Thursday, October 27, 2011

Makluman

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Rakan-Rakan

Maklumat terkini melalui perbincangan ringkas di Pejabat Talam pada 27 Oktober 2011


1) 1) Mr. Woon

2) 2) Mrs.Low

3) 3) Zdin (Protem)

Perkara-perkara yang dibincangkan:-


1) 1) 33 unit kediaman yang masih belum dapat CF dan Blok B (2)

- Dijelaskan oleh Mr. Woon (Pengurus Projek) bahawa 33 unit kediaman yang x lulus CF tempohari telah dibaiki sepenuhnya dan Blok B (2) juga telah dibersihkan. Oleh yang demikian, dijadualkan pada 31 Oktober 2011 (Hari Isnin) pemeriksaan oleh Arkitek akan dilakukan. Kelewatan ini disebabkan kerana cuti Deepavali yang sepatutnya berlaku pada 24 & 25 Oktober . CF akan dikeluarkan dengan segera setelah mendapat kelulusan daripada Arkitek yang dilantik.

2) 2) Surat “Aku Janji Syabas”. Saya akan ‘upload’ borang ini untuk tujuan bagi sesiapa antara kita yang belum ‘menandatangani’ boleh lah berbuat demikian. Begitu juga ada antara kita yang sebelum ini telah menghantar ‘borang’ ini tetapi tiada dalam senarai, sila hantar semula borang atau lebih mudah pergi ke pejabat Talam sendiri. Untuk rakan-rakan luar KL boleh hantar melalui ‘POS’.

3) 3) Untuk menuntut “KUNCI RUMAH”. Talam akui terdapat salah faham diantara Kenshine Developer dan LT Sdn Bhd mengenai proses penyerahan ‘KUNCI RUMAH’. Ini kerada insiden yang terjadi dikalangan pembeli yang mana telah jelaskan semua pembayaran tetapi ketika menuntut ‘KUNCI’ ….HAMPA. Namun demikan bermula dari 1 NOVEMBER 2011, kunci sedia ‘DITUNTUT” di pejabat LT Sdn Bhd .

- Ketika menuntut ‘KUNCI’ di LT Sdn Bhd, pembeli dikehendaki membuat pembayaran ‘DEPOSIT MAINTENANCE’

- Bagi unit ada ‘LIF’ perlu jelaskan bayaran sebanyak RM220.00 (2 X RM110)

- Bagi unit tanpa ‘LIF’ perlu jelaskan bayaran sebanyak RM180.00 (2 X RM90)

- Bermula pada 1 November 2011 pihak LT Sdn Bhd dipertanggungjawab untuk menguruskan fasiliti termasuk i)Sekuriti 24 jam ii)Fasiliti Kolam Renang dan Dewan Serbaguna iii)Pembersihan di dalam kawasan unit kediaman

- Minggu pertama dalam November ini juga, segala pembersihan seperti i)Jalan masuk ii)Pagar-pagar yang tak sempurna perlu dibaiki iii)Rumput akan dipotong

- Setelah mendapat ‘KUNCI’ unit kediaman masing-masing, buat pemeriksaan dahulu di dalam dan disekitar rumah dan jika tidak berpuashati mungkin terdapat kerosakan dan kecacatan, senaraikan dan maklumkan kepada LT Sdn Bhd dengan segera .

- Sila berhubung dengan En Abu (Supervisor Bertugas) No. 03-83189749 atau Fax No. 03-83191549. Nyatakan No.Unit Kediaman dan Nama Pembeli beserta No Tel untuk dihubungi.

4) 4) Isu ‘LAD’. Penjelasan daripada Mrs. Low seperti:-

- Masih berpegang dengan keputusan Mahkamah Ke-2 tempohari iaitu perkiraan dikira sehingga pada Disember 2009 sahaja

- Kelewatan bermula daripada Bulan Mei 2011 sehingga sekarang, tidak akan dibayar dengan alasan ‘Kenshine Tak Mampu Bayar’

- Namun demikian, tarikh bila .PEMBAYARAN PERTAMA LAD’ akan dibayar….masih lagi menjadi tanda ‘TANYA’

- Sejumlah (Miscellaneous Item) boleh ditolak dengan ‘LAD’ iaitu selain daripada DEPOSIT TNB dan SYABAS perlu dijelaskan oleh PEMBELI (RM380.00)



RUMUSAN:-



Harapan semua rakan-rakan memahami situasi terkini ini supaya tiada kekeliruan lagi antara kita. Protem akan terus meneruskan mencuba sedaya upaya untuk memperjuangkan apa-apa yang patut untuk mengembalikan hak-hak yang termampu. BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH. Jauh lagi perjalanan yang perlu kita harungi demi “RUMAH YANG SELAMA INI KITA PERJUANGKAN”

Salam Daripada

ZDIN

Setiausaha

Merangkap Semua Warga Kerja PROTEM

SEROJA APARTMENT PUTRA PERDANA

No comments:

Post a Comment

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-