Thursday, October 13, 2011

TERBARU - 14 OCT 2011 - MESYUARAT DGN KPKT




INI ADALAH SIMBOL KUNCI PERJUANGAN PEMBELI SEROJA@LAKESVILLE

* DAPATKAN KUNCI DAHULU *
* LAD AKAN DISUSULI KEMUDIAN *




Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia


TAHNIAH...dan ALHAMDULILAH diucapkan kepada semua warga bakal penduduk "SEROJA APARTMENT" secara umumnya dalam minggu ini berperingkat-peringkat telah menerima surat daripada Pemaju Kenshine memaklumkan fasa terakhir iaitu proses penyerahan kunci akan berlaku di dalam waktu terdekat ini. Bagi PEMBELI yang belum menerima apa-apa surat diharapkan bersabar (bukan semua pembeli dapat surat) Walaubagaimanapun beberapa perkara perlu di ambil perhatian semua iaitu seperti yang dimaklumkan di dalam surat tersebut. PEMBELI perlu menjelaskan sejumlah wang sebelum mendapat 'KUNCI" unit kediaman masing-masing.(selain daripada 15% yang perlu Bank jelaskan kepada PEMAJU) Untuk makluman semua juga, semalam satu MESYUARAT telah di adakan di Pejabat KPKT di Putrajaya dan disertai beberapa Protem untuk menyelesaikan beberapa perkara yang berbangkit. Perbincangan tersebut seperti dinyatakan di bawah.


Mesyuarat bersama KPKT


Tempat : Pejabat KPKT Presint 4 Putrajaya, Tingkat 32,
Tarikh : 13 Oktober 2011
Masa : 9.30 pagi

Kehadiran:

1) Pengerusi Tuan Kang ( KPKT)
2) Tuan Ir. Lai (KPKT)
3) Tuan Aidy Ismail (KPKT)
4) Haji Akram (Protem)
5) Zdin (Protem)
6) Radhuan (Protem)
7) Mohd Rapidi (Protem)
8) Puan Chua (Talam)
9) En Woon (Talam)
10) En Halim (Arkitek)

Maklumat perbincangan

1) Arkitek En. Halim maklumkan 6 Blok telah siap diperiksa dan sijil (CF) telah dikeluar untuk setiap unit.. Iaitu Blok 3 (C), Blok 4 (D), Blok 5 (E), Blok 6 (F) dan Blok 7 (G) dan Blok 8 (H). Namun demikian masih berbaki 33 unit rumah yang masih belum memenuhi syarat dan terdapat kecacatan di dalam unit tersebut. Pemaju memberi jaminan segala kecacatan dan kerosakan untuk unit tersebut akan diperbaiki minggu hadapan dan pemeriksaan oleh Arkitek dijadualkan pada 24 dan 25 hb Oktober ini dan jika semua cukup syarat, CF akan dikeluarkan untuk unit-unit ini.

2) Untuk Blok 9 (I), pemeriksaan sedang giat dijalankan dan proses dokumentasi sedang disiapkan untuk mendapat kelulusan daripada Arkitek dalam minggu ini. Namun Blok 2 (B), proses pemeriksaan akan dijalan pada minggu hadapan .

3) Antara punca kelewatan CF adalah kerana terdapat kecacatan atau (defect) seperti kebocoran pada sistem paip air, keretakan, sistem pendawaian elektrik yang tidak sempurna.

4) Pemaju menjelaskan, setelah unit-unit rumah mendapat kelulusan daripada Arkitek , surat makluman akan dikeluarkan dengan kadar segera kepada Pembeli . Di sini diharapkan pembeli dapat berhubung dengan Bank masing-masing supaya proses pembayaran :
- Baki 15% Bank Pinjaman dijelaskan kepada Pemaju
- Tunggakan seperti yang dilampirkan(Miscellaneous item) di dalam surat kepada pembeli
- Sebagai contoh, bagi pembeli yang tidak menjelaskan Deposit TNB dan Syabas jumlah
perlu di bayar RM694.95 dan bagi pembeli yang telah menjelaskan Deposit TNB dan
Syabas jumlah perlu dibayar RM334.95.
- Namun Puan Chua maklumkan , jumlah ini boleh ditolak daripada Pampasan LAD ,
untuk makluman semua, jumlah RM yang perlu di bayar mungkin berbeza-beza antara
kita sebagai pembeli kerana bergantung dengan penyata akaun bank pembiyaan
pinjaman perumahan masing-masing.

- Untuk Surat “Aku Janji Syabas” tempohari bagi pembeli yang belum
“Menanandatangani” sila berbuat demikian di pejabat Talam, jika tidak unit kediaman
tidak dipasang dengan METER AIR

- Setelah semua perkara di atas selesai, PEMAJU akan menyerahkan unit kediaman
masing-masing(KUNCI).

- Pemaju akan menjelaskan PAMPASAN 30 % sehingga tarikh 31 Disember 2009
sahaja.(akan diberitahu bila proses pembayran akan berlaku)

Saya difahamkan untuk kelewatan kali ke-2 ini akan dikira bermula pada bulan Mei 2011
sehingga dapat “KUNCI”




RUMUSANNYA:-


1) Semua PEMBELI dapatkan "KUNCI" rumah dahulu dengan syarat selesaikan apa yang diberitahu di dalama surat masing-masing
2) Bagi yang belum "MENANDATANGANI" Surat Aku JAnji Syabas, sila berbuat demikian dengan segera. (Borang sila rujuk di Pejabat Talam)
3) Pembayaran (miscellanous item) boleh di tolak dengan Pamapasan LAD, cuma pembayaran Deposit TNB dan Syabas semua Pembeli kene jelaskan secara individu iaitu berjumlah RM360.00 kalau x silap
4) Isu LAD 30% tu, kita akan bincangkan kemudian kelak. Jangan khuatir, pembayaran akan berlaku cuma bila belum pasti.




Wakil Protem


Zdin SU


* Sila bagi pandangan.....

2 comments:

  1. mengapa tempoh pampasan 1 hb jan 2010 hingga april 2011 tidak diambilkira.

    ReplyDelete
  2. maaf bertanya satu perkara sbb saya tak berapa tahu mengenai hal rumah. deposit tnb dan syabas tu nak bayar di mana? adakah masa ambil kunci nnt boleh bayar sekali atau kena bayar sblm tu dan di mana?

    ReplyDelete

ADAKAH ANDA TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN TAWARAN PEMAJU
Poll Tawaran dari Pihak Pemaju . Sila pilih sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Nama
Email anda
Setuju Terima Tawaran
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms

Borang Maklumat


Nama
Alamat
Handphone No
Alamat Emel
No Blok
Perkara
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Photo Lakes Ville

Photo Lakes Ville

Surat Ex Gratia dari Talam

PENGUMUMAN


Satu Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Feb 2010 (Hari Sabtu)
Tempat; Di perkarangan Projek Lakes Ville (Dekat dengan Surau)
Masa; Jam 10:00 Pagi

Sila hadir untuk mendapatkan keputusan terkini serta tindakan yang akan diambil.





-