Maklumbalas daripada Pihak Syabas
Salam Sejahtera dan Selamat BerpuasaMenjawab kepada pertanyaan pihak tuan berhubung status pembekalan air ke kawasan ini, berikut adalah butirannya:
1. SYABAS masih berusaha bagi memenuhi jadual Pelan Tindakan 1 yang telah dibincangkan dalam mesyuarat bersama pihak KPKT bulan lepas di mana air boleh dibekalkan ke unit-unit yang berkenaan pada atau sebelum 20/08/2011. Namun demikian, berikutan kelewatan 1 minggu pihak pemaju mengemukakan BG bekalan air sementara RM2.5 juta dan dokumen lain yang berkaitan dari tarikh yang dipersetujui (06/07/2011), SYABAS menjangkakan perkara ini dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum atau pada tarikh baru iaitu 27/08/2011.2.
SYABAS telah meluluskan pembekalan air sementara ke Fasa ini (Lakes Ville) pada 25/07/2011 melalui surat rujukan SYA/PJDD/DD/DGKL/SPG/LT6494/11/08306.3. Kerja-kerja persiapan yang berkaitan dengan pembekalan air sementara telah dimulakan di tapak sejurus selepas tarikh surat kelulusan dikeluarkan seperti pemasangan tetiang meter pukal, pengasingan laluan pembekalan sediada dengan kawasan ini serta penambahan beberapa komponen bagi tujuan tersebut.Berdasarkan kepada kemajuan kerja-kerja di tapak tersebut, SYABAS berpendapat air akan boleh salurkan ke unit-unit yang berkenaan selewat-lewatnya pada atau sebelum 27/08/2011.
Berhubung dengan penyerahan kunci rumah yang hanya akan bermula akhir tahun ini seperti mana penjelasan pihak pemaju, ia adalah diluar bidangkuasa SYABAS. SYABAS hanya boleh beri bantuan dari aspek pembekalan air (dalam kes ini, air dibekalkan dengan status sementara) ke kawasan ini sahaja sepertimana yang telah dipersetujui.Untuk makluman pihak tuan, sokongan SYABAS ke atas pengeluaran CF sesuatu pembangunan adalah dinyatakan di dalam surat pengambilalihan Sistem Bekalan Air pembangunan melalui Borang EPS19C iaitu setelah sistem bekalan air tetap kawasan ini yang dibangunkan oleh pemaju lulus semua ujian yang berkaitan dan mematuhi semua dokumentasi yang diperlukan bagi tujuan tersebut.
Sekian, untuk makluman.
Zamzuri Selamat
PengurusJabatan Pembangunan
03-20885078
Tuesday, August 9, 2011
Tuesday, July 26, 2011
Surat Aku Janji dari SYABAS
Makluman pada semua pembeli , seperti dipersetujui dalam mesyuarat dengan pihak syabas dan pihak Talam , mengikut pada pelan tindakan 1 , pembeli dikehendaki menandatangani surat aku janji untuk penyambungan paip air secara pukal ( sementara ) menunggu tangki di perbaiki oleh pihak pemaju.
Oleh itu pembeli yang telah menerima surat tersebut haraplah dapat menandatangani dan poskan kembali kepada pihak pemaju bagi mempercepatkan pihak Syabas membuat penyambungan meter air mengikut jadual dan pelan tindakan.
Isu mengenai BG sebanyak RM2.5 juta telah diselesaikan oleh pihak pemaju kepada pihak syabas.
Mana mana pembeli yang telah sangkut pembayaran dengan pihak bank , boleh lah membuat perundingan semula demi proses penyerahan kunci rumah dapat diselrasakan oleh pihak pemaju agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan rumah masing-masing.
Umum diketahui yang jumlah pembeli yang tersangkut pembayaran pada masa ini lebih kurang 55 orang pembeli. Oleh itu protem berharap agar saudara membuat tindakan susulan atau membincangkan balik dengan pihak bank agar urusan penyerahan rumah tidak mempunyai masalah.
Harapan Protem semoga segala urusan penyerahan rumah dapat dibuat sebelum Hari Raya ini ataupun paling lewat dalam bulan september ini.
Akhir kata , saya memohon maaf andaikata berlaku kesilapan dan kesalahan dalam mengemaskini informasi mengenai perumahan Lakesviile kita . Sempena bulan Ramadhan akan tiba akan lebih menyinari kehidupan kita dengan rumah baru.
Selamat menyambut Ramadhan
Salam dari Protem
Mohd Radhuan
Wednesday, July 13, 2011
Terkini dan Mutakhir

( Sila Klik pada gamabr utk membca lampiran emel )
Lampiran emel dari SYABAS :
Salam 1 Malaysia ,Mohon maaf kerana lewat balas e-mail ni.
Untuk makluman, pihak Talam meneruskan pelan tindakan 1 iaitu comply dengan syarat-syarat pembekalan air sementara.Pihak SYABAS terima BG RM2.5 juta pada hari ni 13/07/2011 melalui perunding yang dilantik pemaju iaitu lewat 7 hari dari tarikh yang dirancangkan.SYABAS kini sedang dalam proses menyediakan surat kelulusan pembekalan air sementara Fasa pembangunan yang berkenaan dan akan cuba selesaikan pengeluaran surat kelulusan tersebut dalam tempoh yang telah dirancang iaitu pada atau sebelum 20/07/2011.Sekian, untuk makluman perkembangan terkini pembangunan.
Zamzuri Selamat
Pengurus Jabatan Pembangunan
* Lampiran dari emel yang dihantar pada 13/7/2011 . Semogga pembeli mendapat maklumat terkini dari PROTEM . *
Wassalam
Radhuan / AJK Protem
Thursday, June 30, 2011
Riadah Pagi di Program REHDA PWTC
PROGRAM: MENENGAHKAN NASIB PEMBELI RUMAH TERBENGKALAI
Aktiviti:
Berkumpul di Hall 4 pada jam 1030 pagi Hari Ahad 3rd July 2011
Memakai T-shirt oren.
Berjalan dari satu booth ke satu booth secara berkumpulan sambil mengedarkan risalah
Press conference
Persatuan berharap mendapatkan kehadiran sekurang-kurangnya 200 ahli. Sila sahkan kehadiran anda kepada ashleen karim di ashleen.karim@gmail.com SEBERAPA SEGERA
Aktiviti:
Berkumpul di Hall 4 pada jam 1030 pagi Hari Ahad 3rd July 2011
Memakai T-shirt oren.
Berjalan dari satu booth ke satu booth secara berkumpulan sambil mengedarkan risalah
Press conference
Persatuan berharap mendapatkan kehadiran sekurang-kurangnya 200 ahli. Sila sahkan kehadiran anda kepada ashleen karim di ashleen.karim@gmail.com SEBERAPA SEGERA
Keratan Harakah Daily
Talam Corp in news again as cheated house buyers swamp ministry
Harakahdaily


Sisipan dalam Harakah Daily pada 1 July 2011.
Harakahdaily


Sisipan dalam Harakah Daily pada 1 July 2011.
Thursday, June 23, 2011
CARTA ALIRAN KERJA PENYIAPAN PROJEK HASIL MESYUARAT PADA 21 JUN 2011


Salam 1Malaysia ,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada emel seperti di rentetan.
2. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah mengadakan mesyuarat pada 21 Jun 2011 dengan pemaju (Talam Corporation Sdn. Bhd.), SYABAS, Majlis Perbandaran Sepang dan wakil pembeli bagi membincangkan jalan penyelesaian tentang isu kebocoran tangki air yang menjadi punca kelewatan penyerahan projek perumahan ini.
3. Hasil daripada mesyuarat pihak pemaju, SYABAS dan Majlis Perbandaran Sepang telah bersetuju untuk melaksanakan perancangan penyelesaian di mana penyerahan kunci kepada pembeli dijangka dapat dibuat selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2011 (Pelan Tindakan I dilampiran dirujuk).
4. Sekiranya pihak pemaju masih gagal untuk mengemukakan Wang Jaminan berjumlah RM2.5 juta, Pelan Tindakan II (seperti dilampiran) akan dilaksanakan. Penyerahan kunci kepada pembeli dijangka dapat dibuat selewat-lewatnya pada 4 Januari 2012.
5. KPKT melalui JPN akan terus memantau pelaksanaan keputusan yang dipersetujui sehingga kes ini dapat diselesaikan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.
(DATO' AHMAD HAJI KABIT)
** semoga apa yang dirancangkan ini adalah kali terakhir untuk kita pembeli mendapatkan hak kita semula , sama-sama lah kita mendoakan agar apa yang kita usahakan selama ini mendapat keadilan sewajarnya. **
Admin Lakesville.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK
ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Powered by
EMF HTML Forms
Borang Maklumat
Photo Lakes Ville
Surat Ex Gratia dari Talam
PENGUMUMAN
Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-
Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi
Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.
-
Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-
Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi
Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.
-






















