Monday, October 31, 2011

1 NOV 2011

SURAT AKU JANJI SYABAS







1) KLIK PADA SURAT DAN ANDA BOLEH PRINTKAN KE PRINTER ANDA.

2) ISI DAN FAXKAN KEPADA TALAM DI FAX NO : 03 - 42952414 ATTN MS LOH

3) MINTA CALL MISS LOH DAH SAHKAN YANG FAX ANDA TELAH DIHANTAR



PENGAMBILAN KUNCI RUMAH







Saya telah mengambil kunci rumah dan telah membayar maintenance fee dan sinking fund sebanyak RM270.60 ( Unit Berlif ) untuk bulan November dan December . Bermula January
2012 - Setiap bulan saya harus membayar sebanyak RM135.30 iatu RM 123.00 untuk maintenance fee dan RM12.30 untuk sinking fund,

** PERJANJIAN SEBELUM INI ADALAH - RM110.00 - UNIT BERLIF DAN RM90.00 UNIT TIDAK BERLIF **

** PEMBELI TERNYATA DIPERMAINKAN LAGI DALAM SOAL INI **


Untuk pengetahuan - Sinking Fund ini bertujuan untuk memudahkan pihak pengurusan mengecat kembali kawasan perumahan setelah cat bangunan apartmen yang diduduki telah pudar.



Semasa mengambil kunci saya telah diberi 3 set kunci rumah dan juga ELCB elektrik yang menurut Syarikat LT kita harus menanggung sendiri kos untuk memasang ECLB bagi mendapatkan bekalan elektrik.

Gambar saya lampirkan disini.

Menurut Syarikat LT upah memasang ELCB ini lebih kurang RM150.00. Nak kena cari kontraktor luar yang lebih kurang sikit kos utk pemasangan.


PERSOLANNYA : ADAKAH PERLU KITA MENANGGUNG KOS INI KERANA TERANG TERANG DALAM PERJANJIAN JUAL BELI ADA DINYATAKAN PENYERAHAN MILIKIAN KOSONG YANG SUDAH ADA AIR DAN ELEKTRIK DAN KITA CUMA HARUS MENGAMBIL KUNCI SAHAJA

HARAP PROTEM DAPAT MEMBAWA ISU PEMASANGAN ELCB INI KE PEMAJU DAN JUGA ISU LAD .

NAMPAKNYA KITA BANYAK DIPERMAINKAN OLEH PEMAJU KERANA WAKTU PENYERAHAN KITA TERPAKSA MENGELUARKAN LAGI SEDIKIT WANG UNTUK PASANG ECLB YANG SEPATUTNYA DITANGGUNG OLEH PEMAJU. NAMPAKNYA MASIH BERLAKU KETIDAKADILAN DALAM ISU PENYERAHAN MILIKAN KOSONG INI.



Sunday, October 30, 2011

1 NOV 2011 - Tarikh Keramat

TARIKH KERAMAT

1 NOVEMBER 2011 - TARIKH AMBIL KUNCI

** SELAMAT MENDIAMI RUMAH BARU ANDA **

Thursday, October 27, 2011

Makluman

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Rakan-Rakan

Maklumat terkini melalui perbincangan ringkas di Pejabat Talam pada 27 Oktober 2011


1) 1) Mr. Woon

2) 2) Mrs.Low

3) 3) Zdin (Protem)

Perkara-perkara yang dibincangkan:-


1) 1) 33 unit kediaman yang masih belum dapat CF dan Blok B (2)

- Dijelaskan oleh Mr. Woon (Pengurus Projek) bahawa 33 unit kediaman yang x lulus CF tempohari telah dibaiki sepenuhnya dan Blok B (2) juga telah dibersihkan. Oleh yang demikian, dijadualkan pada 31 Oktober 2011 (Hari Isnin) pemeriksaan oleh Arkitek akan dilakukan. Kelewatan ini disebabkan kerana cuti Deepavali yang sepatutnya berlaku pada 24 & 25 Oktober . CF akan dikeluarkan dengan segera setelah mendapat kelulusan daripada Arkitek yang dilantik.

2) 2) Surat “Aku Janji Syabas”. Saya akan ‘upload’ borang ini untuk tujuan bagi sesiapa antara kita yang belum ‘menandatangani’ boleh lah berbuat demikian. Begitu juga ada antara kita yang sebelum ini telah menghantar ‘borang’ ini tetapi tiada dalam senarai, sila hantar semula borang atau lebih mudah pergi ke pejabat Talam sendiri. Untuk rakan-rakan luar KL boleh hantar melalui ‘POS’.

3) 3) Untuk menuntut “KUNCI RUMAH”. Talam akui terdapat salah faham diantara Kenshine Developer dan LT Sdn Bhd mengenai proses penyerahan ‘KUNCI RUMAH’. Ini kerada insiden yang terjadi dikalangan pembeli yang mana telah jelaskan semua pembayaran tetapi ketika menuntut ‘KUNCI’ ….HAMPA. Namun demikan bermula dari 1 NOVEMBER 2011, kunci sedia ‘DITUNTUT” di pejabat LT Sdn Bhd .

- Ketika menuntut ‘KUNCI’ di LT Sdn Bhd, pembeli dikehendaki membuat pembayaran ‘DEPOSIT MAINTENANCE’

- Bagi unit ada ‘LIF’ perlu jelaskan bayaran sebanyak RM220.00 (2 X RM110)

- Bagi unit tanpa ‘LIF’ perlu jelaskan bayaran sebanyak RM180.00 (2 X RM90)

- Bermula pada 1 November 2011 pihak LT Sdn Bhd dipertanggungjawab untuk menguruskan fasiliti termasuk i)Sekuriti 24 jam ii)Fasiliti Kolam Renang dan Dewan Serbaguna iii)Pembersihan di dalam kawasan unit kediaman

- Minggu pertama dalam November ini juga, segala pembersihan seperti i)Jalan masuk ii)Pagar-pagar yang tak sempurna perlu dibaiki iii)Rumput akan dipotong

- Setelah mendapat ‘KUNCI’ unit kediaman masing-masing, buat pemeriksaan dahulu di dalam dan disekitar rumah dan jika tidak berpuashati mungkin terdapat kerosakan dan kecacatan, senaraikan dan maklumkan kepada LT Sdn Bhd dengan segera .

- Sila berhubung dengan En Abu (Supervisor Bertugas) No. 03-83189749 atau Fax No. 03-83191549. Nyatakan No.Unit Kediaman dan Nama Pembeli beserta No Tel untuk dihubungi.

4) 4) Isu ‘LAD’. Penjelasan daripada Mrs. Low seperti:-

- Masih berpegang dengan keputusan Mahkamah Ke-2 tempohari iaitu perkiraan dikira sehingga pada Disember 2009 sahaja

- Kelewatan bermula daripada Bulan Mei 2011 sehingga sekarang, tidak akan dibayar dengan alasan ‘Kenshine Tak Mampu Bayar’

- Namun demikian, tarikh bila .PEMBAYARAN PERTAMA LAD’ akan dibayar….masih lagi menjadi tanda ‘TANYA’

- Sejumlah (Miscellaneous Item) boleh ditolak dengan ‘LAD’ iaitu selain daripada DEPOSIT TNB dan SYABAS perlu dijelaskan oleh PEMBELI (RM380.00)



RUMUSAN:-



Harapan semua rakan-rakan memahami situasi terkini ini supaya tiada kekeliruan lagi antara kita. Protem akan terus meneruskan mencuba sedaya upaya untuk memperjuangkan apa-apa yang patut untuk mengembalikan hak-hak yang termampu. BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH. Jauh lagi perjalanan yang perlu kita harungi demi “RUMAH YANG SELAMA INI KITA PERJUANGKAN”

Salam Daripada

ZDIN

Setiausaha

Merangkap Semua Warga Kerja PROTEM

SEROJA APARTMENT PUTRA PERDANA

Tuesday, October 25, 2011

Surat Offset Miscellaneous Charges dengan LAD

( Klik untuk besarkan gambar )

Ini adalah surat yang anda harus tandatangani sekiranya miscellaneous charges anda tak nak bayar , di offsetkan dengan LAD tetapi anda tidak boleh ambil tindakan terhadap Kenshine kalau dah sain surat ni. Tak boleh amik tindaklan terhadap Kenshine. Kalau dia buat kat kita boleh plak, kalau kita buat kat depa tak boleh... Memang tak berhati perut punya pemaju.

Friday, October 21, 2011

Makluman

Makluman dari Setiausaha En Din

Assalamulaikum w.b.t Dan Salam 1 Malaysia


1) Seperti yang dijanjikan saya semalam, surat (rujuk lampiran) merupakan persetujuan bersama antara kita pembeli dan pemaju mengenai isu PAMPASAN LAD. Saya bersandarkan surat KPKT_LAD_3 yang menyatakan LAD akan dibayar ketika proses VP berlaku. Namun alasan dan alasan diberikan. Namun saya harap semua rakan-rakan bersabar supaya perkara ini saya dan Pengerusi Hj Akram mendapat perjelasan lanjut minggu hadapan.

2) Rujuk daripada mesej di dalam Blog www.lakesville.blogspot.com, banyak rungutan kerana bila "call" x de respond. Kepada rakan-rakan yang tinggal luar kawasan KL terutamanya boleh sekiranya bagi a) Nama b) Unit rumah , kepada saya supaya minggu depan saya mengujungi Pejabat Talam boleh bertanyakan hal ini. (Bersyarat, pinjaman 15% dah comfirm bank release kepada pemaju). Ini bertujuan supaya rakan2 tidak datang berulang-ulang kali ke Pejabat Talam namun perkara tak selesai.(Kepada Rakan-Rakan Luar Kawasan KL JE)

3) Semalam telah mengundangkan kemarahan dan ketidakpuashatian salah seorang rakan kita yang mengunjungi Pejabat Talam. Semua perkara yang Pemaju minta dalam surat VP telah beliau jelaskan, namun harapan untuk mendapat KUNCI ketika menuntut di LT Sdn Bhd amat memeranjatkan kerana di maklumkan KUNCI RUMAH tiada dalam simpanan mereka. Sumber mengatakan bahawa KUNCI RUMAH SIAP SEDIA BERMULA PADA 1 November.Maklumat ini tidak sama yang disampaikan ketika saya berjumpa dengan Mrs. Low tempohari. Kekeliruan ini telah menyusahkan semua orang terutama pembeli.

KESIMPULAN

Insyallah saya dan Tn Haji Akaram akan cuba mendapat sebarang maklumat terbaru daripada Talam mengenai status terkini dan kedudukan kita sekarang ini. Mungkin minggu depan baru muncul jawapannya. Diharapkan semua rakan-rakan bertenang dan bersabor la ye...Banyak lagi rintangan yang perlu kita tempuhi ropenye......

Wednesday, October 19, 2011

Maklumat Terbaru - 20 Oct 2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia


Maklumat terkini, hari ini terdapat rakan-rakan kita telah pun pergi ke Talam untuk mendapatkan "Surat Rasmi" untuk mengambil KUNCI RUMAH. Walaubagaimanapun terdapat kesilapan teknikal untuk tuntutan ISU PAMPASAN LAD:-

1) Ia... sepatutnya PIHAK TALAM MESTI mengeluarkan CEK untuk LAD seperti yang dijanjikan ketika Mesyuarat Perintah Mahkamah Ke-2 tempoh hari. (Esok saya kan uplaodkan SURAT yang memberitahu PEMBAYARAN PAMPASAN (separuh drp 30%) AKAN BERLAKU SERENTAK waktu penyerahan KUNCI.

2) Perkara-perkara seperti sejumlah wang yang perlu dijelaskan (Miscellaneous item) boleh ditolak dengan jumlah LAD. Ini bermakna rakan-rakan tidak perlu membayar apa-apa wang dengan SYARAT baki 15% daripada BANK PINJAMAN telah dimasukkan ke dalam akaun Talam.

3) Pengerusi Hj.Akram maklumkan kepasa saya LAD akan dikeluarkan setelah URUSAN TALAM dan IJM (sebagai pemaju yang menyiapkan projek ini) menyelesaikan beberapa perkara. (saya akan ke Talam untuk tempoh terdekat ini supaya maklumat yang dihebahkan tidak menimbulkan keresahan dan kekeliruan di antara kita)

* Memo sebelum ini yang saya maklumkan kepada rakan-rakan semua terdapat kesilapan teknikal sedikit dan salah tafsiran bagi saya. Insyallah...ISU LAD untuk NEXT STAGE akan kita perjuangkan, YANG PENTING KITA AMBIL KUNCI RUMAH DULU. (Mungkin kita akan rujuk kepada TRIBUNAL PERUMAHAN ISU LAD ini jika terdapat unsur-unsur PENIPUAN DRP TALAM UNTUK TIDAK MEMBAYAR PAMPASAN SEPERTI YANG DIJANJIKAN ATAUPUN KITA TUNTUT SEMAK SEMULA JUMLAH LAD YANG SEPATUTNYA HAK KITA.

Wassalam

Zdin SU

Tuesday, October 18, 2011

Maklumat Terbaru // TERKINI

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia,

Untuk rakan-rakan yang menggunakan pinjaman perumahan kerajaan, terdapat masalah teknikal untuk PERBENDAHARAAN untuk melangsaikan baki 15 % kepada pemaju. Mengikut maklumat rakan yang menyampaikan kepada saya, semua peminjam PERBENDAHARAAN perlu merujuk kepada PEGUAM YEAP, YOUNG AND AMY(Peguam Pemaju ketika sain S&P dahulu) supaya mengeluarkan surat (UNDER TAKING) kepada PERBENDAHARAAN memaklumkan bahawa Peguam YEAP & YONG CO atau YEAP , YOUNG & AMY Co adalah syarikat yang sama. (Rujuk surat VP masing-masing di bahagian bawah m/surat 1).

Wassalam

Zdin SU

Saya berkesempatan mengunjungi Pejabat Talam hari ini. Oleh itu beberapa perkara ingin saya sampaikan kepada rakan-rakan semua.

1) Untuk makluman semua, unit-unit kediaman bagi Blok 9 (J) telah mendapat CF. Untuk itu, surat makluman (VP) akan dikeluarkan bermula dengan hari ini.

2) Untuk semua rakan-rakan yang memohon pinjaman rumah melalui AM BANK, sila menghubungi Saudari Nurul dengan kadar segera melalui tel 03-21673000 sambungan 81070. Ianya berkenaan dengan (POLICY) bagi pembayaran fasa terakhir iaitu baki 15% yang perlu bank jelaskan kepada pemaju. Di mana pembeli perlu menandatangai surat persetujuan (Consent Letter) dengan pihak AM BANK.

3) Untuk bank-bank lain sila hubungi dan maklumkan supaya pembayaran fasa terakhir disegerakan.

4) Proses bank-bank untuk membuat pembayaran ini akan mengambil masa di antara 1 atau 2 minggu bergantung kepada bank. Sekiranya bank telah membuat bayaran kepada Talam, hubungi Pejabat Talam melalui no ini 03-42962000 samb:779 @ 42902143 @ 42902120 @ 42902193 dan minta staf Talam semak samada telah menerima transaksi 15% ini. Jika Talam dah terima, buat temujanji untuk Talam akan sediakan SURAT MAKLUMAN PENYERAHAN KUNCI RUMAH dan seperti dijanjikan PEMBAYARAN PAMPASAN PERTAMA LAD SEBANYAK 15% drp 30% akan dikeluarkan. Degan SURAT itu, PEMBELI boleh mengambil KUNCI RUMAH di Pejabat LT Sdn.Bhd yang terletak berhadapan dengan Balai Polis Taman Putra Perdana.

"SELAMAT MASUK RUMAH BARU"




Wassalam

Zdin SU

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-