini ada baki yang belum dijelaskan.
- Untuk unit-unit yang lain, TNB masih gagal bekalkan meter walaupun pemaju telah lama menghantar permohonan untuk mendapatkannya (Meter out of order)
- Pegawai KPKT akan mengambil inisiatif untuk mempercepatkan proses pembekalan meter inisupaya dipasang seberapa segera.
Kesimpulan masalah ini, bekalanl etrik masih belum dapat disambung ke unit-unit walaupun ELCB telah dipasang. Denganitu, proses pemasangan lampu atau kipas di dalam unit-unit rumah dan lain-lain akan tertangguh. Akan diberitahuoleh LT bila bekalan akan disambungkan. Protem akan menyelaraskan proses ini seberapa segera yang boleh.
3) Meter Syabas
- Data terkini, hanya 192 unit kediaman telah dipasang meter Syabas. Yang lain-lain masih belum dipasang kerana pihak Talam tidak menerima “SuratAkuJanjiSyabas”
- Pihak LT tidak membuka paip utama air atasalasan, kemungkinan kecurian air akan berlaku. Bagi unit yang ada meter tiada masalah, tetapi bagi unit yang masih tidak dipasang meter, air tetap boleh dicuri. Apabila paip air yang tidak dipasang meter ini digunakan, secara umumnya akan dicajke ke meter “Bulb Utama’’. Kerisauan ini akan menyebabkan kos meningkat dalam penggunaan air.
- Cadangan untuk menggunakan “Cap Lock” bagi unit tiada meter adalah tinggi. LT anggarkan 1 cap bernilai RM50.00.
Kesimpulannya, isu ini masih belum selesai, mungkin untuk minjimatkan kos, LT perluguna (cap screw paip )untuk menutup sementara bagi unit yang tiada meter.
4) Blok 2 dan baki 33 unit yang masih tiada CF
- Untuk semua unit initelah pun diluluskan CF, oleh itu rakan-rakan hanya perlu menunggu surat dari pada pemaju untuk makluman“VP”
RUMUSAN SECARA KESELURUHANNYA
UNTUK ISU ELCB FIUS DAN PEMASANGAN SECARA TEORI BOLEH DIANGGAP BOLEH DI ATASI. NAMUN PROSES PENYAMBUNGAN BEKALAN LETRIK DAN AIR MASIH LAGI SAMAR DAN KURANG YAKIN BILA SEBETULNYA AKAN SELESAI. SEBABNYA IANYA BERKAIT-KAIT DENGAN ISU-ISU LAIN SEPERTI FAKTOR KESELAMATAN, BEKALAN METER TNB ITU SENDIRI,MASALAH REKOD PEMBELI DENGAN TNB SERTA FAKTOR KECURIAN AIR AKAN BERLAKU. PROTEM AKAN BERTERUSAN UNTUK MEMANTAU PROSES INI SEHINGGA KITA BETUL-BETUL BOLEH MASUK KE UNIT KEDIAMAN DENGAN SEMPURNA . DENGAN ITU SAMA-SAMALAH KITA BERGANDING BAHU UNTUK MENDAPATKAN KEDIAMAN INI DENGAN SESEMPURNA YANG BOLEH. KITA HARAPKAN SEBELUM HUJUNG TAHUN INI, KITA BOLEH MASUK DAN TINGGAL DI KEDIAMAN INI DENGAN ERTI KATA SEBENAR-BENARNYA. CADANGAN UNTUK TIDAK DIKENAKAN “MAINTENANCE FEE” BAGI BULAN NOVEMBER INI AKAN DIUSULKAN KEPADA PIHAK LT SDN BHD DAN TALAM KERANA FASILITI YANG SEPATUTNYA BOLEH DIGUNAKAN TETAPI TIADA APA-APA PUN.
SEKIAN WASSALAM
Daripada Zdin Setiausaha
WAKIL SEMUA PROTEM DAN RAKAN-RAKAN PEMBELI YANG HADIR HARI INI
RUJUK GAMBAR-GAMBAR YANG DI AMBIL KETIKA PERBINCANGAN INI BERLANGSUNG
No comments:
Post a Comment